Bab 30

121K 5.3K 456
                                    

Mata kelabu itu memandang tajam kearah dua manusia yang sedang bergaduh dihadapannya, kedua belah tangan ditongkatkan dibawah dagu. Wajah yang selalunya dingin itu bertukar tegang, urat-urat yang timbul didahinya sudah cukup untuk menunjukkan betapa dia sedang menahan dirinya dari membunuh dua manusia itu.

"Bagi balik" serius saja suara jejaka itu memberi arahan. Tangan dihulurkan meminta sesuatu yang sepatutnya menjadi miliknya.

"Aku tak sembunyikan benda itu. Jadi jangan nak tuduh aku" suara jejaka dihadapannya tidak kurang seriusnya. Masing-masing memandang tajam sesama mereka.

"Que demonios con ellos?" (What the hell with them?) Tengku Adrean memicit sedikit kepalanya.

"Sial la! Aku cakap bagi balik tu bagilah balik!" Jerit Tengku Daniel kuat sebelum dia bangun berdiri.

"Mana ada bodoh, dah kalah itu kalah la!" Megat Hafiz turut bangun sebelum menjerit kuat membela dirinya.

"Kau nak mati ke bangsat?!" Kolar baju sahabatnya itu dicekak kuat sebelum tubuh Megat Hafiz ditarik kearahnya.

"Kau yang nak mati bodoh!" Jerit Megat Hafiz lagi, tangan Tengku Daniel di kolar bajunya ditepis kuat sehingga cengkaman lelaki itu terlepas.

"Hey bodoh! Jangan nak membongak dengan aku. Aku tahu mesti kau sembunyikan buah dam aku kan? Bagi balik la bodoh" marah Tengku Daniel dengan wajah yang memerah. Bukan dia tidak perasan yang setiap kali dia memandang kearah lain buah dam miliknya semakin bekurang.

"Aku cakap aku tak ambil! kau dah kenapa gila? Buang tabiat agaknya mamat ini!"

"Bagi balik lah!" Tengku Daniel sudah berguling diatas karpet mewah yang tedapat dalam pejabat itu kerana terlalu geram dengan sahabatnya.

"Jangan jadi budak-budaklah! Bangun!" marah Megat Hafiz apabila melihat lelaki itu sedang berguling dibawah tak ubah seperti kanak-kanak yang melepaskan amarahnya.

Bam!

Meja pejabat yang di tepuk kuat itu membuatkan mereka berdua terus diam membisu. Tengku Daniel yang berguling dibawah segera bangun dan duduk di sofa semula apabila melihat pandangan maut dari Tengku Adrean Ruiz. Kot ditubuhnya dibetulkan semula supaya lebih kemas.

"Korang dah kenapa bangsat? Kalau nak bergaduh pergi bertumbuk dekat luar sana! Jangan menyemak dekat office aku! Aku nak buat kerja lah gila!" Marah Tengku Adrean lantang. Boleh gila dia dibuatnya melayan karenah mereka.

Sedari tadi ditahan amarahnya. Mereka bergaduh bagaikan tiada hari esok hanya disebabkan dam haji!

Tengku Daniel dan Megat Hafiz saling tolak-menolak antara satu sama lain apabila dimarah oleh lelaki dingin itu.

Tengku Adrean yang melihat perilaku sahabat dan sepupunya itu mula memicit kepala. Tiba-tiba saja dua manusia ini muncul di syarikatnya. Katanya bosan, siap bawa dam haji untuk bermain di sini. Mereka ingat ni taman rekreasi ke?

"Joven maestro! Emergencia!" (Young master! Emergency!) Pintu pejabat CEO itu dirempuh dari luar oleh Haider dan Kevin menyebabkan ketiga-tiga jejaka itu berpaling kearah mereka dengan pandangan tajam.

"Nuestra sede en España está siendo atacada!" (Our headquarters in Spain is under attack!) Haider menunjukkan iPad ditangannya kepada Tengku Adrean. Setiap maklumat yang dihantar oleh anak buah mereka yang menjaga markas disana ditunjukkan satu per satu kepada ketuanya.

Tengku Daniel dan Megat Hafiz turut melangkah kearah meja kerja Tengku Adrean untuk melihat maklumat itu.

"What the hell? Quien es el cerebro?" (Who is the mastermind?) tanya Megat Hafiz setelah melihat maklumat-maklumat dan beberapa gambar kebakaran kecil yang terdapat didalam iPad milik Haider. Tengku Adrean pula hanya diam, mata kelabu itu tajam memerhati satu per satu maklumat yang terpapar di hadapannya.

Mi Esposa (TERBIT)Where stories live. Discover now