Bab 21

105K 5.3K 289
                                    

"Aku nak pergi toilet lah, kau nak ikut tak?" Soal Arisa Rania, wajah Erla Diana dipandang sekilas.

"Sekali lah, panggilan alam aku pun dah sampai ni." Tanpa menunggu lama langkah Rania diikut, sempat mata memandang jam ditangan kirinya.

"Kenapa?" Hairan dia melihat Diana yang sekejap-sekejap memandang jam tangannya.

"Malam ini sepupu suami kau itu dah balik Malaysia, tapi dia cakap tak payah ambil dia sebab flight dia malam nanti, Masalahnya aku perlukan file yang dia guna tu untuk siapkan kerja aku pula" bebel Diana dengan wajah tidak berpuas hati.

"Esok-esok sajalah, takkan kau nak bawa balik kerja pejabat dekat rumah, tak eloklah" bebel Rania pula, si Diana ini pun nak jadi macam Tengku Adrean ke? Workaholic.

"Puan Muda, kau dekat rumah ada suami handsome yang temankan kau, aku ini mampu tengok bantal saja hari-hari, dari tidur lebih baik aku buat kerja" perli Diana dengan wajah menyampah.

"Suruh kahwin, taknak"

"Kalaulah kahwin semudah lompat kijang" Diana sudah malas mahu melayan sahabatnya itu.

"Lompat kijang susah lah" bangkang Rania lembut.

"Susah pada kau yang ulat buku, taknak join aktiviti sukan dulu, kau budak-budak akademik, aku budak-budak sukan,  saling melengkapi" sengihan lebar diberikan kepada wanita itu.

"Apa kena mengena?"

"Tak ada kena mengena, saja buat lawak" seloroh Diana lagi apabila melihat wajat blur sahabatnya itu.

Mereka berjalan menuju ke tandas yang terdapat didalam mall itu. Sambil berjalan mereka berbual-bual kosong, sesekali kedengaran gelak-tawa dua wanita itu.

"Got you" gumam lelaki itu sendiri sebelum mengeluarkan telefon untuk menghubungi rakannya.

"Diorang menuju ke tandas, get ready" panggilan dimatikan setelah mendapat balasan.

"Lepasni kita nak kemana?" Soal Diana yang sedang mencuci tangannya. Kena ikut juga mak buyung ni takut dia mengidam apa-apa.

"Hm, aku rasa macam nak belikan baju untuk Adrean" walaupun baju lelaki itu sudah banyak tapi apa salahnya kalau ditambah lagikan?

"Baju apa?" Tangan dikeringkan menggunakan tisu, sempat dia memakai lipstick.

"Calvin Klein"

"Ha iyalah, jom karang lambat pula kau balik membebel lagi si Adrean tu" kaki melangkah keluar dari tandas perempuan, belum sempat mereka berjalan ke lobi mall itu, tangan Arisa Rania ditarik kuat kebelakang.

"Hey apa korang buat hah? Lepaskan dia!" Erla Diana yang terkejut dengan situasi itu terus menyerang lelaki yang menarik Arisa Rania. Beg tangannya digunakan untuk memukul lelaki itu.

Buk!

Buk!

"Aku cakap lepaskan di.. humph humph!" mulutnya yang ditekup dari arah belakang membuatkan dia tidak dapat bercakap, bau dari kain itu membuatkan tubuhnya semakin lemah.

Arisa Rania yang melihat Diana sudah pengsan terus bergelut dengan lelaki itu namun mulutnya turut ditekup dengan satu kain yang mempunyai kloroform menyebabkan pandangannya menjadi kabur sebelum dia pengsan di situ.

"Macam mana korang jaga isteri aku hah?!" Tempik Tengku Adrean sebelum menyepak kaki meja kayu itu sehingga patah.

Semua anak buah yang diarahkan untuk menjaga isterinya dan Erla Diana menunduk kebawah, gerun melihat api kemarahan ketua mereka.

Tengku Daniel pula hanya diam di sofa, urat timbul di dahinya menandakan dia sedang mengawal kemarahannya. Mata dipejam rapat memikirkan keadaan dua wanita itu.

Mi Esposa (TERBIT)Where stories live. Discover now