Bab 12

127K 5.7K 888
                                    

Arisa Rania tersenyum lebar setelah keluar dari kereta suaminya, gembira betul dia setelah di beritahu bahawa mereka akan melawat kedua ibu bapa Tengku Adrean. Sudah lama mereka tidak pulang ke Mansion The Ruiz mereka berkahwin.

Tengku Adrean hanya menggelengkan kepalanya apabila melihat Arisa Rania yang sudah berlari ke pintu utama Mansion itu. Kelihatan Datin Roselle sudah menunggu kedatangan mereka di hadapan pintu gerbang itu.

Mata sempat dikerling kearah sebuah Lamborghini Huracan yang di parking berdekatan dengan fountain besar di tengah-tengah laluan masuk ke Mansion itu. Siapa?

"Assalamualaikum mummy" kata Arisa Rania seraya memeluk Puan Sri Roselle yang sedang menunggu kedatangan mereka di pintu besar itu sambil tersenyum manis. Tangannya tidak lepas dari menggenggam tangan wanita separuh usia itu.

"Assalamualaikum mummy, sorry la baru sekarang datang melawat, Rean busy sikit" kata Tengku Adrean sebelum tunduk untuk menyalami tangan wanita kesayangannya itu.

"Waalaikumsalam, yala busy sangatkan sekarang ni, sampai nak jumpa pun dengan anak sendiri pun kena buat appointment dulu" perli Puan Sri Roselle kepada anak tunggalnya.

Tengku Adrean hanya tersengih tak bersalah sambil menggaru kening nya menggunakan jari anak. Arisa Rania sudah tertawa melihat situasi dihadapannya sekarang, lelaki itu ibarat anak kecil yang sedang dimarahi oleh ibunya.

"Daddy mana, mummy?" soal Arisa Rania apabila kelibat Tengku Ashraf tidak kelihatan di sekitar Mansion itu, selalunya bapa mertuanya itu akan ada saja di taman hadapan ini untuk mengambil angin.

"Daddy pergi main golf dengan kawan dia, petang nanti dia balik lah tu." terang Datin Roselle sambil menarik tangan menantunya masuk kedalam. Arisa Rania hanya mengikut langkah ibu mertuanya, sempat dia berpusing ke belakang untuk melambai kearah Tengku Adrean yang ditinggalkan sendirian di luar..

Tengku Adrean yang ditinggalkan di muka pintu sudah ternganga, apa dia tak wujud kah?

"Patung ke aku ni? Ni dah lebih la ni, siapa anak, siapa menantu?"bebel lelaki itu sendirian di luar.

"Sampai hati mummy tinggalkan Rean dekat luar" kata Tengku Adrean dengan wajah yang masam mencuka. Menantu je dia ajak masuk, anak tunggal kesayangan ini ditinggal di luar.

Belum sempat Puan Sri Roselle membalas, ada satu suara memintas.

"Bro asal muka kau macam tapai basi je, agak-agak lah nak merajuk depan bini pun" Tengku Daniel Louis melangkah ke bawah sambil melepaskan ketawa, kelakar melihat wajah cemberut Tengku Adrean, hilang muka dingin yang selalu di tayang lelaki itu.

"Asal balik tak bagitahu?" wajah masam tadi terus bertukar kosong, langkah dibawa kearah sepupunya sebelum bahu dilagakan.

"Hehe surprise?" kata Tengku Daniel sebelum mengangkat jari peace. Tengku Adrean menumbuk kuat bahu sepupu nya selepas meleraikan pelukan.

"Aduh! Sakit lah bodoh, tangan kau ni memang tak boleh duduk diam ke?" marah Tengku Daniel sambil menggosok bahunya, Adrean ni memang la.

Rania yang mendengar kata-kata sepupu suaminya itu turut bersetuju dengan lelaki itu, tangan Tengku Adrean memang tak boleh duduk diam, lagi-lagi kalau cuma tinggal mereka berdua sahaja.

"Leon dah rindukan kau, dia tengah tunggu kau dekat markas" bisik Tengku Adrean perlahan membuatkan Tengku Daniel memandang laju kearahnya. Terasa meremang bulu romanya apabila mendengar nama itu.

"Kau ingat kaki lelaki yang Leon makan dulu? Tulang dia masih ada" bisik Tengku Adrean lagi apabila melihat wajah Tengku Daniel sudah pucat tidak berdarah.

Mi Esposa (TERBIT)Where stories live. Discover now