Bab 5

135K 7K 1.4K
                                    

Mrs Adrean Ruiz

"Aku terima nikahnya Arisa Rania bt. Mohd Rizal dengan mas kahwinnya RM10,000 ringgit tunai"

"Sah"

"Sah"

"Sah"

Alhamdulillah dengan sekali lafaz sahaja Arisa Rania sudah bergelar isteri kepada Tengku Adrean Ruiz. Selesai bacaan doa Tengku Adrean bangun mendekati isterinya untuk upacara pembatalan air sembahyang.

Melihatkan air mata yang mengalir di wajah gadis itu membuat kan dia tersenyum senget. Ada saja idea nakalnya untuk menyakat gadis itu.

"Cengeng" kutuk lelaki itu selamba di hadapan isterinya.

Arisa Rania menjeling tajam kearah lelaki yang baru saja bergelar suaminya itu. Tangan naik mengelap air matanya menggunakan tisu. Tengku Adrean yang menyarung kan cincin ke jari manisnya dipandang lama.

"Kenapa sarung dekat jari tu?" soal Arisa Rania perlahan.

"Habis takkan nak sarung dekat leher kau pula? " bidas Tengku Adrean dengan dahi yang dikerutkan.

"Sarung lah dekat jari kaki" kata Rania selamba sebelum tersenyum sinis apabila melihat wajah Tengku Adrean yang sudah berubah selepas mendengar kata-katanya. Dia ingat dia saja boleh menyakat orang?

"Diam-diam ubi berisi kau ni eh?" mata kelabu itu memandang tajam kearah isteri yang baru di nikahinya.

"Salam suami kamu tu Rania" Suara lembut Datin Roselle membuatkan pasangan itu kembali ke dunia nyata. Mata memerhati keadaan sekeliling, terasa berbahang wajah Rania apabila semua mata tertumpu kearahnya.

Tangan Tengku Adrean dipegang sebelum dia menundukkan kepalanya untuk mencium tangan lelaki itu.

Tengku Adrean meletakkan tangannya keatas kepala Rania sebelum bibirnya perlahan-lahan mengukir senyuman nakal. Sengaja dia menekan sedikit kepala isterinya kebawah sebelum bibirnya didekatkan ke telinga Rania.

"Ha salam-salam, jangan nak derhaka dengan suami, kaki aku ni kau taknak cium sekali ke?"

Arisa Rania mengetap bibirnya kegeraman apabila mendengar sindiran Tengku Adrean. Dengan rasa geram yang membuak-buak, Rania terus menggigit tangan suaminya kuat sehingga menyebabkan Tengku Adrean mengaduh perlahan.

Datin Roselle hanya menggeleng perlahan melihat telatah anak menantunya. Tengah-tengah majlis boleh buat hal.

"Sudah-sudah, nanti sambung dalam bilik" tegur Tengku Ashraf Ruiz menyebabkan semua tetamu melepaskan ketawa masing-masing. Boleh tahan juga perangai tak semengah pengantin hari ini.

Terus Tengku Adrean menarik tangannya yang menekan kepala Arisa Rania tadi, gadis itu juga kembali mengangkat kepalanya dengan wajah tidak bersalah.

"Rean, cium dahi isteri kamu" seronok Datin Roselle mengarah.

"Kenapa? Nak cium kaki saya ke? " sinis Arisa Rania apabila mata kelabu Tengku Adrean tak lepas memandang wajahnya.

Lelaki itu tersenyum sinis sebelum dia melabuhkan ciuman di dahi dan di pipi Rania. Tersentak Rania dengan perbuatan suaminya, wajahnya mula bertukar merah kerana malu, ditambah lagi dengan sorakan dari orang ramai, sudahla ramai orang yang mengambil gambar.

'Orang suruh cium dahi je'

Selesai sahaja majlis akad nikah mereka, Rania terus membawa diri ke bilik tidur suaminya di tingkat tiga,  dia sudah di maklumkan bahawa dia akan berpindah ke bilik Tengku Adrean. Pakaian dan barangan miliknya juga sudah di pindahkan ke bilik tidur lelaki itu oleh maid-maid yang bertugas.

Mi Esposa (TERBIT)Where stories live. Discover now