Bab 8

147K 6.2K 566
                                    

Terbuka saja pintu lift, pasangan pengantin baru itu melangkah menuju kearah satu-satunya bilik yang berada di tingkat itu. Tengku Adrean meletakkan ibu jarinya untuk di scan sebelum lampu merah diatas pintu bertukar hijau.

"Welcome back Young Master"

Terkejut Arisa Rania apabila pintu bilik hotel itu terbuka tiba-tiba setelah suara robot tadi menghilang. Tengku Adrean sudah melepaskan ketawa kecil apabila melihat mulut Rania membulat setelah melihat keseluruhan bilik mewah yang telah di sedia kan untuk mereka. Bilik yang bertemakan warna ungu gelap dan emas itu dipandang tidak puas.

"Semua bilik memang besar dan mewah macam ni ke? Dan memang semua bilik ada password untuk masuk ke?" soal Rania dengan kaki yang sudah melangkah masuk kedalam bilik.

"Bilik-bilik lain besar tapi tak sebesar bilik ni dan setiap private room hotel ini memang akan ada pass card tersendiri untuk masuk, for safety" terang Tengku Adrean sebelum membuka kot di tubuh tegapnya.

"Tapi tadi awak guna cop jari" wajah suaminya dipandang bingung.

"Because this is my room, kalau aku malas balik penthouse aku akan balik sini" Tuala dikeluarkan dari almari.

Taburan bunga mawar merah di atas katil bersaiz King menambahkan lagi seri bilik tidur itu.

'Cantik' bisik Arisa Rania didalam hati.

"Pergi mandi" arah Tengku Adrean dengan tuala yang dihulurkan kepada isterinya.

"Awak mandi dulu, saya nak cuci make up ni dulu" Rania melangkah ke meja solek, make remover didalam beg diambil sebelum dituang ke atas kapas sedikit. Tengku Adrean mengangguk perlahan sebelum melangkah masuk ke dalam bilik air untuk membersih kan diri.

Terasa ringan wajahnya setelah tiada lagi kesan make up. Tangan naik membuang perhiasan di kepalanya dengan berhati-hati. Mahkota kecil dan veil diletakkan diatas sofa sebelum sanggulan rambutnya dilepaskan.

'Banyak betul pin ni' dengus Arisa Rania sambil menarik satu per satu pin di rambutnya.

Semua pin yang di buang diletakkan keatas meja solek itu. Tangan cuba untuk mencapai zip baju yang berada di belakang.

'Ya Allah, seksanya cari zip baju ni' tangan masih mencari di mana keberadaan zip gaun pengantin itu, hampir 5 minit mencuba dia masih belum dapat membuka zip di bahagian belakang badannya. Sudahla rimas dengan kain yang kembang dan meleret ini.

"Let me assist you" kata suara garau itu dengan perlahan.

Rania yang terkejut dengan suara itu hamper saja melompat, tubuh dipusing kebelakang sebelum matanya membulat melihat Tengku Adrean hanya bertuala dengan rambut yang masih basah.

'Bila masa dia keluar, asal aku tak dengar bunyi buka pintu pun' soalnya di dalam hati, wajah lelaki itu hanya kosong tidak beriak.

"Turn around" arah Tengku Adrean dengan nada dingin membuatkan Rania perlahan-lahan memusingkan tubuhnya kembali.

Gaun pengantinnya terasa kian melonggar menandakan zip sudah di buka, baru saja dia ingin berpusing untuk mengucapkan terima kasih, terasa tangan yang sejuk menyentuh kulit belakang nya. Sekali lagi dia hampir melompat kerana terkejut, terasa seperti terkena renjatan elektrik pun ada.

Perlahan-lahan Tengku Adrean memeluk isterinya dari belakang sebelum mencium lembut bahu dan pipi gadis itu.

"Pergi mandi" arah Tengku Adrean seraya melepaskan pelukan di pinggang gadis itu. Tanpa menunggu lama Rania terus berlari anak ke bilik air dengan muka yang membahang dan jantung yang seperti hendak terkeluar.

Selesai saja mandi Arisa Rania memakai bathrobe yang disediakan didalam bilik hotel.

'Huwaa seksinya' merah muka Arisa Rania setelah melihat penampilan dirinya dari pantulan cermin. Takkanlah nak pakai tuala tadi?

Mi Esposa (TERBIT)Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin