Bab 15

116K 6.1K 722
                                    

Lamborghini Vaneno itu bergerak laju membelah jalan raya yang agak sibuk tengah hari itu. Tengku Adrean hanya diam sepanjang perjalanan pulang ke villa miliknya.

Tengku Daniel diminta untuk menghantar mummynya pulang ke Mansion The Ruiz. Datin Roselle hanya menurut tanpa bantahan, sempat di peluk dan dicium pipi dan dahi menantu kesayangannya itu.

Arisa Rania yang terlelap di sebelahnya di pandang sekilas sebelum dia mengenggam erat stereng kereta mewah itu.

Iphone miliknya dicapai dan nombor Haider di dail.

"Bawa semua budak-budak itu ke markas sekarang, sekejap lagi aku sampai" tegas Tengku Adrean.

"Budak-budak?"

"Those bastard who are supposed to take care of my wife and mother" keras Tengku Adrean bersuara.

"Okay"

Manakala di Mansion keluarga The Ruiz, Datin Roselle bermundar-mandir dia ruang tamu mewah itu.

"Sepatutnya aku tarik biar tercabut terus rambut lelaki itu" geram dia rasakan apabila mengingat kejadian tadi, tak pasal-pasal Rania terlibat sekali.

"Argh, kesian menantu aku!"

Maid-maid yang bertugas hanya memandang hairan kearah Datin Roselle yang seperti menahan marah itu.

"Awak ni dah kenapa? Buang tabiat?"

Tengku Ashraf Ruiz yang baru saja pulang dari pejabat mengerutkan kening apabila melihat isterinya yang seperti orang hilang akal ditengah-tengah ruang tamu mewah itu.

"Ish abang ni dah kenapa? Tak reti bagi salam ke?" Marah Datin Roselle yang terkejut akibat di sergah suaminya itu. Entah muncul dari mana dia pun tak tahu.

"Orang dah bagi salam, dia yang mengelamun, teringatkan duda mana lah agaknya sampai suami sendiri balik pun tak perasan". Mata kelabu Tengku Ashraf memandang tajam kearah jari isterinya yang terdapat kesan darah.

"Ini awak pergi bertumbuk dengan siapa pula sampai luka macam ni?" Tangan isterinya ditarik lembut sebelum di perhati lama.

"Darah?" Datin Roselle melihat darah yang maksudkan oleh suaminya. Dia sendiri tidak perasan dengan luka itu, entah kena apa pun dia tak tahu.

"Ah biarkan, sekarang saya ada gosip terhangat abad ini" terus dia menarik tangan Tengku Ashraf menuju ke tingkat atas.

"Tadikan saya keluar beli barang dengan Rania, then ada seekor beruk jantan dengan beruk betina ini, entah dari mana datang buat kecoh, berani dia tampar Rania memang saya tariklah rambut dia, nasib baik Adrean sampai tepat pada masa kalau tak tak tahu lah apa akan jadi dengan menantu kita" Tengku Ashraf hanya tersenyum melihat belakang badan isterinya yang semangat bercerita sambil menarik tangannya ke tingkat atas.

"Masyaallah awak bawa menantu kita pergi shopping dekat mall ke dekat zoo sampai bergaduh dengan beruk ni", Tengku Ashraf masih dalam mood menyakat isterinya.

Sejujurnya dia juga risau akan menantunya itu tetapi apabila dikhabarkan bahawa Tengku Adrean sampai tepat pada masa dia berasa sedikit lega.

"Abang ni kan orang serius dia main-main pula".

"Rania dah okay ke?" Soal Tengku Daniel yang hanya berpakaian santai dengan t-shirt putih dan seluar jeans. Starbuck diatas meja di minum sedikit sebelum dia mengerling kearah wajah dingin sepupunya.

"Tengah rehat dekat rumah" beku saja suara garau itu sebelum dia duduk di sofa mewah yang terdapat di dalam bilik penyeksaan itu. Kepala dianggukkan sedikit kearah Kevin dan Haider.

Mi Esposa (TERBIT)Where stories live. Discover now