Bab 31

121K 5K 722
                                    

"We are about to land, Young Master" Arisa Rania mengenggam erat tangan suaminya apabila mendengar kata-kata co-pilot itu. Mata dipejam rapat menahan rasa debar di dada.

Tengku Adrean yang melihat isterinya memejamkan mata itu tersenyum kecil sebelum tangannya naik menekup kedua belah pipi wanita itu. Wajah Rania dipusing menghadap kearahnya.

"Open your eyes, mi esposa" bisik Tengku Adrean lembut.

"Taknak" kepalanya digeleng berulang kali, dia berasa sedikit gugup setiap kali pesawat mendarat.

"Open your eyes and look at mine" arah Tengku Adrean lagi membuatkan Rania membuka matanya perlahan-lahan.

"Mírame a los ojos, esposa" (Look into my eyes, wife) kata-kata Tengku Adrean membuatkan dia terus menatap anak mata kelabu itu lama.

"Be..beautiful" dia bagaikan terpukau apabila melihat kedalam anak mata kelabu cerah itu. Jarak mereka yang tersangatlah dekat membuatkan dia dapat melihat setiap pergerakkan anak mata lelaki itu dengan lebih jelas.

"You like it?" soal Tengku Adrean lembut membuatkan Arisa Rania mengangguk perlahan.

"It's yours, we can swap if you want. Give me your eyes and I will give you mine"

Megat Hafiz yang mendengar kata-kata Tengku Adrean itu sudah memandang pelik kearah pasangan itu.

"Suami isteri, dua-dua gila. Psiko agaknya budak-budak ini" kata Megat Hafiz perlahan. Seram pula dia mendengar ayat mereka.

"Oh abah kau!" terkejut Tengku Daniel yang sedang tidur berlapikkan paha isterinya apabila pesawat peribadi itu bergegar hebat sebaik saja tayar pesawat itu menyentuh landasan.

"Abang okay ke?" Soal Diana, nasib baiklah dia sempat memeluk tubuh lelaki itu yang enak tidur diribanya, kalau tidak memang dah cium lantainya suaminya itu kerana pesawat itu bergegar agak kuat dari biasa.

"Okay, abang okay" dadanya diusap laju. Hampir luruh jantungnya apabila pesawat itu bergegar tadi. Wajah Megat Hafiz dan Salsabella yang sedang menekup mulut bagi menahan ketawa mereka dipandang tajam. Pantas dia bangun berjalan kearah pintu yang memisahkan ruangan mereka dengan ruangan untuk pilot.

Erla Diana yang melihat suaminya mengetuk pintu itu kuat sudah mengeluh perlahan sebelum dia bangun mendekati tubuh itu.

"Hey binatang! Kau tak tahu bawa pesawat ke? Kalau limpa aku bertukar tempat tadi macam mana hah?!" jerit Tengku Daniel kuat.

"Abang, enough" pujuk Erla Diana namun lelaki itu masih mengetuk pintu dihadapannya.

"Hey kau buka! Biar aku yang ajarkan kau cara sebenar nak mendaratkan pesawat. Jangan sampai aku ikat kau dekat tayar bawah sana! Buka!" emosi sungguh dia rasakan. Diana menarik nafas panjang sebelum..

"Tengku Daniel Louis! I said enough!" lantang Diana bersuara mengejutkan Tengku Daniel membuatkan lelaki itu terus tersebik.

"Sampai hati dear marah abang, kalau limpa abang bertukar tempat dengan buah pinggang abang tadi disebabkan cara dia mendarat macam mana?" wajah isterinya dipandang lama.

"Pergi duduk!" tegas Diana sambil menunjuk kearah tempat duduk mereka tadi. Dengan wajah masam Tengku Daniel kembali melangkah kearah tempat duduknya. Sempat dia menyepak kuat kaki Megat Hafiz yang seronok ketawakan dia.

"Argh! Shit!" Kakinya yang disepak oleh Tengku Daniel digosok perlahan. Jari tenagh diangkat kepada sahabatnya itu dan dibalas kembali oleh Tengku Daniel yang mengangkat jari tengah dengan kedua-dua belah tangannya.

"Tengku Daniel Louis!" tegas suara Erla Diana menyebut nama panjang itu sekali lagi.

"Fine" dengan wajah masam lelaki itu terus duduk ditempatnya sebelum matanya mengerling kearah Tengku Adrean dan Arisa Rania yang memandang satu sama lain.

Mi Esposa (TERBIT)Where stories live. Discover now