Bab 24

106K 5.6K 308
                                    

The Louis Hospital

Pembedahan Arisa Rania sudah berjaya dilakukan, namun wanita itu disahkan koma dengan jangka masa yang tiada siapa ketahui. Dia di tempatkan di wad VVIP yang terdapat di hospital itu.

Tengku Adrean yang menggenggam erat jari jemari isterinya sambil termenung jauh itu dipandang sayu. Kaki melangkah perlahan-lahan mendekati jejaka itu.

"Aku nak pergi lawat Diana, kau jangan lupa habiskan nasi ni. Aku tahu kau tak ada selera dalam keadaan sekarang, tapi kau kena makan, nanti kalau kau sakit siapa nak jaga Rania? Takkan aku pula?" Pujuk Tengku Daniel, sempat dia membuat lawak hambar dihujung ayat.

"Hm" hanya itu balasan Tengku Adrean membuatkan Tengku Daniel tersenyum kecil sebelum melangkah keluar dari wad yang menempatkan Arisa Rania. Kaki panjangnya melangkah menuju ke wad yang menempatkan Erla Diana pula.

Sudah hampir seminggu dia dan Tengku Adrean berulang-alik ke hospital untuk menjaga wanita kesayangan mereka. Satu yang dia perasan, tiada seorang pun ahli keluarga Erla Diana yang datang melawat gadis itu.

"Is she an orphan?" Gumam Tengku Daniel perlahan. Nafas ditarik panjang apabila pintu wad yang menempatkan Diana berada tidak jauh dihadapannya.

Baru saja dia ingin memegang tombol pintu dihadapannya, kedengaran bunyi riuh-rendah dari dalam wad itu menyebabkan Tengku Daniel terus merempuh masuk kedalam.

Katil pesakit yang kosong itu menambah gusar dihatinya, kaki melangkah laju kearah bilik air yang terdapat didalam wad itu.

Terdapat beberapa nurse sedang menenangkan Erla Diana yang sedang mengamuk didalam bilik air itu.

"Arghh lepaslah, jangan sentuh aku!" Jerit Diana kuat sebelum dia terduduk memeluk lutut di penjuru bilik air itu.

"A..aku merayu, jangan ap..apa-apakan aku. I'm sorry. I'm sorry" tersedu- sedu dia menangis sambil meminta maas berulang kali.

Tengku Daniel memandang tajam kearah nurse-nurse disitu. Mereka menggeleng sambil menelan liur. Gerun melihat tatapan tajam pemilik hospital itu.

"Hey, dear" lembut Tengku Daniel memanggil, perlahan-lahan dia melangkah masuk kedalam bilik air itu.

"No jangan dekat, tolong jangan dekat" semakin kuat tangisan gadis itu. Bayangan lelaki dihadapannya dipandang takut dengan mata yang dikaburi air mata.

"Diana, look at me" pujuk Tengku Daniel lagi, bahu gadis itu disentuh lembut.

"Aku cakap jangan sentuh aku!" Jerit Diana sebelum dia menolak kuat tubuh Tengku Daniel sehingga lelaki itu terdorong kebelakang. Belakang kepala Tengku Daniel terhantuk agak kuat pada pili air dibelakangnya menyebabkan air shower itu terbuka membasahi tubuhnya.

Nurse-nurse disitu sudah menelan liur kerana takut. Risau jika Tengku Daniel mengamuk apabila ditolak begitu.

"Argh" Tengku Daniel menggosok perlahan belakang kepalanya yang sakit. Nurse-nurse yang berdiri dipintu bilik air itu dipandang tajam.

"Bring me the towel" arah Tengku Daniel tegas sebelum dia menutup semula pili air itu. Kemeja biru muda yang dipakai olehnya sudah basah lencun. Rambut basahnya disebak perlahan kebelakang, belakang kepalanya yang masih sakit dibiarkan.

Erla Diana yang masih memeluk lututnya dipandang seketika, baju pesakit yang dipakai oleh gadis itu turut basah sedikit akibat terkena tempias. Tubuh Diana kembali didekati.

"Erla Diana" panggil Tengku Daniel lembut namun gadis itu bertindak menekup telinganya. Bayangan Rayyan yang cuba memperkosanya dulu kembali bermain difikiran.

Mi Esposa (TERBIT)Where stories live. Discover now