Bab 32

155K 5.1K 1K
                                    

Lamborghini Huracan berwarna hitam itu memecut laju dijalan raya menuju ke markas Black Fire. Tengku Daniel yang memandu itu tersenyum lebar manakala Megat Hafiz disebelahnya pula hanya menayangkan wajah kosong. Sudah terbiasa dengan perangai sahabatnya itu yang selalu memandu kereta seperti ingin cepat berjumpa dengan tuhan.

"Wohoooo!" jerit Tengku Daniel sambil membuat drift di selekoh tajam jalan sunyi itu membuatkan jalan itu berasap akibat dari pergerakkan tayar kereta.

Megat Hafiz di sebelah hanya menggelengkan kepala melihat perangai tidak semengah lelaki itu. Sudah berbuih mulutnya menegur namun seorang Tengku Daniel ini manalah makan saman.

"Habis rosak kereta ini bangang" bebel Megat Hafiz sambil menjeling tajam kearah Tengku Daniel. Dapat dia lihat kesan tayar pada jalan di belakang mereka melalui cermin sisi.

"Beli barulah bro! ini namanya kutip pengalaman, dekat Malaysia susah nak buat macam ni" balas Tengku Daniel sebelum melepaskan ketawa besar. Sejak pulang ke Malaysia dia sudah lama tidak membawa kereta secara berbahaya.

Lagipun di sini siapa saja yang berani menegur mereka sekalipun mereka membawa kereta secara berbahaya? Polis juga hanya akan mendiamkan diri apabila melihat lambang mahkota dan naga yang terdapat pada kereta.

Tengku Adrean memecut laju motorsikal berkuasa tinggi itu menaiki bukit yang agak tinggi diikuti oleh dua buah Ferrari 488 Pista berwarna hitam yang dinaiki oleh Kevin dan Haider manakala anak buah mereka yang lain sudah sampai di markas Black Fire terlebih dahulu.

"I have come to return the favor, bro" sinis Tengku Adrean berkata apabila di sudah dapat melihat markas milik Black Fire yang berada tidak jauh dihadapannya dari atas bukit ini.

"Los guardias detrás del edificio han sido resueltos" (The guards behind the building have been resolved)

Haider dan Kevin tersenyum sinis apabila mendengar kata-kata salah seorang anak buah Holy Dragon yang sudah sampai kesana terlebih dahulu.

"Estamos casi alli" (We are almost there) balas Haider sebelum dia menekan pedal minyak sehingga habis bagi menambahkan kelajuan mereka. Tengku Adrean turut melajukan motorsikalnya apabila mendengar apa yang dibicarakan oleh mereka.

"Mak aii! Buruknya markas, ini markas ke tempat pelacuran?" Kutuk Tengku Daniel sebaik sahaja dia turun dari mereka. Bangunan usang tidak jauh dihadapan mereka dipandang penuh jijik.

"Kalau tempat pelacuran bolehlah aku jual kau dekat sini" sinis Megat Hafiz sambil memasukkan peluru kedalam revolver miliknya.

"Kau panggil aku pelacur?!" Pisau belati ditangannya dihalakan kearah Megat Hafiz dengan pandangan membunuh.

"Everybody is a whore, we just sell different parts of ourselves" Tengku Adrean membuka helmetnya sebelum dia turun dari motorsikal. Mata kelabu itu memandang kosong kearah bangunan dihadapan mereka.

"Vamos" (Let's go) dengan wajah kosong Tengku Adrean terus melangkah kearah bangunan itu. Kelihatan dua pengawal sedang rancak berbual sambil menjaga pintu hadapan. Lelaki dingin itu menuruni bukit itu seperti tiada apa.

"Masalahnya aku bukan pelacur! Aku gigolo! Aku kan lelaki?" Belakang badan sepupunya itu dipandang tajam.

"Aku lelakilah!" Marah Tengku Daniel lagi apabila Tengku Adrean hanya diam mengabaikannya.

Anak-anak buah yang lain sudah memandang hairan kearah ketua kedua mereka itu. Aik? Mengaku?

"Bila orang bodoh bercakap, tutup telinga dan jangan dengar. Takut bodoh dia berjangkit dengan korang nanti" kata Megat Hafiz mendatar kepada anak-anak buah yang dibawa oleh mereka dari Malaysia.

Mi Esposa (TERBIT)Where stories live. Discover now