Bab 20

111K 5.5K 359
                                    

Dubai

Jam sudah menunjukkan angka satu pagi namun matanya masih belum terlelap. Sudah dua hari dia berada di negara kaya ini, fikiran masih melayang memikirkan pujaan hati di tanah air.

'Hm nak call ke taknak ke aku nak whatsapp je?' Tengku Daniel mengetuk dagu sambil bersila diatas katil, matanya masih merenung ke skrin iPhone miliknya yang memaparkan contact Erla Diana.

"Ahh lantak lah" nombor itu didail. Jantungnya yang berdetak laju dipegang seketika.

"Assalammualaikum bos" serak suara Erla Diana menandakan dia baru terjaga dari tidurnya.

"Waalaikumsalam, awak tengah tidur ke?" Tengku Daniel mengetuk kepalanya sendiri sebelum mengigit bantal.

'Bodohnya kau ni, dah sah-sah la dia tengah tidur, dengar suara pun dah tahu' bisiknya dalam hati, tangan pula menumbuk katil mengenangkan kebodohan sendiri.

"Haah, ada apa bos call? Bos dah balik ke? Bukan flight bos esok malam ke?" Soalan bertubi-tubi dari Erla Diana membuat Tengku Daniel terkedu.

Amboi baru bangun tidur terus serang dia dengan pelbagai soalan.

"Saja call, nak check keadaan awak" Tengku Daniel berdehem seketika bagi menghilangkan rasa kekoknya.

"Ouh, saya okay lah bos, masih sihat walafiat belum masuk hospital lagi" seloroh Erla Diana sebelum melepaskan ketawa kecil.

"Baguslah kalau macam itu" jawab Tengku Daniel bersahaja sebelum masing-masing mendiamkan diri untuk seketika.

"Er bos call nak tanya itu saja? Kalau dah tak ada ap saya nak end call" serba salah Diana bersuara, dia menjadi malu tiba-tiba apabila lelaki itu menelefonnya hanya untuk menanyakan hal itu.

"Yo sólo te extraño" (I just miss you) gumam Tengku Daniel perlahan namun masih didengari oleh gadis itu.

"Bos mencarut lagi ke?" Soal Diana dari dalam talian. Mana tahu lelaki itu sedang mencarut kerana selama dia menjadi pembantu lelaki itu, Tengku Daniel selalu saja mencarut dalam bahasa asing apabila berdepan dengan klien yang menyakitkan hati.

"I said i miss you" jujur Tengku Daniel perlahan, tangan naik menggosok belakang lehernya. Wajah lelaki itu sudah bertukar merah.

Erla Diana yang terdiam lama itu menambahkan lagi rasa malunya.

"Tak apalah, saya cuma nak check awak okay ke tak, jaga diri, nak pergi mana mana pastikan berteman" pesan Tengku Daniel apabila tidak mendapat balasan dari Erla Diana.

"Same"

"Yes?" Soala Tengku Daniel kembali apabila tidak jelas dengan ap yang dikatakan oleh gadis itu.

"Saya pun rindu nak bergaduh dengan bos saya ini, balik cepat ya incik bos" seloroh Diana bagi mengurangkan rasa janggal antara mereka.

"Dumb" kata Tengku Daniel perlahan dengan senyum tertahan.

"Pergilah sambung tidur, saya minta maaf sebab dah ganggu tidur awak, assalammualaikum" butang end call ditekan setelah salamnya di jawab.

"Arghh mama! Niel nak kahwin!" Jerit Tengku Daniel kuat sebelum dia menumbuk bantal ditangannya.

"Aku pregnant! Surprise!"

"Whatttt?! k..kau tak buat lawak kan Rania" Diana sudah membulatkan matanya, apabila melihat wajah gembira Arisa Rania, tahulah dia bahawa sahabatnya itu tidak bergurau.

"Ahhhhh tahniah sayang, waa aku bakal jadi aunty lah, dah berapa bulan weh?" Ucap Erla Diana sambil berpelukan dengan Rania, mata-mata yang memandang kearah mereka dihiraukan.

Mi Esposa (TERBIT)Where stories live. Discover now