Bab 9

135K 6.3K 560
                                    

Seminggu menjalani kehidupan sebagai seorang isteri kepada Tengku Adrean Ruiz cukup mencabar kesabaran Arisa Rania. Ada saja helah lelaki itu untuk mengenakannya, dalam masa yang sama dia bersyukur di kurniakan seorang suami yang bertanggungjawab walaupun annoying! Depan orang lain punyalah dingin mengalahkan ais batu, tetapi apabila tinggal berdua hanya tuhan saja yang tahu betapa mengadanya lelaki itu.

"Esposa" panggil Tengku Adrean mendatar dengan wajah kosong. Belakang tubuh isterinya yang sedang mencuci pinggan itu dipandang lama.

Arisa Rania menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum menghembus perlahan. Ini sudah kali ke lima lelaki itu memanggilnya, bila di tanya kenapa lelaki itu hanya tayang muka bekunya, kemudian kembali memanggil.

"Ya abang, abang nak apa?  Kalau abang nak makan penumbuk Rania boleh hidang kan segar dari ladang" Balas Rania dengan senyuman manis yang di buat-buat. Kesabarn cuba di pupuk.

Ikut kan hati mahu saja dia menumbuk lelaki itu. Sejak semua maid didalam rumah itu di pindah kan ke Mansion The Ruiz semakin  menjadi-jadi perangai suaminya itu, mentang-mentang lah tidak ada sesiapa yang nampak perangai tak semengah dia. Kalau tidak beku memanjang.

"Lets go out" ajak Tengku Adrean seraya bangun dari duduknya, tubuh Rania didekati sebelu tangan naik memeluk pinggang ramping isterinya dari belakang.

'Kalau dari tadi bagitahu kan senang, ini tidak'

Rania yang sedang membasuh pinggan itu hanya membiarkan saja, itu adalah salah satu hobi suaminya, asyik memeluk saja, pada awalnya dia juga malu, tetapi sekarang dia sudah terbiasa. Lelaki itu hanya dingin dan beku di luar tapi sangat manja bila bersamanya.

"Hm, elok juga lagi pun barang basah dah nak habis, kita singgah beli barang dapur sekali ya? Then, Rania ingat nak singgah belikan hadiah untuk Bella dengan baby sekali" kata Rania sambil menutup pili air. Tangan yang basah di lap pada kain yang disediakan di tepi sinki.

"Anything for you esposa, abang naik mandi sekejap" kata Tengku Adrean sebelum beredar ke tingkat atas. Sempat di cium pipi isterinya membuatkan Rania menggeleng perlahan dengan tingkah laku suaminya itu.

Selesai saja tugas nya di dapur, terus Arisa Rania memasuki lift untuk naik ke tingkat atas, malas mahu menggunakan tangga. Dia ingin cepat-cepat membersihkan diri.

"Eh? Cepatnya abang mandi" Terkejut Rania apabila melihat Tengku Adrean sedang elok berbaring sambil bersandar di kepala katil, lelaki itu sedang leka menaip sesuatu di Macbook miliknya.

"Tak jadi, sebab abang dah wangi " selamba Tengku Adrean bersuara dengan matanya tepat memandang kearah maklumat yang terpapar di skrin Macbook itu.

"Banyaklah abang punya wangi" kaki melangkah terus ke bilik air meninggalkan suaminya yang sedang bekerja itu.

Hampir 15 minit membersihkan diri, Rania keluar dari bilik air, kepala digeleng perlahan apabila melihat Tengku Adrean yang masih tidak berganjak dari tempatnya. Wardrobe mewah mereka di tuju untuk bersiap.

Selesai memakai baju, Rania melangkah kearah meja soleknya pula. Mata dikerling kearah suaminya yang masih tekun menaip sesuatu. Rambutnya disanggul tinggi ala messy bun sebelum minyak wangi di sembur sedikit pada nadi ditangannya.

"Abang nak keluar ke tak sebenarnya ni? " wajah Tengku Adrean yang sedang fokus itu dipandang geram. Tangan mula naik mencekak pinggang.

"Yes esposa, give me another 15 minutes, sayang bersiap dulu" tangan masih laju membetulkan kesalahan yang terdapat pada maklumat yang diterimanya.

"Rania dah siap dah pun" bibir diketap geram. Workaholic betullah!

Suara lembut Rania yang bergetar itu membuatkan Tengku Adrean mengangkat wajahnya dari Macbook itu. Senyuman nipis di tarik sebelum dia terus menutup laptop kerjanya.

Mi Esposa (TERBIT)Where stories live. Discover now