Bab 23

103K 5.6K 336
                                    

Bang!

Pintu bangunan usang itu terbuka luas setelah disepak oleh seseorang. Ketiga-tiga lelaki itu terkejut sebelum berpusing ke belakang apabila pintu itu terbuka luas.

Tengku Daniel dan Tengku Adrean terus saja melangkah masuk dengan wajah bengis. Ketiga-tiga lelaki itu didekati dengan penuh amarah.

Erla Diana yang merasakan pegangan pada kaki dan tangannya sudah di lepaskan terus bangun bersandar pada dinding, lutunya dipelut erat. Air mata yang mengalir di pipi dibiarkan, bunyi bising orang bergaduh juga ibarat angin lalu sahaja pada pendengarannya.

Tengku Adrean menumbuk kuat wajah Raiz berkali-kali sebelum kakinya naik tinggi menyepak kepala lelaki itu sehingga rebah.

Tengku Daniel pula mengilas tangan Azman kebelakang sebelum bertindak memijak pelipat kaki lelaki itu dari belakang sehingga lelaki itu jatuh melutut keatas lantai.

Tengku Adrean yang melihat Fazli yang cuba melarikan diri terus mengeluarkan pistol sebelum menembak kaki lelaki itu.

Bang!

"Haider, entra" (Haider, get in) arah Tengku Adrean keras sebelum kelihatan beberapa orang anak buah Holy Dragon melangkah masuk dengan pistol ditangan masing-masing.

"Lock them" tegas Tengku Adrean dengan suara yang bergetar menahan marah. Ketiga-tiga lelaki itu diheret keluar oleh anak-anak buah Tengku Adrean.

Tengku Daniel sudah terkedu melihat Erla Diana yang sedang menangis. Bajunya sudah terkoyak teruk menyebabkan bahagian atas badannya banyak yang terdedah. Wanita itu menangis sambil memeluk lutut untuk melindungi bahagian depan tubuhnya yang terdedah.

"Merda!" (Fuck!) Carut Tengku Daniel sebelum berlari kearah Erla Diana. Jaket hitam ditubuhnya ditanggalkan sebelum menutup tubuh wanita itu.

"Tolong.. jangan.. aku taknak" Erla Diana mula meronta kuat apabila terasa seperti ada orang yang ingin menyentuhnya.

"Hey it's me, everything is fine now, semua dah selesai" pujuk Tengku Daniel sambil mengangkat wajah basah Diana untuk memandangnya.

Mata wanita itu membulat melihat wajah Tengku Daniel sebelum dia kembali menangis. T shirt hitam yang dipakai lelaki itu digenggam erat tidak mahu dilepaskan. Tubuhnya bergetar hebat menahan rasa takut.

"B..bos"

"I'm here, awak dah selamat" perlahan-lahan Tengku Daniel mengangkat tubuh Diana.

"Esposa" Lemah lutut Tengku Adrean apabila melihat keadaan isterinya yang terbaring lemah di tepi dinding. Dengan darah yang berlumuran di wajah cantik itu menyesakkan lagi jiwa lelakinya.

Tangannya terketar-ketar menyentuh pipi wanita kesayangannya itu. Pucat saja wajah Arisa Rania kerana kehilangan banyak darah. Air mata yang bertakung di tubir mata dibiarkan.

"Lo siento, mi esposa" (I'm sorry, my wife) dahinya dirapatkan pada dahi Rania sebelum air mata lelakinya perlahan-lahan mengalir turun di pipi.

"Abang terlambat" bisik Tengku Adrean sebak, bibir pucat isterinya dicium sekilas. Tubuh kaku itu dipeluk seketika sebelum dia bertindak mengangkat tubuh Arisa Rania.

Tanpa menunggu lama, kaki panjang Tengku Adrean berlari keluar dari bangunan itu. Dia perlu segera membawa isterinya ke hospital.

"Kevin! Hospital!" Jerkah Tengku Adrean kuat membuatkan Kevin yang sedang menguruskan lelaki-lelaki tadi terus menuju kearah kereta sebelum menghidupkan enjin keretanya.

Sepanjang perjalanan menuju ke hospital milik keluarga Tengku Daniel mereka semua hanya mendiamkan diri. Tengku Adrean hanya diam membisu memeluk tubuh Rania yang tidak sedarkan diri diatas ribanya manakala Tengku Daniel di sebelah masih setia memujuk Diana yang masih mengenggam erat T shirt yang dipakai olehnya.

Mi Esposa (TERBIT)Where stories live. Discover now