Bab 4

136K 6.9K 839
                                    

"What?! Minggu depan?! Tak macam awal sangat ke mummy? persediaan semua belum buat lagi" Bergema suara Tengku Adrean di dalam ruang pejabat miliknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"What?! Minggu depan?! Tak macam awal sangat ke mummy? persediaan semua belum buat lagi" Bergema suara Tengku Adrean di dalam ruang pejabat miliknya. Agak-agaklah kalau nak bergurau pun, Baru beberapa hari lepas setuju minggu depan dah nak kahwin.

Hampir luruh jantungnya kerana terkejut dengan apa yang disampaikan oleh mummy nya di dalam talian. Boleh bergegar bangunan Royal Airline itu dengan suaranya tadi.

'Gila ini memang kerja gila memang la aku nak kahwin dengan dia tapi takkan secepat ni, aduh mummy mummy' bisiknya di dalam hati.

"Ya sayang, Rania dah setuju dan mummy dah aturkan semuanya jangan risau tugas kamu esok cuma bawa Rania pergi beli baju bersanding dan untuk akad nikah, tak sabarnya mummy!" Kata-kata Datin Roselle yang panjang lebar itu lansung tidak dihiraukan. Tengku Adrean hanya diam memicit pangkal hidungnya sebelum dia teringatkan sesuatu.

"Macam mana dengan wali? Kita perlu jumpa keluarga Rania dulu untuk minta bapa dia menjadi wali" soalan Tengku Adrean membuatkan Datin Roselle terdiam seketika.

"Untuk itu, Rania baru je keluar untuk berjumpa dengan papa dia" Wajah Tengku Adrean terus berubah apabila mendengar kata-kata mummy nya.

"Dia pergi sendiri ke? Mummy pun tahukan macam mana hubungan Rania dengan papa dia sekarang?" cemas Tengku Adrean, buatnya Rania di pukul sekali lagi oleh Tuan Rizal macam mana? Memang lunyai orang tua itu dia kerjakan.

"Rean, calm down, Rania memang minta untuk pergi sendiri untuk minta papa dia jadi wali nanti, tapi mummy dah minta Kevin untuk temankan dia" terang Datin Roselle apabila mendengar nada suara anaknya yang berubah cemas.

Tengku Adrean terdiam lega apabila mendengar nama salah seorang anak buah kepercayaannya di sebut.

"Kamu dengar tak apa yang mummy cakap ni Rean?" soal Datin Roselle apabila anaknya cuma diam membisu.

"Dengar mummy, Rean dah nak masuk meeting ni. Rean letak dulu mummy, I love you, bye mummy assalammualaikum" katanya sebelum menekan butang end call pada iPhone 11 pro max milik nya selepas mendengar balasan dari wanita kesayangannya itu.

Nombor Kevin di dail, jari jemari panjangnya mengetuk-ngetuk meja kerjanya sementara menunggu panggilannya diangkat. Otak ligat berfikir sebarang kemungkinan yang akan berlaku, mahukah bapa Arisa Rania menjadi wali selepas apa yang berlaku?

'Hola, Joven Maestro' (Hello, Young Master) Sapa Kevin di dalam talian.

'How is it?'

'She's still inside' Balas Kevin tanpa nada, dia hanya menunggu di luar atas permintaan Arisa Rania.

'If anything happen, you know what to do' balas Tengku Adrean sebelum dia memutuskan talian.

"Bos, meeting" Haider menjenguk sedikit kepalanya apabila tiada sahutan selepas mengetuk pintu bilik CEO itu.

Mi Esposa (TERBIT)Where stories live. Discover now