Bab 11

126K 6.1K 951
                                    

Tuan Rizal, Puan Suria dan Suraya masih terkejut dengan apa yang berlaku, sangkanya Arisa Rania menetap di rumah Erla Diana selama ini kerana beberapa hari lepas dia ternampak kelibat anaknya itu bersama Erla Diana sedang berbual di sebuah café.

Tidak sangka dia akan mendapat kejutan besar hari ini. Arisa Rania, anak perempuan yang selalu di pukul dan dihina oleh mereka telah menjadi isteri kepada Tengku Adrean Ruiz sekali gus mengangkat martabat wanita itu jauh lebih tinggi dari mereka sekarang.

The Ruiz, siapa saja tidak mengenali keluarga itu, mereka merupakan keluarga terkaya di Asia dan Eropah, mempunyai banyak cawangan di dalam dan luar negara, lihat saja syarikat penerbangan Royal Airline di bawah pimpinan Tengku Adrean Ruiz yang terkenal di seluruh dunia.

Dalam masa setahun lelaki muda itu telah berjaya menaikkan nama syarikat gah itu di mata dunia. Lelaki itu bukan sahaja seorang CEO malah dia juga merupakan penjual senjata api berlesen. Aura yang ada pada lelaki itu sungguh menakutkan.

'Macam mana kalau dia tahu apa yang aku dah buat pada Rania, matilah aku' bisik Puan Suria di dalam hati.

Takut?  Siapa saja tidak takut dengan lelaki itu, bila-bila masa saja kepala mereka boleh ditembusi oleh peluru lelaki kejam itu.

Suraya sudah memainkan jari nya sesama sendiri apabila teringatkan ugutan Tengku Adrean tadi. Masih jelas di matanya tatapan membunuh lelaki itu.

"Kita dah bermain dengan api" keluh Tuan Rizal perlahan. Kepalanya di picit sedikit, untung saja tangannya tidak sempat singgah di wajah Rania, kalau tidak entah apa yang akan dilakukan oleh Tengku Adrean kepada mereka sebagai balasan.

Di dalam kereta masing-masing hanya mendiam kan diri. Suasana hanya sunyi sepi dan agak janggal memandangkan Kevin tidak membuka radio.

"Buka lah Radio" bisik Haider dengan nada tertahan.

"Kereta aku atau kereta kau?"

"Bodoh, buka lah radio gila, seram tahu tak?!" bisik Haider lagi. Bertambah seram apabila keadaan sunyi itu di temani oleh Naga api dibelakang. Siapa lagi kalau bukan Tengku Adrean Ruiz. Pasangan itu juga hanya diam di belakang.

"Bising lah kau, aku nak fokus memandu ni" Kevin mendengus perlahan sebelum dia menekan butan radio itu sebelum di mengerling kearah cermin pandang belakang untuk melihat majikannya.

Baru saja dia ingin memandang ke depan semula, Kevin perasan akan kehadiran tiga buah kereta yang mengikuti mereka dari belakang. Pegangan pada stereng di kejapkan.

"Bos, alguien que nos sigue" (Bos, There is someone follow us) kata kevin dengan wajah serius membuatkan Haider dan Tengku Adrean menoleh ke belakang serentak.

Seorang lelaki mengeluarkan separuh badannya dengan memegang pistol, bersiap sedia untuk menembak kereta yang di naiki mereka berempat.

"Merda!" bisik Tengku Adrean keras, kenapa mereka menyerang disaat isterinya ada bersama mereka!

Haider segera mengeluaran rifle jenis Colt M4 dari bawah tempat duduknya sebelum membuka tingkap dan mengeluarkan separuh badannya, bersiap sedia untuk membalas serangan.

Arisa Rania sudah mula cuak melihat keadaan itu. Badannya menggigil ketakutan apabila melihat senjata yang di pegang oleh Haider.

"Tunduk!" arah Tengku Adrean keras sebelum memeluk tubuh Arisa Rania.

Bang!          

"Argh jangan tembaklah sial! Kereta aku baru je lepas tukar cat!" marah Kevin apabila keretanya di tembak dari belakang.                                                                                                 

Mi Esposa (TERBIT)Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin