Bab 3

20.8K 915 17
                                    

Sendi-sendi yang habis lenguh diurut lembut. Sesekali Mikayla Sofea mengaduh sakit apabila lengannya yang lebam saling bersentuhan. Senang cakap, seluruh tubuhnya berasa sakit.

Perlahan-lahan kakinya masuk ke dalam bilik persalinan baju. Baju kerjanya yang sedikit basah akibat percikan air basuh pinggan ditukar dengan pakaian t-shirt siangnya tadi dengan penuh berhati-hati. Sesekali bibir merah jambunya mengadu kesakitan. Sungguh tak berdaya dia rasakan pada saat ini.

Setelah selesai menukar pakaian, tangannya laju saja mengambil sling bag. Loker ditutup dan dikunci.

Kemudian kakinya laju mengorak langkah untuk keluar dari ruangan dapur hotel itu. Pintu dapur hotel ditutup dan dikunci.

Setelah semuanya selesai. Kakinya perlahan-lahan mengorak langkah. Matanya tidak lepas daripada melihat langit yang pekat kegelapan.

Mujur saja harini leadernya iaitu Encik Sufi bersimpati dengan keadaanya. Kalau tidak sampai sekarang dia kena basuh pinggan dan periuk belanga. Rakan-rakan sekerjanya juga tidak membulinya. Jadi dia bersyukur kerana rakan-rakannya masih lagi bersimpati terhadapnya.

"Kau ni tak boleh ke jalan elok-elok sikit ".

Berkerut dahi Mikayla Sofea. Matanya mula melilau ke arah sekeliling kawasan gelap itu.

Gulp.

Please not again. Please!

Matanya mula terhala kearah seorang wanita yang separuh usia sedang memeluk pinggang seorang lelaki muda. Berkerut dahinya.

'Tua-tua pun pakai seksi. Tapi body dia boleh tahan mantap '. Bisik Mikaylsa Sofea di dalam hati.

Di dalam kegelapan malam itu, matanya masih mampu melihat setiap gerak-geri pasangan itu.

Tangan lelaki mabuk itu mula meraba seluruh badan wanita separuh usia itu. Kemudian tangan kekar itu mula merayap ke dada wanita itu.

"Arh".

Terbuntang mata Mikayla Sofea. Terkelip-kelip matanya melihat adegan yang tidak senonoh di hadapan matanya. Tak malu! Dia ingat kalau 'buat' dekat sini orang tak nampak ke?! Buat la dekat tempat tertutup!

Eyy jijik!

Tak padan dengan tua!

Pantas Mikayla Sofea menutup matanya dengan sling bagnya. Kakinya makin laju melangkah melintasi pasangan tua itu.

"Hey.. Baby ada orang ni. Kita buat dekat bilik I okey ". Wanita itu bersuara apabila sedar kehadiran seseorang yang melintasi mereka.

"Biar je la dia". Rengus lelaki itu. Dirinya sekarang ini sudah diselubungi dengan nafsu.

"Arh".

Makin berkerut dahi Mikayla Sofea mendengar desahan itu. Ya Allah kenapa dua malam ini, berturut-turut aku kene tengok benda buruk. Cepat la keluar daripada sini. Aku perlukan oksigen!

Sesekali dia berlari kecil. Apabila sudah sampai ke jalan besar, nafas lega sudah dilepaskan. Dadanya diusap. Lega. Lepas juga aku dari lorong neraka tu.

Pusing saja tubuhnya tiba-tiba terdapat sekumpulan kongsi gelap yang dipenuhi tattoo berada tidak jauh daripanya. Matanya dikecilkan bagi memfokuskan kearah kongsi gelap itu. Ini bukan kongsi gelap semalam ke?

Sekali lagi adrenalinnya merembaskan hormon. Kedua-dua kakinya terundur kebelakang. Melihat sahaja lima orang itu berjalan mendekatinya, kakinya laju berlari . Jantungnya usah dicakap, berdegup laju. Entah lorong mana dia masuk juga dia tidak tahu. Ya Allah tolonglah aku ya Allah.

Mrs Arshaq Where stories live. Discover now