Bab 21

19.1K 762 24
                                    

Mikayla Sofea melihat telefonnya sambil tersenyum-senyum kecil. Ibu jarinya laju saja membalas chat.

Dari tepi, Arshaq mengerling tajam. Telefon di tangan isterinya laju dirampas.

"Awak! ". Tinggi suara Mikayla Sofea.

Arshaq sudah mengetap rahang. "Berapa puluh kali aku kena ulang. Aku tak suka kau chat dia! "

"Kenapa? Apa dia buat dekat awak sampai saya tak boleh chat dia?! Bagitahu saya". Entah dimana keberanian dia melawan kata-kata suaminya.

"Kau makin berani kan". Katanya senada. Wajah isterinya di cerlung tajam.

Mikayla Sofea hanya menggeleng. Sesekali rambutnya diusap kebelakang kasar.

"Okey saya mintak maaf. Saya dengan Kak Medina bukan chat yang bukan-bukan pun awak. Dia cuma tanya khabar saya".

Hampir dua minggu juga mereka berdua sering berbalas chat. Dia cukup hairan dengan suaminya. Makim hari makin menguji kesabarannya.

"Aku tetap tak suka Mikayla Sofea! ". Tengking Arshaq kuat. Bergema suara di rumah agam ini. Telefon isterinya ditayangkan di hadapan wajah isterinya.

"Mulai hari ni, telefon kau aku rampas! No more chatting". Balasnya lagi. Telefon isterinya terus dimasukkan ke dalam poket seluar sukannya. Kakinya laju melangkah menaiki tangga.

Air mata Mikayla Sofea sudah merembas di pipi. Wajahnya terus ditekup dengan telapak tangan. Punggungnya dihempas kasar di atas sofa.

Dia tidak suka situasi ini. Salahkah dia ingin membalas chat dengan Medina?

Apa masalah suaminya ini?

Kesan merah yang bertompok di leher dan dada putih Mikayla Sofea dibelek. Sesekali air mata yang mengalir di pipi diusap kasar.

Entah kenapa dengan suaminya semalam. Sekali lagi suaminya hampir merogolnya.

Kemeja putih yang terjatuh di bahu itu di tarik lambat. Bahunya terhinggut. Dadanya sebak.

Tok! Tok!

"Cepat sikit boleh tak. Nanti lambat nak pergi shot house ".

Huh. Keluhan terlepas dari mulut Mikayla Sofea. Dia penat dengan sikap suaminya. Dia juga penat dengan dirinya.

"Kau dengar ke tak kitten? ".

"Dengar ". Jawab Mikayla Sofea senada. Lambat-lambat dia menuju ke arah bawah pancuran air. Perlahan-lahan tubuhnya melorot jatuh. Kedua-dua kakinya dirapatkan ke dada.

Tangisannya pecah. Dia kecewa. Berkali-kali dirinya hampir diperkosa oleh suaminya sendiri. Dia kecewa dengan Arshaq. Sangat kecewa.

"Shot on target Mikayla Sofea! ". Dingin suara Arshaq. Wajahnya usah dikata, sangat tegang. Langsung tidak diberikan chance untuk isterinya.

Mikayla Sofea menggeleng. "Saya tak nak! ".

"Nak atau tak kau kene juga. Kau jangan buat aku marah dengan kau Mikayla Sofea. Cukup semalam aku bagi kau peluang! ". Kasar Arshaq membalas. Wajah basah isterinya tidak dihiraukan.

Mikayla Sofea masih menggeleng. Sakit hatinya terhadap suaminya masih tidak hilang. Semalam sekali lagi dia hampir dirogol oleh suaminya. Hanya disebabkan dia tidak mahu menembak suaminya memperlakukan dia seperti sampah. Jalang! Arshaq betul-betul melampau!

"Isk isk isk isk"

"Stop crying! ". Amuk Arshaq. Dadanya sudah naik turun menahan sabar. Isterinya makin menguji kesabarannya.

Mikayla Sofea hanya menggelengkan kepalanya. Dia tidak boleh menahan tangisannya, makin ditahan makin laju pula air matanya mengalir.

"Saya tak nak. Tak nak. Isk isk isk. Apa saya buat? Isk isk isk. Kenapa awak layan saya macam ni?  Isk isk". Mendayu-dayu suaranya.

"Jangan menangis lah! Aku rimas tengok kau menangis la sial! ". Tidak semena-mena dia mengeluarkan kata-kata kesat. Pistol yang berada di atas meja laju dicapai dan dihalakan ke arah isterinya. Dia betul-betul tercabar dengan sikap isterinya.

Kaki Mikayla Sofea makin terundur kebelakang. Kedua-dua tangannya di angkat ke hadapan seperti menghalang tindakan suaminya. Kepalanya menggeleng.

"Jangan isk isk... Sobs sobs".

Bang!

Bang!

Bang!

"Argh!". Mikayla Sofea terus terduduk. Tubuhnya dikecilkan. Kedua-dua tangannya menekup telinga. Matanya dapat melihat dengan jelas api yang keluar dari pistol itu.

"Arshaq! ". Panggil Tan Sri Mokhtar kuat. Tubuh anak angkat itu laju dirapati. Pistol yang berada di genggaman Arshaq dileraikan.

"Mengucap Arshaq. Kamu nak bunuh isteri kamu ke? ". Mujur dia sempat tiba di shot house ini.

"Isk isk isk ".

Arshaq tersedar. Matanya dipejam rapat. Keluhan penyesalan terlepas dari mulutnya. Dia amat sukar untuk mengawal marahnya. Tambah pula isterinya selalu menguji kesabarannya.

Mikayla Sofea mengesot kebelakang apabila dia sedar tubuh suaminya makin menghampirinya.

"Jangan isk isk isk".

Dengan kasar Arshaq terus menarik lengan kecil Mikayla Sofea.

Terbangun terus tubuh kecil itu apabila menerima rentapan kasar dari suaminya. Dia cuba meleraikan tapi sukar baginya. Dia cuba memberontak, tapi sayang langsung tiada pergerakan.

Tanpa berlengah Arshaq terus mencempung tubuh kecil isterinya.

"Kamu nak kemana Arshaq. Jangan kamu berani apa-apakan anak papa! ". Tan Sri Mokhtar memberi arahan tegas tapi dihiraukan Arshaq. Dia tahu apa dia buat.

Tasya yang daripada tadi jadi pemerhati, mula bersuara. "Papa jangan risau la. Shaq takkan berani apa-apakan isteri dia. Dia sayang isteri dia pa".

"Papa takut dia hilang kawalan Tasya".

"Papa jangan risau, Kaiser ada. Apa-apa mesti dia inform kita. Shaq tak pernah berkasar dengan perempuan pa. Tambah-tambah tu bini dia, lagi dia tak berani buat lebih-lebih". Tenang Tasya bersuara.

Tan Sri Mokhtar hanya mendiamkan diri. Dia percaya Arshaq tidak akan berani apa-apakan Mikayla Sofea.

Mrs Arshaq Where stories live. Discover now