Bab 31

20.3K 783 54
                                    

"Hmm"

Dahi Arshaq berkerut apabila dia rasakan gangguan di sebelahnya. Perlahan-lahan dia mencelikkan mata. Lampu tidur yang berada di sisi katil di on kan.

Matanya diusap lembut sebelum dia beralih memandang ke arah Mikayla Sofea yang sedang beralih ke kiri dan kanan sambil memejamkan mata. Matanya jatuh pula ke arah tangan kecil isterinya yang sedang memegang perut. Hairan dia dibuatnya.

"Kitten". Panggil Arshaq lembut. Bahu isterinya digoncangkan perlahan.

"Hmm"

Dahi Mikayla Sofea yang berpeluh itu di usap lembut.

"Hey kitten. Open your eyes". Ucapnya lagi. Pipi gebu isterinya di tampar lembut.

Mikayla Sofea perlahan-lahan membuka matanya. Tidak semena-mena air matanya mengalir laju.

"Hey kenapa ni? ". Risau Arshaq dibuatnya.

"Sa...kit perut"

Mata Arshaq terus terarah ke arah perut isterinya. Hari ini sudah masuk dua hari isterinya mengalami senggugut yang teruk. Kesian pula dia dibuatnya.

"Kau memang selalu senggugut ke? "

Mikayla Sofea sekadar mengangguk kecil. Dia selalu la juga senggugut ketika datang bulan, tapi tidak la teruk. Sakitnya hanya biasa saja. Tapi pada bulan ini, sakit senggugutnya kemain hebat. Dia mula memusingkan tubuhnya kekiri dan kekanan.

"Kitten... "

"Hmm". Sahut Mikayla Sofea perlahan. Dia langsung tak berdaya sekarang ini.

"Pergi mandi. Salin pad. Kau bocor ni". Tegur Arshaq senada. Matanya masih terarah ke arah tompokan merah yang terpalit di cadar putih katilnya.

Terkaku terus tubuh Mikayla Sofea. Tidak semena-mena wajah membahang panas. Malu. Sekali lagi dia mahu menangis. Huwaa!

"Eh kau kenapa menangis. Aku tak marah kau pun. Bangun mandi ". Sekali lagi Arshaq bersuara. Lembut saja nadanya di gegendang telinga Mikayla Sofea. Sukar untuk dia lihat sisi lembut suaminya.

"Sa...saya tak larat bangun. Sakit". Kata Mikayla Sofea senada. Bibir bawahnya diketap lembut. Jari-jemarinya turut bermain antara satu sama lain. Malu.

"Jom aku bawa kau pergi toilet ". Tubuh kecil isterinya laju di cempung dan di bawa terus ke bilik air. Dia mula meletakkan isterinya di sisi bathup.

"Tunggu sini aku ambil baju dengan tuala kau"

Mikayla Sofea sekadar mengangguk. Bahang di wajahnya semakin terasa. Tubuhnya ditundukkan sedikit apabila sakitnya kembali menjelma.

"Hiks sakit... "

"Nah! "
"Kau boleh mandi tak ni? Ke nak aku tolong? ". Dengan penuh prihatin Arshaq menyoal isterinya. Dia mula duduk bertinggung di hadapan isterinya. Rambut isterinya yang menutup wajah itu diselitkan di belakang telinga. Pucat saja wajah isterinya.

"Sakit... ". Adu Mikayla Sofea sayu. Air matanya sekali lagi mengalir di pipinya. Rasa lemah saja.

"Okey-okey. Sini aku mandikan kau". Bingkas dia berdiri. Tuala isterinya yang tersangkut di bahu di sangkutkan di atas rak tuala. Tubuh isterinya didekati.

"Aku bukak baju tau". Pinta Arshaq.

Mikayla Sofea hanya mampu mengangguk. Lantak la. Dia tak mampu nak buat sendiri. Suami dia juga. Tapi mereka berdua belum 'tu' lagi. Arr lantak la!

"Angkat tangan"

Mikayla Sofea hanya menurut. Wajahnya masih ditundukkan. Kali ini butang branya turut dibukak oleh suaminya. Dia hanya hiraukan.

Sekali lagi Arshaq duduk bertinggung di hadapan isterinya. Selua isterinya ditarik. Apabila tangannya mahu menyentuh seluar dalam isterinya, laju saja Mikayla Sofea menghalang.

"Bi..ar saya buat. Nanti awak jijik tengok pad saya". Tersekat-sekat Mikayla Sofea berkata.

Arshaq tersenyum kecil. "Aku tak geli pun la. Kau tak larat kan. Bagi aku buat".

Mikayla Sofea hanya diam. Nak tak nak dia turut mengangkatkan sedikit punggungnya apabila tangan kasar Arshaq menarik turun seluar dalamnya. Matanya terpejam kuat. Dia malu.

Arshaq dengan selamba sahaja, membawa seluar dalam isterinya ke arah sinki. Darah yang terdapat di pad dan seluar dalam itu dicuci sehingga bersih. Bau hanyir darah isterinya juga langsung tidak mengganggunya.

Mikayla Sofea sudah menebal muka. Biarkan dia Mikayla. Dia suami kau! Haih.

"Sini kitten. Aku mandikan kau". Panggil Arshaq lembut. Paip air dicapainya dan di halakan ke tubuh Mikayla Sofea.

Mikayla Sofea sudah berpeluk tubuh. Menggigil tubuhnya saat ini. Yela, pukul 3.00 pagi dia mandi. Sejuk.

"Aku sabun ni... "

"Biar saya buat sendiri". Laju Mikayla Sofea memotong percakapan suaminya. Sabun yang berada dingenggaman Arshaq laju di capai.

Arshaq yang beriak bersahaja. Jujur dia katakan, isterinya terlampau seksi. Goyah nafsunya sekarang ini. Namun di tahan. Matanya mula meliar setiap lekuk tubuh isterinya.

Gulp.

Halkumnya mula naik turun menelan air liur. Tubuh isterinya terlampai perfect! Putih kemerah-merahan.

"Kau mandi la dulu. Aku nak tukar cadar". Kata Arshaq senada. Gelora nafsunya makin membuak-buak. Baik dia melarikan diri dulu.

Mikayla Sofea sekadar mengangguk perlahan. Paip di tangan suaminya dicapai di halakan ke tubuhnya. Susuk tubuh suaminya yang tidak berbaju itu dilihat hingga hilang dari pandangannya.

Klak.

Selesai saja pintu bilik air itu ditutup, Mikayla Sofea terus menampar-nampar kepalanya. Sesekali dia menggigit besi paip di tangannya.

"Malu, malu, malu! ".

Setelah Mikayla Sofea siap berpakaian dia mula keluar dari bilik air itu. Arshaq yang sedang menghamparkan selimut tebal itu di dekati. Kepalanya mula menoleh kiri dan kanan untuk mencari cadar yang terkena darahnya.

"Mana cadar tadi? "

"Nak buat apa? "

"Nak basuh la"

"Tak payah. Aku dah basuh dah. Tidur". Kata Arshaq. Dia mula merebahkan tubuhnya. Matanya dipejam rapat. Tidak sampai seminit matanya kembali dicelikkan.

"Kenapa tak baring lagi. Sini"

Lambat-lambat saja Mikayla Sofea mendekati suaminya.

"Perut kau sakit lagi tak? "

"Sakit sikit"

"Tu ada pain killer. Makan sebijik". Kata Arshaq sambil menundingkan jarinya kearah meja disisi isterinya.

Mikayla Sofea hanya memerhati sepi. Langsung tidak diusik ubat itu.

"Kenapa tak makan? "

"Tak nak la. Saya takut makan ubat tu. Takut bahayakan rahim saya". Sepanjang dia senggugut dia hanya harapkan minyak panas. Ubat langsung tidak diambil. Biar la sakit separuh mati pun, janji no pain killer.

Arshaq hanya mengangguk kecil. "Suka hati kau la. Baring cepat ".

Mikayla Sofea terus membaringkan tubuhnya di sisi Arshaq.

Tanpa berlengah Arshaq terus mencapai minyak panas dan mula menuangkan minyak itu ditelapak tangannya. Baju isterinya laju diselak. Kemudian dia mula menyapu di perut isterinya sambil berbaring.

Mikayla Sofea hanya mendiamkan diri. Lama kelamaan matanya semakin layu dengan usapan suaminya. Beberapa kali tangannya menutup mulut yang menguap.

"Terima kasih awak". Katanya perlahan sebelum dia memejamkan mata.

"Kasih diterima"

Mrs Arshaq Where stories live. Discover now