Bab 36

22.1K 826 182
                                    

Selesai saja makan, Tan Sri Mokhtar, Arshaq dan Tasya keluar dari cafe itu.

Mata tajam Arshaq sedang merenung ke arah isterinya yang sedang duduk santai di atas sofa yang berada di lobby. Kedua-dua tangannya di masukkan ke dalam poket. Rahangnya bergerak-gerak.

Tan Sri Mokhtar menepuk perlahan bahu anak angkatnya.

"Jangan marahkan dia. Dia tak salah Shaq. Bagi dia masa". Pesannya lembut.

Arshaq merengus kasar. Matanya dipicing tajam. Amarahnya makin meluap-meluap apabila Mikayla Sofea menayangkan wajah bersahaja. Siap duduk santai!

"Shaq...dah la tu. Kalau nak marah pun dekat rumah la. Jangan dekat sini. Apa pula pekerja you cakap nanti". Tegur Tasya. Dia perasan wajah Arshaq sedikit merah kerana menahan marah. Dia sudah lama mengenali Arshaq. Setiap riak wajahnya dia tahu.

Arshaq hanya diam. Keluhan berat dilepaskan.

"Pa, Tasya masuk kereta dulu". Pamit Tasya sebelum melangkah besar meninggalkan papanya dan Arshaq.

Tan Sri Mokhtar mula berdiri di hadapan Arshaq. Sekali lagi bahu Arshaq disentuh.

"Papa nak pesan satu benda"

"Apa dia pa? "

"Buat Mikayla jadi milik kamu sepenuhnya Shaq"

Arshaq terdiam. Sesekali kepalanya mengangguk.

"Kamu faham maksud papa? "

"Faham pa"

Bibir Tan Sri Mokhtar sudah mengoyakkan senyuman manis. Kepalanya mengangguk kecil. Lengan sasa Arshaq ditampar lembut.

"Papa pergi dulu"

Kaki Arshaq turut mengikuti langkah Tan Sri Mokhtar. Apabila mereka melintas di hadapan Mikayla Sofea, wanita itu sengaja pura-pura tidak melihat.

"Mikayla... Papa balik dulu tau"

Mikayla Sofea menayangkan wajah kosong. Geleng tidak, angguk pun tidak.

Melihatkan anaknya tidak memberi sebarang riaksi, dia sekadar tersenyum hambar.

"Elok-elok Tan Sri". Ucap Kaiser sambil menundukkan sedikit kepalanya.

"Ya ya. Jaga anak saya elok-elok".

Kaiser mengangguk kecil sambil tersenyum.

Setelah susuk tubuh Tan Sri Mokhtar hilang dari pandang mereka, Arshaq terus meluru ke arah isterinya. Lengan isterinya dipaut dan ditarik kasar.

Terbangun Mikayla Sofea dengan tarikan itu. Dahinya berkerut kecil kerana sakit. Dia cuba melepaskan pautan tangan kekar itu di lengannya, namun ianya tidak berhasil.

Dengan perasaan yang marah Arshaq terus mengheret isterinya untuk naik ke dalam Office. Kakinya menuju ke arah lif VVIP. Sekurang-kurangnya lif ini tidak digunakan oleh pekerjanya. Dan jalan untuk pergi ke lif itu Agak sunyi.

"Awak sakit! ". Ucap Mikayla Sofea dengan sedikit kuat. Sedaya upaya dia mengeraskan dirinya daripada diheret suaminya.

Ting!

Arshaq terus menarik kasar tubuh isterinya. Masuk saja ke dalam bilik office, dia terus menghumban isterinya di sofa.

Mikayla Sofea tersembam. Bahu terhinjut apabila pintu bilik itu di hempas kasar.

Dum!

Pintu itu dikunci. Kemudian dia mula membuka kodnya dan di letakkan di atas meja yang berada di hadapan isterinya. Lengan baju kemejanya turun di lipat hingga ke siku.

Mrs Arshaq Where stories live. Discover now