Bab 39

21.7K 794 52
                                    

Hampir seminggu Mikayla Sofea mendiamkan diri. Dia tidak seperti dahulu, seorang yang periang dan banyak mulut.

Selama tiga hari dia demam, dan sewaktu dia demam itu, suaminya menjaganya dengan baik. Tipu lah kalau dia cakap dia tak tersentuh dengan suaminya. Arshaq layan dia sangat lembut.

Namun dia memilih untuk mogok dengan suaminya. Sampai bila? Sampai Arshaq bawanya berjumpa dengan ibunya.

Telefon di gagangannya yang bergetar itu dilihat. Button on di tekannya. Bibirnya mengukirkan senyuman kecil. Kemudian dia mencebikkan bibirnya apabila mesej daripada Arshaq sangat romantik. Elleh nak pujuk lagi la tu.

Kitten...buat apa tu? Abang miss you
-11.30 a.m (Singa).

Mikayla Sofea mengeluarkan lidahnya sedikit gaya seperti mahu termuntah. Sejak-sejak dia demam suaminya sudah mengubah panggilan. Tapi comel. Hehehe.

Telefon yang dia pegang ini hadiah daripada suaminya. Telefon lamanya entah kemana. Kata suaminya senang kalau nak call. Tak de la kena call Kaiser atau maidnya dahulu.

Waktu Arshaq memberikannya telefon ini juga ada syaratnya. Nak tau apa?

1. Jangan simpan nombor orang lain kecuali Arshaq dan Kaiser.
2. Kalau Arshaq call, dia kene angkat. Kalau mesej kena reply.
3. Jangan call orang lain kecuali Arshaq dan Kaiser.

Banyak lagi. Tapi dia malas nak ingat.
Dia sedikit terkejut apabila telefonnya berdering kuat.

Terpapar nama Arshaq di skrin telefonnya. Butang hijau ditolak. Teragak-agak dia mendekatkan telefon itu di telinganya.

"Kitten...abang mesej kan. Kenapa tak reply? Buat apa ha? "

Dahi Mikayla Sofea sudah berkerut.

"Sorry...saya tertinggal fon dalam bilik tadi. Tadi saya masuk toilet". Bohongnya.

"Kitten dah makan? "

"Dah... "

"Tipu. Abang tak nampak pun kitten keluar bilik dari pagi tadi"

Mikayla Sofea menggigit bibir bawahnya dengan perlahan. Suara suaminya sudah bertukar sedikit tegas. Faham lah dia yang suaminya marah.

"Be...belum"

"Bila nak turun makan? "

"Se...sekarang". Gugup Mikayla Sofea menjawab.

"Okey turun sekarang. Abang perhati je ni"

"Yelah. Saya nak turun la ni". Kata Mikayla Sofea perlahan. Baju hoodie dicapainya dan disarungkan ke tubuh. Topi hoodie itu ditariknya bagi menutup kepala. Tali pula di ikat reben. Kemudian kakinya terkedek-kedek keluar dari bilik.

Sebelum dia turun, dia sempat menayangkan penumbuk ke arah cctv yang terdapat di hujung syiling sebelah pintu biliknya.

Nafas berat di lepaskan. Dengan terpaksa dia menuruni anak tangga.

Medina meluru ke arah susuk tubuh tegap seorang lelaki. Tangan kanannya erat memeluk lengan Ana. Apabila dia sudah menghampiri tubuh lelaki muda itu, dia terus berhenti. Matanya merenung ke arah lelaki itu yang sebuk bercakap dengan telefon.

"Tuan"

Arshaq mengangkat sedikit kepalanya ke arah Kaiser. Apabila Kaiser memberi isyarat, Arshaq terus menolehkan kepalanya bersama kerutan di dahi.

"Kitten...nanti abang call balik". Selesai Arshaq berkata itu, dia terus menyimpan telefonnya di dalam poket seluar slackanya. Kedua-dua tangannya turut di masukkan ke dalam poket bersama kerutan di dahi.

Medina dan Ana mula mendekati Arshaq.

"Tuan Shaq? "

Arshaq mengangguk kecil. Matanya memicing melihat Medina. Sesekali anak matanya turut mengerling ke arah rakan di sebelah Medina.

"Boleh saya bercakap dengan tuan? ". Sopan Medina menyoal.

Arshaq memandang Kaiser sekilas. Kemudian dia mengangguk kecil.

"Masuk dekat cafe". Kata Arshaq senada. Kakinya terus melangkah ke arah cafe di office.

Medina dan Ana mengekori langkah Arshaq. Senyuman kecil terukir di bibir Medina. Berkat dia goda customernya, jadi dia dapat tahu di mana office Arshaq.

"Have a sit". Pelawa Arshaq.

Medina dan Ana hanya menurut. Sesekali Ana mengerling sekeliling cafe itu dengan mulut ternganga kecil.

Berkerut dahi Ana apabila pehanya terasa menyengat. Dia terus mengusap pehanga akibat ditampar kawannya.

"Apa tujuan puan datang sini? "

"Saya nak cari Mikayla"

"Kenapa perlu cari saya? "

"Saya tahu tuan suami Mikayla, anak saya".

Arshaq memicing kecil. Senyuman sinis terbit dibibirnya. Postur badan di perbetulkan.

"Kenapa sekarang baru cari isteri saya? Sebelum ni kenapa tak cari? ". Sinis dia berkata.

Ana yang melihat kata-kata daripada Arshaq itu sudah mula berangain. Biadab dengan orang tua.

"Tuan jaga sikit mulut tuan. Dia ni mertua tuan tau. Kalau tuan nak tahu, mertua tuan ni cari anak dia macam orang gila dari dulu". Berang Ana berkata. Sesedap adabi je Mamat ni nak lepas cakap.

Medina terus memegang tangan Ana. Kepalanya menggeleng sebagai tanda jangan. Dia nak datang sini pun susah.   Takkan Ana nak bertindak diluar kawalan pula.

Ketawa sinis terlepas dari mulut Arshaq.

"Lepas puan dah buang dia, baru sekarang nak kutip dia balik?"

"Sorry...saya takkan benarkan isteri saya jumpa ibu dia yang pelacur ni". Sambung Arshaq lagi.

Medina terpaku. Mulutnya bagaikan terkunci seribu bahasa. Sukar dia untuk membalas kata-kata daripada 'menantunya'.

"Hey. Kalau kau nak tahu, perempuan yang kau hina ni ibu mertua kau tau? ". Celah Ana dengan berang. Jari telunjuknya tepat ditujukan di hadapan wajah Arshaq. Naik turun dadanya menahan amarah.

Arshaq tersenyum sinis. Dia terus berdiri. Butang kodnya di pasang sebelum dia membuka langkah. Baru tiga langkah, tiba-tiba dia sudah berhenti. Wajahnya ditolehkan separuh sebelum dia kembali menyambung langkahnya.

"Ibu mertua kau ni jadi pelacur sebab kena jual la setan! ". Amuk Ana.

"Ana... ". Tegur Medina dengan nada suara yang sedikit sebak. Belakang tubuh lelaki tegap itu diperhati sayu.

Mikayla Sofea merenung Arsen dengan mata yang sedikit bulat. Sesekali dia berkelip laju.

"Kau kenapa princess? "

"Awak boleh tolong saya? "

Arsen mengangguk kecil. Air kopi dicicip perlahan.

"Apa dia ?"

"Tolong saya cari ibu saya boleh? 

Mrs Arshaq Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt