Bab 17

20.3K 789 36
                                    

"Awak saya tak nak". Tolak Mikayla Sofea lembut. Sesekali dia cuba menjauhkan diri daripada Arshaq yang menyuruhnya belajar menembak.

"Kenapa kau tak nak ?"

"Saya tak suka benda yang ganas-ganas ni". Jawabnya bersahaja.

Arshaq sudah mengeluh. Malas dia mahu bertekak.

"Kau pergi duduk sana". Arahnya.

Mikayla Sofea mengangguk. Kakinya perlahan-lahan melangkah ke arah kerusi yang berasa di belakang.

Bang! Bang! Bang!

Berdesing telinga dia dibuatnya. Dadanya diusap lembut bagi meredakan degupan jantung yang berdegup laju itu.

Dari belakang dia tertarik dengan tubuh tegap suaminya. Nampak sado. Memang sebelum suaminya sudah sado, tapi pada kali ini sekali package macho dan hensem . Dari belakang suaminya nampak begitu dominan.

Terukir senyuman kecil di bibirnya. Gatal kau ni Mikayla Sofea!

Klak!

Pandangan Mikayla Sofea terus terarah ke arah Tasya yang hanya memakai sport bra hitam dan seluar tight hitam. Rambut ikalnya di ikat pony tail.

Seksinya. Getusnya di dalam hati. Tiba-tiba di lubuk hatinya terasa cemburu. Dia tidak suka jika suaminya memandang wanita seksi daripadanya. Aku seksi ke?

'Seksi apanya. Suami sentuh kau sikit pun kau dah menangis. Inikan pulak seksi. Jauh betul angan kau! '. Bidas akalnya.

Betul jugak tu. Putih mata la aku bila tengok Tasya rapat dengan Arshaq. Hiks. Tak suka!

"Shaq...you dah lama ke sampai? ". Soal Tasya sambil menilik glock17. Kemudian dia memakai headphone di telinganya. Kedua-dua di kakinya sudah dibukak sama lebar dengan bahunya. Speak mata hitam yang mengikut lekuk wajah juga tidak lupa untuk dipakai.

"Lama la jugak".

Tasya mencebik. Kemudian perhatiannya ditumpukan sepenuhnya kearah target.

Bang!

Tepat mengenai kepala.

Bang!

Tepat mengenai dada.

Bang!

Sekali lagi target itu sudah tembus di kepala.

Arshaq tersenyum sinis. "Nice shot"

Tasya sudah menyinggingkan senyuman. Bangga. Lagipun dia sudah handal mengendalikan senjata api. Siapa yang ajar dia? Siapa lagi kalau bukan 'abang angkatnya'.

Dari belakang membahang saja Mikayla Sofea dibuatnya. Cemburu. Pantas dia bangun dari duduknya. Kakinya melangkah laju ke arah Arshaq.

"Awak".

"Hmm".

"Ajar saya".

Arshaq mengerling isterinya daripada tepi. Dahinya sedikit berkerut. Dah kenapa dengan isterinya? Tadi kemain lagi tak nak. Ni tiba-tiba nak pulak.

"Ajar la saya awak". Desak Mikayla Sofea. Headphone yang dipakai oleh suaminya laju diambil dan dipakai di telinganya.

Arshaq sedikit mengundur ke tepi apabila tubuhnya ditolak oleh isterinya. Kedua-dua tangannya disilang ke dada.

Tangan kecil Mikayla Sofea terus mencapai Glock17 itu dengan mudah, namun dia meletakkan semula ke atas meja. Beratnya.

"Awak, kenapa berat? ". Polos dia bertanya.

Mrs Arshaq Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz