Bab 15

20.8K 794 13
                                    

Susuk tubuh kecil Mikayla Sofea yang sedang duduk termenung di mini garden itu ditenung oleh Arshaq. Sesekali keluhan kecil terlepas dari bibir merahnya.

Dua hari isterinya tidak bercakap dengan dia. Bila ditanya sepatah, isterinya hanya mengangguk dan menggeleng. Bila dia meninggikan sedikit suaranya, isterinya terus mengalirkan air mata. Cengeng.

Dia takkan mintak maaf kerana bukan salah dia. Isterinya yang degil. Memang patut dihukum. Hampir saja dia meragut kesucian isterinya, tapi dia masih mampu mengawal nafsunya.

Kilauan dari rantai emas yang dipegang oleh isterinya menarik perhatiannya. Dia tidak tahu rantai itu daripada siapa. Yang dia tahu, isterinya sayang sangat dengan rantai itu.

Isterinya siap menyambung rantai itu dengan benang kuning. Tapi yang dia pasti, rantai itu bukan emas tulen.

Kedua-dua tangannya dimasukkan ke dalam poket. Kepalanya menggeleng. Kemudian kakinya kembali melangkah ke ruang tamu.

Air mata yang sudah mengalir di pipi laju saja dilap. Entah kenapa dadanya makin sebak. Lagi ditahan tapi berat dadanya. Nafasnya juga terasa tersekat.

Kepalanya perlahan-lahan ditundukkan. Air mata yang masih degil mengalir dibiarkan.

"Isk isk isk". Hanya esakan saja yang kedengaran.

Apa yang buatkan dia sedih adalah rantai pemberian ibunya terputus. Dari kecil hingga sekarang ini, dia jaga dengan penuh berhati-hati. Langsung tiada karat dan calar. Tapi bila dia bawak balik rantai itu kesini, rantai kesayangannya sudah putus.

Semua disebabkan Arshaq. Dia tidak kisah tentang dirinya yang hampir diperkosa suami sendiri. Apa yang dia kisahkan rantainya!

"Sampai hati awak, Arshaq". Gumamnya perlahan. Isk isk .

"Puan... ".

Terpanggung terus kepala Mikayla Sofea memandang ke arah suara yang memanggilnya. Keningnya berkerut. Wajahnya yang lenjun dengan air mata dihiraukan. Dia langsung tak kisah Kaiser melihat wajah selekehnya sekarang ini.

"Puan okey?". Lembut Kaiser menyoal. Dari jauh lagi dia melihat isteri majikannya duduk keseorangan. 

Mikayla Sofea terus menghamburkan tangisannya. Cukup pantang kalau orang menyoalnya sama ada dia ok ke tidak. Hatinya betul-betul sensitif mendengar soalan-soalan itu.

"Tak isk okey isk isk".

Makin kalut Kaiser melihatnya. Dia terus duduk disebelah isteri majikannya.

"Puan jangan menangis macam ni. Kalau tuan nampak, mesti dia ingat saya yang buat puan".

Tercebik Mikayla Sofea mendengar kata-kata Kaiser. Esakannya makin kuat.

"Sobs sobs sobs".

"Puan!". Panggil Kaiser lagi. Kepalanya digaru beberapa kali. Sudah la dia tidak tahu memujuk.

"Tisu".

Berkerut dahi Kaiser. "Huh tisu? "

Mikayla Sofea mengangguk.

"Puan nak tisu? ". Soal Kaiser lagi.

Mikayla mengangguk lagi.

Kaiser terus meraba poket di bajunya. Kemudian dia terus mencapai sebungkus tisu kecil di dalam poket jacketnya.

"Nah puan".

Mikayla Sofea mengambil lalu tarik beberapa helai tisu.

Heshh!. Hingus mula dikeluarkan dari hidungnya tanpa segan silu dengan Kaiser.

Mrs Arshaq Where stories live. Discover now