Bab 28

19.2K 755 34
                                    

Tiupan angin yang menampar-nampar tubuh Medina dan Ana membuatkan selendang yang  di pakai mereka sedikit berterbangan.

Ana memandang Medina yang berada di sebelahnya dengan senyuman kecil.  Medina turut membalas. Matanya kembali memfokuskan ke arah rumah anak yatim yang berada di hadapannya.

'Rumah Anak Yatim Nur Qaseh'.  Sebut Medina di dalam hati. Genggaman tangan Ana yang menggenggam tangannya di balas. Dia sangat berharap segala maklumat mengenai anaknya, masih direkodkan. Memandangkan anaknya sekarang sudah berumur 20 tahun, sudah tentu anaknya itu tidak boleh tinggal disini lagi.

"Dah ready ke babe? ". Soal Ana lembut.

Medina mengangguk sambil tersenyum. Nafas di tarik sedalam-dalamnya.

"Jom"

Ana hanya mengekori langkah kawannya. Hampir dua hari Medina demam panas dan Alhamdulillah, hari ini kawannya sihat sepenuhnya.

Medina mula meliarkan matanya memandang ke arah kanak-kanak yang sedang berlari-lari kecil di halaman rumah anak yatim itu. Ada juga yang sedang bergurau senda bersama rakannya. Mungkin kanak-kanak itu berusia 10 hingga ke 12 tahun.

"Assalamualikum! ". Ucap Medina apabila kornea matanya ternampak seorang wanita yang bertudung labuh baru keluar dari rumah anak yatim itu. Wanita itu sedikit berusia daripadanya.

"Waalaikumussalam". Lembut saja wanita itu membalas salam Medina. Senyuman manis turut di hadiahkan ke arah Medina dan Ana.

Medina dan Ana mula menyambut huluran tangan wanita itu.

"Kenapa puan berdua datang ke sini? ". Soal wanita itu lembut.

Medina dan Ana saling berpandangan antara satu sama lain. Medina menghadiahkan senyuman cukup hambar yang dia pernah ukirkan pada saat ini.

"Boleh saya bercakap dengan puan sekejap? ". Pinta Medina lembut.

Wanita itu mengangguk. "Boleh-boleh. Jemput masuk ke pejabat saya".

Medina dan Ana mengikuti langkah wanita itu. Lengan Ana dipeluk erat. Sangat erat Ana dapat rasakan. Lengan kawannya, diusap lembut bagi menyalurkan sedikit kekuatan.

"Jemputla duduk puan... "

"Saya Medina. Yang ini pula Ana". Laju Medina memperkenalkan dirinya.

Wanita itu tersenyum manis. "Jemput duduk Puan Medina dan Puan Ana".

Mereka berdua mula melabuhkan punggung di sofa lembut.

"Apa hajat puan berdua datang ke sini? "

Medina mengetap bibirnya. Senyuman paksa diukirkan. "Saya nak cari anak saya puan"

"Panggil saya Kak Umi saja"

Medina sekadar mengangguk. "Kak Umi ada rekod mengenai anak saya? "

Kak Umi hanya mendiamkan diri. Wajah dua orang wanita dihadapannya diperhati lama. Penuh pengharapan.

"Boleh Kak Umi tahu, anak Medina umur berapa sekarang? Nama dia juga apa ye?"

Medina kedepankan sedikit tubuhnya. Entah kenapa dadanya terasa sebak. Tubir matanya juga panas.

"Anak saya bernama Mikayla Sofea binti Abdullah puan. Sekarang ni umur dia 20 tahun. Tapi waktu kecil dulu dia memang duduk sini Kak Umi. Boleh saya tahu rekod dia? Saya betul-betul nak anak saya Kak Umi". Lirih Medina berkata.

Kak Umi sekadar dia mendengar. Otaknya juga masih ligat memikirkan anak asuhannya di rumah anak yatim ini.

"Setahu saya, anak puan tak tinggal sini. Sebab saya tak pernah dengar nama Mikayla Sofea"

Mrs Arshaq Where stories live. Discover now