Bab 5

20.9K 859 33
                                    

Mikayla Sofea sudah mundar-mandir di dalam bilik. Cctv yang berada di dalam biliknya itu diperhati dengan tajam.

Tanpa berlengah dia terus menarik kerusi dan memanjatnya.

Tangan kanannya mula terkapai-kapai ingin mencapai cctv itu namun kepanjangan tangannya tidak mencukupi.

Kakinya laju turun dari kerusi itu. Melilau matanya mencari sesuatu untuk di letakkan di atas kerusi. Matanya tertumpu kearah kerusi di meja make up.

Laju saja dia mencapai kerusi bulat yang sederhana tinggi itu. Kemudian diletakkan di atas kerusi. Sebelum dia memanjat. Tangannya sudah mencapai tisu dan solatep.

"Sampai pun". Ujarnya perlahan.

Tisu yang berada ditangannya laju saja di letakkn di cctv itu.

Padan muka kau. Kau tak boleh skodeng aku lagi. Hehe.

Kedua-dua tangannya sudah disapukan antara satu sama lain. Puas hati!

Padan muka kau!

Gatal!

"Kau buat apa?! ".

Mikayla Sofea sudah terkejut. Entah dimana silapnya, kaki kanannya laju melangkah ke hadapan dan..

"Argh! ".

Terpejam rapat matanya.

"Bukak mata kau. "

Perlahan-lahan Mikayla Sofea membuka mata kirinya. Kini kedua-dua matanya sudah mencelik luas.

Tubuh Arshaq sedaya upaya di tolak tetapi usahanya hanya sia-sia. Dia sekarang berada dalam pelukan Arshaq.

Yang menjadi persoalannya, macam mana lelaki ni masuk bilik aku? Sedangkan aku kunci pintu bilik ni.

Kepalanya disengetkan untuk melihat pintu bilik itu. Terpejam matanya melihat segugus kunci yang tergantung di tombol pintu bilik itu.

Kepalanya kembali menegak. Matanya tajam merenung wajah Arshaq.

"Kenapa? Kau ingat aku tak boleh masuk? ". Sinis Arshaq bertanya. Tubuh kecil Mikayla Sofea makin ditarik rapat.

"Senang-senang je awak masuk bilik saya kan? Buatnya saya berkemban ke, tak pasal-pasal awak dapat tengok free show ". Mikayla Sofea sudah mula membebel.

Arshaq tersenyum kecil.

"Sebelum aku masuk, aku dah perhati apa kau buat ".

Matanya dikalihkan ke arah cctv yang sudah ditutup dengan tisu.

Mata Mikayla Sofea turut melirik ke arah cctv itu. Bibirnya sudah diketap.

"Sebab tu saya tutup! Awak ni pervert tau! ". Katanya dengan nada yang tidak berpuas hati.

Arshaq menarik senyuman sinis. Wajah polos Mikayla Sofea di tenung lama. Rambut hitam pekat Mikayla Sofea yang terjatuh di dahi diselitkan di belakang telinga.

"Sebelum kau tutup pun. Aku dah dapat tengok body kau. Mantap ". Nakal dia berkata. Matanya sudah melirik ke arah dada Mikayla Sofea yang rapat dengan dada bidangnya.

Mikayla Sofea laju menyeluk lengannya diantara dadanya dan Arshaq. Uwa! Dia nampak la tadi?

Mahu menangis dia dibuatnya sekarang ini. Kenapa lah dalam banyak-banyak lelaki yang tolong aku malam tu, si gatal ni jugak yang muncul! Uwaa!

Arshaq sedaya upaya mengawal riak wajahnya. Seronok dia mengusik wanita ini.

"Tapi kau jangan risau. Kau anggap je tu rezeki aku. Untung betul aku". Sambungnya lagi.

Mrs Arshaq Where stories live. Discover now