Bab 13

20.6K 772 10
                                    

Arshaq yang sedang sibuk menyiapkan kerjanya diperhati oleh Mikayla Sofea. Bibir bawahnya dikemam. Gelisah saja dia daripada tadi.

"Awak... ". Panggilnya dengan suara yang sedikit melerek.

"Hmm". Jawab Arshaq tanpa memandang isterinya. Matanya masih tekun memandang skrin macbooknya.

Mikayla Sofea diam. Keningnya digaru beberapa kali. Dia ingin meminta sesuatu kepada suaminya. Tapi dia takut.

"Awak..."

"Cakap je la". Sedikit kasar Arshaq membalas. Sesekali keningnya diusap bagi menghilangkan rasa sakit yang menyengat kerana terlalu lama merenung skrin macbook dan kertas kerja.

Tahap keberanian Mikayla Sofea makin berkurangan. Lambat-lambat dia bangun dari duduknya. Kakinya perlahan saja melangkah ke arah suaminya. Taburan kertas yang berada di atas meja suaminya di lihat. Seminggu ini, dia lihat suaminya terlalu sibuk.

Sejujurnya dia tidak mengetahui suaminya kerja apa. Tapi dia pasti suaminya bisness man. Lihat saja la pakaian suaminya sewaktu hendak pergi ke kerja, kemain smart. Siap bertie.

"Awak banyak lagi ke kerja? ". Soalnya lagi.

"Hmm".

"Awak nak air? ".

Arshaq mendengus kecil. Wajah isterinya di tenung tajam. Pantang betul dia apabila dia sibuk menyiapkan kerja, ada orang ganggu. Kalau boleh satu bunyi pun dia tak suka dengar.

"Kau nak apa sebenarnya ni Mikayla Sofea? ". Tinggi suara Arshaq menyoal .

Mikayla Sofea sudah menunduk menekur kantai. Kedua-dua tangannya menyentuh antara satu sama lain. Perlu ke sebut nama penuh aku? Garangnya.

"Aw...awak nak air? Sa..ya buatkan un...untuk awak". Gugup dia bersuara.

Arshaq mengangguk kecil.
"Coffee without sugar".

Mikayla Sofea mengangguk. Laju kakinya melangkah beredar dari mini pejabat Arshaq. Dapur di tujunya.

Satu sachet L.A Coffee yang berada di dalam laci di capainya. Cawan yang terusun cantik di dalam kabinet turun di ambil.

Tangannya lincah membacuh coffee untuk suaminya. Setelah siap mengacau coffee itu, dia mula menyua sedikit air coffee itu ke dalam mulutnya.

"Werk! ". Loya dia dibuatnya dengan coffee tanpa gula ni. Pahit! Macam mana dia nak minum.

Ke nak bubuh gula sikit? Sat lagi kalau bubuh, tak pasal-pasal kena maki. Omelnya sendiri.

Setelah 15 minit dia dilemma, dia mula membuat keputusan untuk tidak memasukkan gula.

Sudu yang berada di tangannya terus di letakkan di dalam sinki, kemudian dia terus membawa cawan coffee itu ke pejabat suaminya.

Baru dia berura-ura ingin menaiki anak tangga, tiba-tiba dia terdengar suara orang berbual. Dahinya sudah berkerut.

Tanpa berlengah kakinya mula mengorak langkah ke arah ruang tamu. Kepalanya terjengul sedikit untuk mengintai figure yang tengah bersembang itu. Siapa pulak tu?

"Kitten, come here ". Panggil Arshaq.

Mikayla Sofea terus mendekati suaminya. Cawan cofffee di letakkan di atas meja yang berada di hadapan suaminya. Bibirnya menguntumkan senyuman manis ke arah sorang lelaki separuh usia dan juga seorang wanita yang lebih kurang sama umur dengan suaminya.

"This is your wife Shaq ?". Soal wanita itu dengan nada yang sedikit terkejut. Matanya merenung ke arah Mikayla Sofea dari atas hingga bawah.

Mikayla Sofea sudah menunduk melihat pakaian yang dipakainya. Apa yang tak kena dengan tshirt dan seluar palazzo aku ni? Ke rambut aku? Rambut aku elok je ikat gaya messy bun ni. Tak de la serabut.

Mrs Arshaq Where stories live. Discover now