Bab 25

20.2K 723 42
                                    

Wajah tegang suaminya bersama seorang lelaki diperhati oleh Mikayla Sofea. Sesekali bola matanya mengerling silih ganti antara wajah suaminya dengan lelaki asing itu.

"Kau nak apa datang sini? ". Dingin suara Arshaq ketika bersuara. Tubuhnya disandarkan di sofea, kemudian kedua-dua tangannya didepa dan diletakkan di penyandar sofa. Kaki kanannya diangkat dan diletakkan di atas lutut kiri.

Bibir merah lelaki itu sudah mengoyakkan senyuman sinis. Sangat sinis dipandangan Mikayla Sofea.

Ye, aura suaminya dengan lelaki asing itu sangat dingin ketika ini. Air liur ditelan kasar. Dia cuba ingin bangun dari sempat duduknya, tapi laju ditahan oleh Arshaq.

"Sit"

Lambat-lambat Mikayla Sofea melabuhkan punggungnya disebelah suaminya.

Mata lelaki itu mula meliar melihat Mikayla Sofea dari atas hingga bawah. Not bad. Dia terus menyandarkan tubuhnya sambil menyilangkan kaki.

"Aku saja nak melawat abang aku. Kenapa? Tak boleh? ".

Terpaku Mikayla Sofea memandang wajah lelaki asing itu. So lelaki ni adik Arshaq? Adik iparnya la kan? Patut muka ada iras dengan suaminya.

"Aw...awak adik Arshaq? ". Entah dari mana keberaniannya, dia boleh bersuara.

Lelaki asing itu tergelak besar.

"So? Abang aku tak pernah la perkenalkan aku dekat kau? ". Sinis lelaki itu bertanya. Wajah Arshaq di pandang tajam.

Mikayla Sofea mengerling ke arah wajah dingin suaminya. Air liurnya ditelan kasar.

"Yes, aku adik dia".

Mikayla Sofea sekadar mengangguk. Senyuman manisnya mula terukir di wajahnya. Dia tidak suka dengan suasana yang begitu tegang.

"Nama awak apa? "

Lelaki itu sudah berdiri tegak dan mendekati ke arah isteri abangnya. Tangan kanannya mula dihulurkan ke arah wanita cantik di hadapannya.

"Arsen". Sepatah dia menjawab.

Takut-takut Mikayla Sofea ingin menyambut huluran itu. Baru tangannya dan Arsen ingin bertemu, tiba-tiba tangannya ditepis kasar oleh Arshaq.

"Jangan sentuh isteri aku ". Dingin saja suara itu menyapa gegendang telinga Mikayla Sofea dan Arsen.

Arsen sudah mencebik. Tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar jeansnya.

"Kuat cemburu jugak kau ni eh". Ejeknya.

Arshaq hanya memekakkan telinganya. Kaki kanannya laju saja menyepak perut Arsen.

Terbuntang biji mata Mikayla Sofea. Arshaq yang sudah berdiri itu laju saja di pegangnya.

"Awak jangan... "

Tubuh Arsen sudah menunduk menekan perutnya. Terlampau senak dia rasakan sekarang ini. Tangan kirinya pula laju saja menumbuk perut abangnya namun tumbukan itu sempat di tepis Arshaq. Dengan pantas, Arshaq menyilangkan tangan Arsen ke belakang dan mengunci tangan adiknya. Leher adiknya turut dikepit dengan tangan kanannya. Senyuman sinis sudah terukir di bibirnya.

"Aw aw aw... Sakit la bang. Adoi". Tangan kanannya laju menepuk lengan kanan Arshaq.

Arshaq terus melepaskan kepitan itu. Tangannya mula disapu beberapa kali sebagai tanda menghilangkan kekotoran daripada tapak tangannya.

Arsen sudah mengurut lengannya. Sakit dia rasakan bagaikan nak tergeliat.

Mikayla Sofea hanya mampu melihat. Dia tidak tahu bagaimana mahu menolong lagi. First time dia melihat suaminya berkelakuan kasar di hadapannya.

Mrs Arshaq Where stories live. Discover now