Bab 11

23.4K 847 51
                                    

"Sa...sakit".

Dahi Arshaq sudah berkerut apabila mendengar rengekkan seseorang. Matanya dipisat-pisat sebelum di celikkan.

Tubuh kecil Mikayla Sofea yang sedang menggigil seperti ketakukan itu dirapati. Wajah pucat itu diusap dan ditampar lembut.

"Kitten". Panggilnya dengan suara yang serak-serak basah. Lampu yang berada di sisi katil di nyalakan. Kini dia dapat lihat dengan jelas wajah isterinya.

Mikayla Sofea masih tidak mencelikkan matanya. Dahinya semakin berkerut hebat.

"Huh". Tercelik besar matanya. Dadanya turun naik laju. Nafasnya juga tidak sekata.

Kedua-dua pipi Mikayla sofea dicekup dengan telapak tangannya. "Kenapa? ". Soalnya lembut.

Mikayla Sofea memejamkan matanya buat seketika. Kedua-dua tangan suaminya di pegang dengan kuat bagi menyalurkan sedikit kekuatan ke dalam dirinya. Mimpi ngerinya sudah cukup membuatnya trauma.

"Kitten kenapa ni? ". Soal Arshaq dengan lembut lagi. Rambut yang terjuntai di dahi isterinya di selitkan di belakang telinga.

Mata Mikayla Sofea merenung suaminya. Kemudian matanya melilau melihat sekeliling. Keningnya berkerut. Setahunya tadi dia dikurung, kenapa sekarang dia berada di bilik beradu mereka berdua?

"Macam...mana saya ada dekat sini? Bukan awak kurung saya? ". Soalnya dengan wajah yang polos.

Arshaq menyunggingkan senyuman kecil. "Kau nak aku kurung kau balik? ".

Mikayla Sofea menggeleng. Nafas berat di lepaskan. Baju yang tersarung di tubuhnya turut di kerling sekilas sebelum matanya terpejam rapat.

"Aku yang tukar. Semalam kau menggigil sejuk ". Terang Arshaq dengan nada suara yang biasa. Tiada mood ingin mengusik isterinya. Dia masih tertanya-tanya apa yang membuatkan isterinya mengingau dan kenapa dengan parut di belakang tubuh isterinya itu.

Mikayla Sofea kembali membetulkan posisi tidurnya. Dia mengiring membelakangi suaminya. Langsung tiada satu patah perkataan pun yang keluar dari mulutnya. Dia hanya redha saja. Lagipun dia juga ingat yang semalam suaminya ada membuka baju dan mengelap tubuhnya.

Arshaq mengusap rambutnya kebelakang sebelum dia menutup lampau tidur di sisinya. Masih terlampau awal untuk dia bangun. Baru pukul tiga pagi.

Baru dia ingin membaringkan tubuhnya tiba-tiba suara isterinya menyapa gegendang telinganya.

"Awak... ".

"Hmm".

"Bukak lampu tu boleh? Sa..saya takut gelap ". Gugup Mikayla Sofea berkata.

"Aku tak boleh tidur kalau ada cahaya". Balas Arshaq bersahaja.

Mikayla Sofea hanya mendiamkan diri. Tubuhnya sudah menggigil sedikit. Air matanya juga sudah mengalir. Sungguh dia takut.

"Aw..ak". Terkejut dia dibuatnya apabila tangan kekar suaminya memeluk erat tubuh kecilnya.

"Shh tidur. Jangan takut, aku ada ".

Mikayla Sofea yang tadi mengeraskan badan kini sudah tenang sedikit. Usapan tangan kasar itu di lengannya membuatkan gigilan di tubuhnya kembali menjadi tenang.

Tapa berlengah dia terus memusingkan tubuhnya menghadap suaminya. Pinggang suaminya turut di peluk erat .

"Sorry". Ucapnya perlahan. Antara dengar atau tidak sahaja.

"For what? ". Soal Arshaq bersahaja. Belakang tubuh isterinya diusap lembut.

"Saya degil. Tak dengar cakap awak. Saya keluar rumah macam tu je". Terang Mikayla Sofea dengan suara yang sebak. Matanya dikelip beberapa kali bagi mengelakkan air mata mengalir.

Mrs Arshaq Where stories live. Discover now