Bab 27

18.6K 772 37
                                    

Hampir dua hari Arshaq dan Mikayla Sofea tidak bersua muka. Nak bersembang? Jauh sekali.

Mikayla Sofea juga langsung tidak menegur suaminya. Jujur dia katakan, dia sedikit kecewa dengan kelakuan suaminya yang langsung tidak endahkan.

Sudah la dia bosan. Telefonnya juga tidak dikembalikan. Dah macam aku ni buat salah teruk sangat!

Sejak dari semalam suaminya tidur membelakanginya. Peluk dia pun tidak. Tapi tak pe la, dah orang tak sayang. Buat apa nak meregeh dekat orang yang tak sudi?

Langsir yang bertiup lembut itu di renung Mikayla Sofea. Perlahan-lahan kakinya melangkah ke arah jendela itu. Langsir diselak.

Angin yang nenampar-namapar kulit wajahnya diamati. Kakinya perlahan-lahan melangkah keluar ke arah balkoni. Tangannya mula diletakkan di palang.

Langit yang sangat hitam pekat itu dilihatnya. Nampak seperti malam ini mahu hujan. Nafas lelah dilepaskan. Udara yang begitu nyaman baginya dihirup sedalam-dalamnya mungkin dan dihembus perlahan.

Bibirnya mengukirkan senyuman kecil. Perlahan-lahan kakinya menuju ke arah buayan rotan. Punggungnya dilabuhkan di atas buayan yang berlapikkan bantal empuk. Kakinya diangkat untuk bersila. Buayan itu bergerak sendiri dengan tolakan angin.

Tubuhnya terus di baringkan di atas buayan rotan itu. Buayan ini muat untuk duduk dua orang. Jadi apabila dia baring dan kakinya mengerekot sedikit sudah muat.

Lampu yang begitu malap itu sudah cukup untuk menerangi suasana yang gelap.

Kelopak mata Mikayla Sofea berkelip perlahan. Tangan kirinya pula mula bermain-main dengan rantai yang dipakainya. Kantuknya juga semakin menjadi-jadi. Penat dia menunggu suaminya yang masih belum pulang daripada rumah papa. Sanggup betul suaminya meninggalkannya seorang diri di rumah agam ini dengan bodyguardnya. Maidnya pula sudah pulang ke rumah.

Tidak sampai lima minit, Mikayla Sofea sudah melelapkan matanya. Sejuk yang kian mencengkam dihiraukan. Baginya, dia selesa dengan suasana begini.

Dahi Arshaq sudah berkerut apabila suasana rumahnya kelihatan begitu sunyi. Matanya melilau melihat ruang tamunya yang sunyi. Dia mencari kelibat seseorang. Jam di tangannya diperhati. Sudah pukul 12 tengah malam. Selalunya susuk tubuh Mikayla Sofea berada di atas sofa tertidur kerana menunggunya. Namun pada kali ini, kelibat isterinya itu tiada.

Tanpa berlengah kakinya terus saja menaiki tangga menuju ke biliknya.

Klak!

Terjengul kepala Arshaq di celahan pintu itu. Pintu biliknya dibukak besar apabila sekali lagi susuk tubuh isterinya tiada di penglihatannya. Wardrobe dan tandas ditujunya, tapi masih juga sama. Tiada.

Arshaq sudah menggigit bibir. Kakinya laju keluar dari biliknya, kemudian bilik tetamu ditujunya. Pintu dibuka kasar. Namun masih sama, isterinya tiada.

Setiap pintu bilik di bukaknya dengan kasar. Dan yang terakhir sekali, pintu bilik officenya juga dibukak. Namun masih sama, tiada.

"Mana kau pergi Mikayla". Gumamnya perlahan.

Sekali lagi dia menuju ke arah biliknya. Kini matanya tertumpu ke arah langsir yang berterbangan lembut itu.

Kakinya melangkah laju ke arah balkoni. Langsir diselak kasar. Kepalanya ditolehkan ke sebelah kiri. Matanya terpejam rapat. Nafas lega juga dilepaskan.

Debaran di dadanya yang tadi laju kini semakin reda. Tanpa berlengah dia mula mendekati tubuh isterinya yang sedang tidur nyenyak di atas buayan itu.

Dia mula duduk mencangkung di hadapan isterinya. Buayan yang masih terayun perlahan itu dipegangnya.

Wajah polos isterinya diperhati lembut. Pipi gebu isterinya diusap.

Mrs Arshaq Where stories live. Discover now