Bab 33

19.2K 703 39
                                    

Air mata yang berjujuran di pipi di biarkan mengalir. Kakinya di tarik rapat ke dada. Kata-kata hinaan yang diterimanya semasa dia berada di bangku sekolah rendah dan menengah sungguh kejam.

"Eh kau anak luar nikah kan? ". Kata seorang kanak-kanak berusia 12 tahun.

Mikayla Sofea sekadar mendengar. Dia marah apabila ada rakan-rakannya mengatakannya anak luar nikah.

"Sebab ayah kau nama Abdullah. Mak aku cakap, kalau nama ayah abdullah ni selalunya anak luar nikah tau"

Bibir diketap kuat oleh Mikayla Sofea. Kepalanya menggeleng laju.

"Tak! Aku bukan anak luar nikah lah! Ayah aku memang nama dia Abdullah. Kau jangan main cakap ja". Balasnya kasar. Naik turun nafasnya membela diri. Walaupun orang cakap dia anak luar nikah, dia masih kuat menafikan hal itu. Walaupun umi yang menjaganya di pusat anak yatim pun tidak pernah cakap yang dia ni anak luar nikah!

Rakan Mikayla Sofea sudah mencebik. "Habistu mana ibu ayah kau?"

Rakan-rakan yang lain turut mengangguk setuju dengan soalan yang diajukan.

"Ha mana ibu ayah kau Mikayla?
"Ha mana? "
"Aku tak pernah nampak pun"
"Kau anak luar nikah la kan? "

Bingkas Mikayla Sofea bangun dan berlari keluar daripada kelas sambil menekup telinganya. Dia tidak boleh mendengar soalan itu. Mental dan emosinya terganggu apabila rakan sekelasnya bertanya soalan sebegitu. Selagi dia tidak boleh menjawab selagi itulah dia diasak dengan soalan sedemikian.

"Aku bukan anak luar nikah lah! ". Gumamnya geram bersama linangan air mata.

Apabila dia sudah menginjak ke sekolah menengah, dia ingatkan dia dapat lari dengan soalan begini. Namun pada kali ini lagi teruk daripada sekolah rendah.

Sewaktu dia tingkatan satu, sekali lagi, sekolah menengah itu kecoh dengan statusnya yang bergelar anak luar nikah. Semakin dia membela diri , dirinya akan dihina teruk oleh semua orang.

Segelintir guru juga ada yang mencari gaduh dengannya. Disebabkan oleh mulut guru kelasnya sendiri, habis satu sekolah kecoh.

"Mikayla Sofea, kamu anak luar nikah? "

Dia ingat lagi dengan soalan itu. Guru kelasnya bertanyakan soalan itu sewaktu dia di tingkatan satu. Kejam betul dunia ini.

Lidahnya terkelu untuk menjawab soalan itu. Mata-mata rakan sekelasnya juga ada memandang ke arahnya dengan pandangan yang terkejut dan jijik dengannya.

Mrs Arshaq Where stories live. Discover now