Epilog

31.2K 925 77
                                    

Mikayla Sofea yang sedang menguap besar itu di renung tajam oleh Arshaq. Kepalanya tergeleng melihat telatah isterinya. Gambaran carta garis yang terpapar di skrin ipadnya di pandang sekilas sebelum dia menutup skrin ipad itu.

Perlahan-lahan dia bangun dari kerusinya dan mendekati si isterinya yang sudah tersengguk kecil.

"Kitten.. "

Tercelik mata Mikayla Sofea memandang suaminya. Senyuman kecil terukir di bibir mungilnya. Laju saja tangan kekar Arshaq dipeluk erat. Kepalanya turut dilentokkan di bahu suaminya sambil mata terpejam rapat. Selesanya bantal ni.

"Kitten..". Panggil Arshaq lagi dengan nada yang begitu lembut. Tangan kecil isterinya dicapai dan diusap lembut.

"Hmm apa abang? ". Melerek saja nada Mikayla Sofea menyoal. Mengantuk betul matanya sekarang ini.

"Tidur dekat bilik office abang. Kejap lagi abang ada meeting. Kesian isteri abang ni kena tunggu lama. Abang tak bagi ikut kitten nak ikut jugak"

Mikayla Sofea menggeleng. Kepalanya diangkat sambil melihat suaminya. "Kitten nak ikut abang sebab nanti kitten bosan duduk rumah. Lepastu kitten rindu abang"

Tercebik Arshaq mendengar celoteh isterinya. Pipi isterinya yang kian tembam itu ditarik lembut. Geram dengan kecomelan mak buyung ni.

"Abang kesian tengok kitten la. Dah la perut makin besar". Tangan kasarnya jatuh pula di perut isterinya. Diusap lembut perut isterinya. Bibirnya laju saja mencium perut bulat itu.

"Baby jangan nakal-nakal tau. Kesian mama baby, penat. Jadi good boy tau".  Ucap Arshaq senada.

Mikayla Sofea tersenyum. Rambut suaminya di usap lembut. Dia suka bila mendengar percakapan suaminya dengan anaknya di dalam perut. Nampak sweet. Nampak la gaya bapak-bapak tu dah ada.

Tok~tok

Terpaling kepala Mikayla Sofea dan Arshaq ke arah pintu.

"Masuk! "

Mata Mikayla Sofea mengerling sekilas ke arah suaminya. Tadi kemain suara manja. Sekarang ni suara garang kemain.

"Tuan"
"Puan". Sapa Siti sambil menundukkan sedikit tubuhnya.

Mikayla Sofea menyambut dengan senyuman.

"Tuan meeting dah nak mula ". Kata Siti dengan nada begitu hormat.

Arshaq sekadar mengangguk. Setelah Siti keluar, dia kembali merenung isterinya dengan lunak.

"Kitten baring dekat bilik sebelah tau. Tidur dekat situ. Kalau lapar kitten panggil driver abang. Abang dah pesan dekat dia. Jangan merayap merata pulak. Karang terberanak, tak pasal-pasal tempat lahir baby kita dekat syarikat abang". Seloroh Arshaq. Kot yang tergantung di kerusi di capai dan disarungkan ke tubuhnya. Selesai dia membutangkan kodnya, dia terus mendekati si isterinya.

Terkebil-kebil Mikayla Sofea merenung suaminya. "Abang! ". Terjerit kecil dia dibuatnya apabila tubuhnya di campung laju oleh Arshaq.

"Beratnya isteri abang ni"

Pap!

Cemberut wajah Mikayla Sofea masam bak cuka! Sensitif betul dia bila sebut pasal berat badan ni.

Arshaq menguntum senyuman kecil. Tubuh isterinya diletak perlahan di atas tilam. Dahi isterinya dicium lama.

"Tapi berat-berat sayang pun, sayang makin seksi. Abang suka. Lepas ni kita 'gejebak-gejebuk ' okey. Hahaha"

Bantal yang terdapat di tilam itu dicapai dan dibaling kuat ke arah Arshaq. Namun sempat suaminya menyambut bersama ketawa besar. Merona merah wajahnya.

Mrs Arshaq Where stories live. Discover now