Bab 34

19.5K 778 51
                                    

Medina terpaku mendengar kata-kata Tan Sri Mokhtar. Kelopak matanya terkelip separuh.

"Kau kata apa? "

"Tolong pergi jauh dari KL ni Medina. Tolong... ". Nada Tan Sri Mokhtar sedikit merayu.

"Kenapa? Aku tak pernah kacau hidup kau Mokhtar! ". Pekik Medina kuat. Hatinya bagaikan disiat-siat. Sakit.

"Memang kau tak pernah kacau hidup aku. Tapi..."

Medina menunggu apa yang ingin disambungkan oleh Tan Sri Mokhtar. Kedua-dua tangannya digenggam erat.

"Tapi..  Aku tak nak Mikayla tahu keberadaan kau"

Dang!

Berkecai hati Medina. Kepalanya menggeleng. Air matanya yang daripada tadi ditahan, kini sudah mengalir laju.

Kolar baju t-shirt polo yang dipakai Tan Sri Mokhtar laju di cengkam kuat dengan kedua-dua telapak tangannya.

Tubuh Tan Sri Mokhtar sedikit terbangun.

"Mikayla budak perempuan yang ikut kau hari tu? ". Soal Medina dengan suara yang bergetar.

Tan Sri Mokhtar hanya diam. Matanya dipejam rapat. Dia tersasul. Astagfirullah.

"Jawab la soalan aku! ". Tangannya menggoncang kuat kolar leher Tan Sri Mokhtar. Nak luruh jantungnya saat ini.

"Ya"

"Huh". Longlai Medina melepaskan cengkaman di kolar t-shirt Tan Sri Mokhtar. Tangan kanannya dibawa ke mulutnya. Dia tidak percaya. Sungguh dia sudah dapat agak yang Mikayla Sofea anaknya. Buktinya sudah cukup, cuma dia saja was-was.

"Tolong pergi dari sini Medina. Jangan kacau kami lagi". Sambung Tan Sri Mokhtar berbaur tegas.

Mata Medina tajam merenung Tan Sri Mokhtar. Senyuman sinis menghiasi wajahnya. Sesekali ketawa kecil keluar dari bibirnya.

Tangan kanannya laju menolak bahu lelaki separuh usia itu.

"Aku kacau kau? Hey Mokhtar! Kau yang kacau hidup aku lah! Kau yang khianat aku! Kau lelaki paling tak guna aku pernah jumpa! Sekarang ni kau kata aku kacau kau?! ". Bahu Tan Sri Mokhtar di tolak secara bertubi-tubi. Hatinya betul-betul sakit.

Tan Sri Mokhtar terus mencengkam pergelangan tangan Medina. Wajah Medina di cerlung tajam.

"Aku sanggup tebus kau daripada diorang. Aku sanggup biaya semua keperluan kau dekat sana, tapi kau kene jauh daripada Mikayla"

Medina menggeleng perlahan. Sedaya upaya dia ingin melepaskan tangannya daripada genggaman Tan Sri Mokhtar, tapi tidak berhasil.

"Lepas 20 tahun kau pisahkan aku dengan dia, sekarang ni kau datang jumpa aku semata-mata nak pisahkan aku dengan Mikayla? Wau hebat permainan kau Mokhtar ".

Tan Sri Mokhtar sekadar diam. Dia terpaksa buat demikian. Dia takut Mikayla Sofea akan bencikannya.

"Tolong aku Medina... "

Mata Medina memicing tajam ke arah Tan Sri Mokhtar. Lepas bertahun dia merana,kali ni lelaki tua ini berani meminta tolongnya? Bodoh.

"Tolong kau? Habis aku ni siapa nak tolong? Aku merana cari anak aku merata! Kau sembunyikan anak aku! Kali ni kau jumpa aku sebab kau nak aku jauhkan diri dari dia?! Dalam mimpi kau la Mokhtar! ". Dengan kudrat yang masih banyak tersisa, dia terus merentap tangannya. Laju dia berdiri dari duduknya.

Jari telunjuknya mula dituding di dadanya sendiri. Dia dapat rasakan urat dikepalanya timbul kerana marah dan dendam terhadap Tan Sri Mokhtar.

"Aku sanggup mati demi anak aku Mokhtar! Cukuplah 20 tahun kau pisahkan aku dengan dia. Cukup 20 tahun aku jadi pelacur angkara kau nak bayar hutang! Semua hasil yang kau dapat sekarang ini, hasil haram! "

Mrs Arshaq Where stories live. Discover now