Bab 2

22.1K 873 12
                                    

Perlahan-lahan Mikayla Sofea mencelikkan matanya. Cahaya yang menerobos dicelahan langsir itu mengganggu penglihatannya. Laju saja dia memejamkan matanya semula. Comforter tebal yang menyelimuti tubuhnya diselak perlahan.

Kapas kasar yang ditampal di dahi disentuh perlahan. Seluruh badannya terasa sakit.

Nafas lelah dilepaskan. Dia sedar sekarang ini dia berada di rumah Arshaq. Semalam dia meminta lelaki itu menghantarnya kerumhnya, tetapi lelaki itu berkeras mahu dia tinggal dirumah ini. Tak pasal-pasal dia datang juga kerumah ini.

Jam didinding yang menunjukkan pukul lapan itu membuatkan sekali lagi dia mengeluh. Terlepas subuh.

Mata Mikayla Sofea membulat besar. Dia hampir terlupa yang dia akan masuk kerja pada pukul 8.30 pagi .
Terkocoh-kocoh dia mengambil sling bag besarnya disisi kemudian laju kakinya keluar daripada bilik itu.

Baru dia ingin memegang tombol pintu tiba-tiba dia teringat katil yang tidak terurus itu. Laju saja dia mendekati katil besar itu. Selimut dilipat kemas, bantal-bantal yang berterabur di atas katil di susun rapi.

Setelah dia memastikan suasana bilik itu kemas, laju saja dia keluar dari bilik itu.

"Mikayla Sofea! "

Terhinjut bahu Mikayla Sofea. Laju kepalanya menoleh ke arah sang suara garau itu. Gulp.

"Nak pergi mana? Kau tak sihat lagi ". Tegas Arshaq menyoal. Kakinya perlahan-lahan mendekati Mikayla Sofea. Wajah pucat wanita itu dipandang. Lebam di siku yang semakin membiru turut dikerling.

"Maaf awak. Saya terlupa nak bagitahu awak. Sekarang saya kena masuk kerja. Lagi 30 minit kerja saya nak mula dah ". Kalut Mikayla Sofea menjawab.

"Kau tak sihat lagi. Tak boleh kerja. Kalau kau pergi pun, kau tak mampu bertahan".

"Tak.. Saya dah okey ". Dengan yakinnya Mikayla Sofea berkata.

Arshaq berdecit kecil. Lengan kecil wanita itu direntap sedikit.

Mikayla Sofea sudah menyeringai sakit. Berkerut beribu dahinya. Sakit bukan main!

"See. Ini yang kau kata kau okey? Baik kau masuk bilik kau sekarang ". Arah Arshaq tegas.

Mikayla Sofea sudah terpinga-pinga. Baru selangkah dia ingin menuju ke biliknya, dia sudah berhenti. Tubuhnya kembali dipusingkan menghadap Arshaq.

"Kenapa saya perlu dengar cakap awak? ". Bidasnya.

Arshaq sudah menjulingkan matanya keatas. Kedua-dua tangannya sudah bersilang di dada .

"Once your foot step into my house , you must obey me".

Terkebil-kebil mata Mikayla Sofea. "Tapi awak...saya datang sini pun sebab awak yang paksa saya. Saya kene kerja nak sara diri sendiri. Lain lah awak, awak ada harta yang banyak, rumah yang besar. Saya ni? Langsung tak dak apa. Lainlah kalau awak nak sponsor saya ". Balasnya dengan kerutan di dahi.

Kening Arshaq yang hampir bercantum itu dilihatnya. Garangnya.

"Setakat nak sara kau ni, aku mampu lagi la"

"Tapi awak bukan suami saya. Awak tiada hak keatas saya ". Mikayla Sofea laju membalas.

Arshaq sudah berdecit geram. Kedua-dua tangannya sudah memeluk tubuh. "Kau kene ingat, sekali kau melangkah keluar daripada rumah aku, kau dalam bahaya "

Terdiam Mikayla Sofea. Matanya terpaku melihat Arshaq yang semakin mendekatinya.

"Kau kene ingat lagi... Aku yang bayar diorang untuk lepaskan kau".

Mrs Arshaq Where stories live. Discover now