Bab 35

20.8K 803 74
                                    

Kaki Mikayla Sofea hanya mengekori langkah Arshaq. Sesekali dia berlari kecil mengejar langkah suaminya.

"Slow la sikit awak". Rengeknya sebal. Penat tau kejar suaminya ini. Dah la kaki panjang!

Arshaq terus menggengam erat tangan isterinya. Kakinya sudah melangkah perlahan. Kasihan pula dia melihat isterinya.

"Assalamualaikum tuan". Sapa pekerjanya sambil menundukkan sedikit tubuh. Kemudian mereka mula keluar dari lif itu.

Arshaq sekadar mengangguk kecil. Mikayla Sofea pula turut membalas tundukan pekerja suaminya. Senyuman manis tidak lekang dari bibirnya.

Arshaq yang melihat kelakuan isterinya terus menarik tubuh isterinya rapat ke arahnya. Dia menundukkan sedikit wajahnya bagi menyamai telinganya Mikayla Sofea.

"Tak payah tunduk "

Laju Mikayla Sofea menegakkan badannya semula. Kaiser yang berwajah serius itu turut dijelingnya sekilas. Garangnya cik abang ni.

Arshaq menolak perlahan belakang isterinya untuk masuk ke dalam lif itu. Hari ini dia malas nak guna lif VVIP.

Wajah Mikayla Sofea muka memandang ke arah luar lift cermin itu. Jakun betul dia. Ini first time dia masuk lift yang lut sinar. Tingginya.

Arshaq tersenyum sinis melihat gelagat isterinya. Kepalanya menggeleng perlahan.

Ting!

Butang open ditahan oleh Kaiser suapaya pintu lif itu tidak tertutup cepat. Dia mula memberi laluan kepada majikannya untuk keluar dahulu. Kemudian baru dia mengekori langkah majikannya.

Mata Mikayla Sofea sudah melilau memandang hiasan ofis milik suaminya. Mewah betul.

"Wau. Cantiknya". Pujinya sambil teruja melihat sekeliling. Tema office yang ala-ala urban ini sangat menarik perhatiannya.

Arshaq menggelengkan kepalanya. Tubuh kecik isterinya terus ditolak perlahan untuk duduk di atas sofa.

Tuk~tuk

Serentak kepala Arshaq dan Mikayla Sofea tertoleh ke arah pintu yang memang sudah dibuka itu.

"Tuan"

Wajah Arshaq sudah berubah tgeas di hadapan PAnya. Kedua-dua tangannya dimasukkan ke dalam poket.

"Puan". Sebut PA Arshaq sambil menundukkan wajahnya.

Mikayla Sofea turut membalas tundukan itu sambil tersenyum lebar. Apabila matanya bertentangan dengan mata Arshaq, laju saja senyumannya mati. Ey nak senyum pun tak boleh!

"Tuan pagi ni ada meeting dengan M.R Holding. Diorang dah ada di meeting room".

Arshaq sekadar mengangguk. Matanya sekadar menghantar PAnya keluar daripada bilik officenya. Kemudian dia terus memandang ke arah isterinya.

"Aku ada meeting. Kau duduk sini dengan Kaiser"

Mikayla Sofea sekadar mengangguk perlahan. Bosan betul.

"Kaiser, jaga isteri aku. Kalau nak ronda-ronda dekat bawah pun boleh". Pesannya kearah orang kanannya.

Kaiser sekadar mengangguk. Tubuhnya ditundukkan sedikit apabila majikannya mahu beredar.

Mata Mikayla Sofea mula terarah ke arah Kaiser. Lama dia merenung wajah kacak Kaiser.

Kaiser mengerutkan dahi. Kepalanya diangkat sedikit sebagai tanda 'kenapa'.

"Bawak saya ronda-ronda boleh?". Matanya dikelip beberapa kali sambil tersenyum manis.

"Jom"

Mikayla Sofea sudah menepuk-nepuk tangannya. Suka. Laju saja dia bangun. Kaiser hanya membontoti isteri majikannya.

Mrs Arshaq Where stories live. Discover now