Bab 47

22.7K 733 31
                                    

Dada bidang Arshaq yang terdedah tidak berbaju itu di usap lembut. Wajah suaminya yang masih diulik mimpi itu di renung lembut. Rahang tajam suaminya juga turut diusap.

Kemudian jari telunjuknya perlahan-lahan mengusap kening tebal suaminya dan jatuh pula kelopak mata. Mata suaminya ini banyak mainkan peranan. Mata ini apabila terpejam rapat kelihatan sangat polos, dan apabila terbukak, mata suaminya ini memancarkan kegerunan.

Hidung mancung suaminya juga turut diusap dan jatuh pula ke bibir merah suaminya. Arshaq bukan seorang perokok.

Sedang dia ralit menilik wajah suaminya, tiba-tiba halkum suaminya bergerak-gerak. Baru dia ingin menarik tangannya dari menyentuh wajah suaminya, ditahan.

Arshaq membuka matanya perlahan-lahan. Tangan kiri isterinya digenggam lembut. Wajahnya dikalih memandang sang isteri yang mengiring menghadapnya. Tangan kirinya yang setia memeluk pinggang Mikayla Sofea, diusap lembut. Tubuh isterinya tidak berbaju menyebabkan sentuhan telapak tangannya terkena direct kulit lembut isterinya.

"Kitten...". Panggilnya dengan suara yang sedikit meleret. Maskulin suaranya yang baru bangun tidur.

"Sorry. Kitten ganggu abang tidur". Mikayla Sofea meminta maaf. Iyala, dia daripada tadi mengusap wajah sang suami. Mana la tak terjaga suami kesayangan dia ni.

Arshaq menguntumkan senyuman kecil sambil menggeleng kecil. Tubuhnya mengiring sedikit untuk merenung isterinya.

"Kitten tak ganggu pun. Kenapa tak tidur lagi ni?". Ucapnya lembut. Sesekali matanya terpejam dan tercelik.

"Kitten tak boleh tidur. Tak selesa rasa ". Adunya dengan manja. Perutnya yang sudah memboyot kehadapan sedikit itu diusap lembut. Sejak kandungan sudah berusia tiga bulan ini, morning sicknessnya manjadi-jadi. Orang lain dalam sebulan, dua bulan sudah habis dan boleh makan seperti biasa. Tapi dia masuk saja dua bulan sudah pening dan muntah teruk. Sampai lembik tubuhnya kerana asyik muntah.

"Kitten rasa nak muntah ke? Ke pening? ". Soal Arshaq prihatin. Perut isterinya turut diusap lembut.

Mikayla Sofea menggeleng. Tubuhnya rasa sedikit panas. Padahal penghawa dingin sudah terbukak. Memang sekarang ini setiap malam dia akan tidur tidak berbaju sama seperti suaminya.

"Kitten panas ke? "

Mikayla Sofea mengangguk lembut. Panas-panas dia pun, separuh tubuhnya masih berselimut.

Arshaq bingkas bangun dari baringannya. Selimut juga turut di selak.

"Jom mandi"

"Boleh ke? "

Mata Arshaq mengerling ke arah jam di dinding. Jam sekarang ini menunjukkan pukul 1:30 pagi.

"Boleh kitten. Jom". Tubuh kecil isterinya dicempung lembut. Memang ini la rutinnya setiap malam apabila isterinya mengadu panas. Memang dia akan mandikan isterinya.

Tubuh isterinya di letakkan di atas singki. Kemudian dia memasang air di bathup. Tangannya juga turut di letakkan di bawah aliran air itu untuk merasai suhu air. Air yang sedikit sederhana sejuk itu dibiarkan jatuh ke dalam bathup.

Kemudian dia kembali berdiri di hadapan isterinya. Kedua-dua tangannya di letakkan di sisi isterinya. Matanya tertancap merenung lunak mata hitam isterinya.

Mikayla Sofea turut merenung mata suaminya. Senyuman manis terukir di bibirnya. Kedua-dua tangannya sudah memeluk leher Arshaq.  Sesekali belakang leher suaminya di usap lembut.

"Kenapa tengok kitten macam tu"

"Kitten nampak seksi la ". Luah Arshaq dengan nada suara yang begitu mengasyikkan.

Mrs Arshaq Where stories live. Discover now