First Appointment

257 11 13
                                    

Lapan tahun lepas

Seorang budak perempuan jatuh terjelepuk akibat ditolak ke tanah oleh seorang budak lelaki. Muka budak perempuan itu comot akibat tersembam ke lumpur. Dia cuba bangkit sambil mengelap kesan lumpur dimuka. Namun belum sempat dia bangkit, sekali lagi dia ditolak.

"Buuu! Kau dah la budak pengotor! Lembab pulak tu! Aku dah cakap jangan dekat dengan kawan aku ni. Orang macam kau tak layak couple dengan lelaki macam kami." Kata budak lelaki itu.

"Entah, sedar sikit diri tu. Budak kotor macam kau ni elok cuci kasut aku ni je. Tak sesuai langsung nak jadi girlfriend aku." Kata seorang lagi budak lelaki.

"Awak ni perasan je la! Mana ada saya crush dengan awak. Linda yang letak surat tu bawah meja awak, bukan saya." Kata budak perempuan itu sambil menangis.

"Kau tak payah nak tipu kami la Syafinas. Kalau Linda yang tulis surat tu, habis kenapa ada nama kau dekat atas surat tu? Sekarang tengok, kawan aku dah gaduh dengan awek dia. Ini semua salah kau tau tak?"

"Saya minta maaf. Tapi saya tak salah.." Kata Syafinas sayu.

Beberapa pelajar yang menyaksikan perbuatan budak lelaki itu tidak mengambil apa apa tindakan. Mereka hanya berdiri dan menonton perbuatan tidak bermoral itu.

"Kau ni memang bawak malang kan? Haritu masa Kamal putus dengan girlfriend dia, mesti kau penyebabnya kan?" Tuduhnya.

"Kenapa pula saya nak jadi penyebabnya? Saya tak kenal langsung siapa girlfriend dia. Saya kan baru je pindah sebulan lepas. Kenapa awak semua nak tuduh saya macam tu?" Syafinas membela diri.

"Hey! Bagi balik beg sekolah saya!"

Syafinas cuba mengambil beg sekolah yang dirampas budak lelaki itu. Beg sekolah itu dibaling baling seperti bola baling oleh mereka.

"Mesti ada banyak lagi surat dalam beg ni kan? Lepas ni relationship siapa pula kau nak hancurkan? Perempuan bodoh!" Herdik budak itu.

Syafinas cuba untuk melawan, namun sekali lagi dia ditolak. Tapi kali ini kepalanya terhantuk pada pasu bunga. Dia tidak mampu untuk berdiri lagi. Kepalanya menjadi sakit dan berpinar pinar. Tiba tiba segalanya kelam.

"Hoi!! Pembuli! Berani kau buli budak perempuan eh?"

Tiba tiba ada suara budak perempuan lain menegur. Lantas mereka semua berpaling menghadap budak perempuan yang menegur itu.

"Kau siapa? Jangan masuk campur urusan kami."

Budak perempuan itu datang dekat dengan budak lelaki itu dan cuba untuk merampas beg sekolah Syafinas.

"Pulangkan balik beg dia!" Jeritnya.

Berlaku perebutan beg sekolah.

"Tak payah nak bela sangat budak tu. Dia tu bawak sial kau tau tak!?"

"Kurang ajar kau!"

Tiba tiba budak perempuan itu mula naik angin. Diterkamnya budak lelaki itu dan dibelasahnya cukup cukup.

"Amy!! Sudah la tu! Mati anak orang kang!" Suara rakannya menegur.

Namun, Amy seperti dirasuk hantu. Dia langsung tidak berhenti. Geram betul dia apabila melihat pembulian yang dilakukan lelaki pada perempuan. Kerana baginya, perempuan sepatutnya dihormahi bukan dibuli. Sudah lama dia perhatikan perangai tidak semenggah Aiman pada budak perempuan yang baru sebulan pindah di sekolah itu. Hari ini biar dia ajar si Aiman ini cukup cukup!

"AMY ZAHIRAH BINTI IMAN!!!"

Suara cikgu disiplin bergema membuatkan semua pelajar terkejut. Cikgu disiplin datang dengan rotan ditangan. Syafinas yang keliru mula bangun dengan ketakutan. Amy terhenti kerana disergah cikgu disiplin itu.

Possible 2Where stories live. Discover now