Suspicious Origins

125 7 2
                                    

Sampai sahaja di rumah, aku terus membuka laptop dan mencucuk pen drive tadi. Aku membuka satu persatu folder yang berada di situ dan kuteliti satu persatu. Ada enam folder kesemuanya, yang pertama bernama 'Identity'. Aku membuka folder itu.

NAME: ANAS ZANDER WINSTON

DATE OF BIRTH: 11 JUN 1993, 02:22 AM

PLACE OF BIRTH: ST THOMAS' HOSPITAL, WESTMINISTER BRIDGE RD, LONDON SE1 7EH, UNITED KINGDOM

MOM: UNKNOWN

DAD: ALEX WINSTON

SIBLINGS: UNKNOWN

"Bukan Malaysian rupanya." Gumamku perlahan.

Aku scroll ke bawah dan akhirnya berhenti pada beberapa gambar berukuran pastport. Dibawahnya elok tertulis info info untuk pemalsuan pastport Malaysia. Puas menganalisis, aku menutup folder itu dan membuka folder yang lain.

Kali ini folder itu bertajuk 'Customers'. Buka sahaja, meliar mataku melihat list nama yang begitu banyak sekali. Sebaik tanganku menekan salah satu nama itu. Maka keluarlah paparan paparan yang kurang aku fahami. Namun fikiranku seperti dapat agak apa yang sedang mataku lihat saat itu. Ini adalah salah satu pelanggan Anas yang menggunakan perkhidmatannya untuk melakukan kerja kerja haram seperti 'membunuh'.

"What an expert!" Kataku sedikit kagum dengan list pelanggan yang mencecah lebih 50 orang itu.

Puas melihat, aku kembali kepada muka depan. Aku tekan folder folder lain dan cuba memahami isi isinya. Sampai pada folder terakhir, aku tidak dapat memasukinya. Ianya memerlukan kata kunci. Aku berdengus keras. Frust dengan kegagalan aku mengakses folder terakhir itu, akhirnya aku meninggalkan folder tidak bernama itu dan kembali membuka folder 'Identity'

Aku perhatikan betul betul setiap info yang tertera.

"Siapa kau sebenarnya ha?"

Aku scroll, scroll, dan scroll tiba tiba aku terjumpa satu lagi fail. Fail di dalam folder? Lantas jari jemariku menekan fail itu. Dengan itu, terpaparlah beberapa gambar. Aku mengecilkan mata meneliti kesemua gambar gambar tersebut. Hampir kesemuanya adalah gambar seorang lelaki yang dalam lingkungan 25 tahun ke atas. Kesemua gambar yang menunjukkan lelaki itu, satu pun tidak ada yang tersenyum. Semuanya muka serius sahaja. Namun, ada beberapa keeping gambar yang menunjukkan lelaki itu sedang duduk di atas motor dan disebelah motor itu, berdiri seorang lagi lelaki yang lebih kurang sebaya dengan lelaki itu sedang tersenyum menghadap kamera. Dahiku berkerut. Siapa diorang ni? Tiba tiba aku teringat sesuatu. Bagaikan tsunami, kesemua ingatan menerpa kotak memori serentak hanya dalam satu saat. Mulutku ternganga dan segala pergerakanku serta merta terkaku. Satu satunya ayat yang keluar daripada mulutku adalah.

"Tak mungkin!"

Kini, bayangan seseorang terlintas di kepala otakku. Orang yang sudah sekian lama aku tidak bersemuka. Satu satunya orang yang mempunyai jawapan kepada kemungkinan tergila ini. Orang itu adalah.. Sayafinas Fazrin!

***

TING TONG! TING TONG!

Aku menekan loceng villa. Sabar aku menunggu untuk seseorang datang membuka pintu.

"Kejap..!" Suara yang amat kukenali menyahut.

Seketika kemudian, pintu dibuka dari dalam. Tersembul wajah Mak Wan di muka pintu itu. Wanita tua itu kelihatan terkejut dengan kehadiranku secara tiba tiba itu.

"Mak Wan." Tegurku dalam mengawal perasaan.

"Subahanallah.. Amy!" Katanya seraya menarikku dalam pelukannya.

Possible 2Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin