The Past

134 6 0
                                    

19 Tahun Lepas

"Adik, jangan lari lari jatuh nanti!" Tegur seorang wanita berpangkat ibu.

Sedari tadi dia lihat anak bongsunya yang baru berusia 4 tahun itu galak berlari lari bermain di taman. Terkadang naluri keibuannya risau juga jika anaknya itu jatuh tersungkur. Bukan tidak pernah, sudah berkali kali lutut dan telapak tangan anak kecilnya itu cedera akibat terjatuh semasa berlari lari begitu. Namun anaknya itu masih tidak serik serik nampaknya. Terdengar gelak tawa si anak itu sedikit sebanyak berjaya membuah senyuam dibibirnya. Sesekali anak matanya mengerling pada si suami dan anak sulung mereka yang berusia 6 tahun sedang seronok makan aiskrim sama sama.

"Adik, makan aiskrim ni. Kalau lambat nanti kakak habiskan!" Si suami pula melambai lambai kepada anak bongsu mereka itu.

Terkedek kedek budak perempuan itu berlari mendapatkan bapanya. Sesampai pada bapanya aiskrim terus disambarnya sebelum dimakan gelojoh. Kesemua empat beranak itu tertawa melihat telatah comel si kecil itu.

"Ayah, kenapa burung dia suka tingalkan anak dia dekat sarang sorang sorang?" Soal si kakak kepada ibu ayahnya.

Si ayah membuat buat seperti sedang berfikir.

"Haa kalau kakak nak tau, burung ni dia tinggalkan anak dia dalam sarang sebab dia nak cari makan untuk anak anak dia. Biasanya burung akan keluar pagi pagi buta lepastu dia akan balik bila dah senja." Kata si ayah seraya mengusap kepala anaknya.

"Ooo.. anak anak burung tak nangis ke ayah?" Soal si adik pula.

"Tak, dia tak nangis pon. Anak anak dia akan tunggu ibu dia sampai ibu dia balik."

Ayah menjawab pertanyaan anak bongsunya itu.

"Ooo macam tu.. nanti kalau ibu dengan ayah keluar, adik dengan kakak akan tunggu sampai ibu dengan ayah balik. Kan kakak kan?" Si adik menepuk lengan kakaknya.

"Haah betul. Kakak sayang ibu dengan ayah!" Kata si kakak sambil memeluk kedua ibu dan ayahnya

"Adik pon!"

Si adik turut serta memeluk kedua ibu dan ayahnya. Namun saiznya yang kecil membataskan dia untuk memeluk.

"Tak muat.. ibu dengan ayah besar sangat.." Rengeknya manja.

Kesemua mereka sekali lagi tertawa dengan terlatah comel itu. Dalam kemeriahan suasana tiba tiba talifon sang ayah berbunyi menandakan terdapat panggilan masuk. Senyumah si ayah pudar sebaik melihat skrin. Panggilan yang tidak bernama itu ditenung sekilas sebelum butang hijau ditekan.

"Hello?"

Senyap. Dahinya berkerut barangkali pelik dengan kesenyapan individu di hujung talian. Kali kedua memanggil barulah individu itu bersuara.

"Mahmud."

Terbuntang mata Mahmud mendengar suara itu. Bergegas dia bangun dan menapak menjauhi keluarganya. Keluarga yang hampir lapan tahun dibinanya. Dan itulah satu satunya kebahagiaannya.

"Kau siapa?"

Terdengar tawa lelaki dihujung talian. Tawa itu membawa debaran di dada Mahmud.

"Apa kau nak?" Soalnya serius.

"Jangan risau Mahmud, aku nak tanya khabar je. Apa khabar keluarga kau?" Sinis lelaki di dalam talian.

Mahmud menoleh memandang keluarganya dari kejauhan. Kelihatan bahagia isteri dan anak anaknya bergelak ketawa sambil makan aiskrim bersama sama. Mahligai yang dibina hampir lapan tahun itu menjadi pembakar semangatnya untuk terus memberikan yang terbaik kepada isteri dan anak anaknya. Jauh disudut hatinya, dia ingin mengekalkan kebahagiaan itu.

Possible 2Where stories live. Discover now