Lesbian Lover

179 7 2
                                    

Kereta dibelok masuk ke pintu masuk berpengawal. Anas mengangkat tangan kepada salah seorang pengawal yang bertugas di situ. Pengawal itu menyambutnya juga dengan mengangkat tangan kanan sebelum kereta dibenarkan masuk. Sebaik kereta menembusi pintu masuk, kereta diiringi dengan pokok pokok bunga besar yang cantik tersusun rapi membentuk laluan kenderaan. Tidak lama kemudian, aku nampak ada sebuah kolam bulat besar membentuk roundabout yang ditengah tengahnya berdiri gah seekor kuda yang mengangkat kedua kaki hadapannya. Dikiri dan kanan kuda tersebut terdapat dua air pancut yang tingginya bersamaan dengan tinggi kuda itu. Melihat keadaan itu, tahulah aku bahawa kawasan ini adalah kawasan orang kaya kaya. Tidak jauh dari situ, tersergam beberapa buah apartment tempat tinggal penghuni penghuni yang kukira masing masing bertaraf tinggi. Sedang aku leka memerhati, kereta sudahpun berhenti di tempat letak kereta apartment.

Tanpa bersuara aku memandang Anas. Pandanganku dibalas dengan kening yang dijongkit sebelah.

"What?"

"Ni apartment kau ke?" Soalku lurus.

"Kau gila!? Takkan la satu block ni aku punya? Apartment aku ada satu je block A tingkat 11." Jawabnya bersahaja.

Aku mencebik.

"Tapi kan.. mana kau dapat duit bayar apartment mahal macam ni?" Soalku lagi.

"Eh banyak pulak tanya budak ni. Masuk dulu boleh tak? Keluar kereta pun tak lagi dah macam macam soalan. Ni kalau masuk jap lagi tah apa pulak yang ditanyanya nanti." Bebelnya sendirian seraya mencabut tali pinggang keledar.

"Iye la iye la, tapi sini la tolong, orang sakit ni!"

Aku dipapah sampai di hadapan apartment. Sebaik pintu dibuka, aku didudukkan di atas sofa sebelum Anas pergi ke bilik. Katanya ingin mengambil kotak bantuan kecemasan bagi merawat kecederaanku. Aku mengangguk sambil menghantar bayangannya dengan pandangan sahaja. Sempat aku perasan dalam perjalanannya ke bilik, Anas memicit dahinya beberapa kali sambil berdegus kasar. Berbekalkan pengalamanku bersama penyakit Syafinas, aku terus dapat menangkap akan apa yang sedang berlaku.

"Siapa yang nak switch tu? Kuat betul struggle dia." Soalku pada diri sendiri. Ni kalau tak Alia, mesti Inas. Bisik hatiku pula.

Hilang sahaja Anas dari pintu bilik, aku memicit dahiku juga. Otakku cuba memproses setiap apa yang berlaku. Bermacam macam perkara yang berlaku hanya dalam masa yang singkat. Mana dengan kawanku Affendy disahkan pihak polis mangsa pembunuhan tanpa motif, pen drive yang berisi kandungan yang sangat mencurigakan, terjumpa perempuan yang bergaduh dengan Anas, Kejadian tembak menembak. Semua tu berlaku betul betul dalam masa yang pendek. Kenapa Affendy dibunuh? Siapa perempuan yang bergaduh dengan Anas? Siapa yang nak bunuh Anas? Dan siapa sebenarnya Anas? Aku mengeluh Panjang sebelum mengusap kepalaku lemah.

"Amy?" Terdengar sahaja namaku dipanggil, aku menoleh.

"Ye?"

"What are you doing here? And why am I holding this first aid? Am I sick or.. are you..?" Soalnya berbunyi keliru.

"Huh?" Jadi blur aku seketika. Ah sudah! Dia switch time time macam ni, memang tak kena la nak.

"Amy, wh.. what have I done to you this time?"

"No, what do you mean? You tak buat apa apa pun. Err first aid tu untuk kaki I, terseliuh." Aku cuba menerangkan keadaan.

"OH MY GOD! Macam mana boleh terseliuh?"

Dengan pantas dia berlari kepadaku. Kaki kananku yang terseliuh dipegang perlahan cuba memastikan. Aku mengaduh sakit sebagai reflection. Tanpa banyak kata, kotak first aid dibuka dan kakiku terus dirawatnya dengan penuh kasih sayang. Sepanjang tempoh rawatan, aku hanya diam memerhati. Diam aku bukan apa, sebenarnya aku puas duk memikir siapa agaknya yang tengah menyapukan minyak pada kaki aku ni? Caring betul! Aku yakin ni bukan Anas pasal dia tanya aku buat apa dekat sini tadi. Between Inas, Sara or Alia? Aku tak pasti.

Possible 2Where stories live. Discover now