Nightmare Or Memory?

189 9 0
                                    

Ladies and gentlemen, please.. pay attention! 😎 Expecially part Anas.

"Kawan I meninggal pagi tadi."

Segala pergerakan di meja makan terhenti seketika. Semua mata tertumpu kepada Dato' Megat yang kelihatan lesu. Mulut masing masing seperti terkunci daripada bercakap.

"Innalillahiwainnahilaihirojiun.." Ucap Datin Mawar perlahan diikuti Amy.

Patutla sedari tadi Dato' Megat hanya menguis nguis nasi goreng di pinggannya. Rupanya dia baru sahaja menerima satu berita sedih.

"Kawan yang mana you?" Soal Datin Mawar prihatin.

"Dali. Azmi Dali." Kata Dato' Megat dengan mata yang berkaca kaca.

"Kenapa dia meninggal?" Soal Datin Mawar lagi.

"Isteri dia kata dia meninggal sebab serangan jantung."

Sesekali kelihatan Dato' Megat menyapu air matanya. Sayu semua mata yang melihatnya. Dato' Megat bukan jenis yang senang hendak keluarkan air mata. Tapi kalau dah keluar pasti penyebabnya amat memedihkan. Mungkin arwah rakannya yang bernama Dali itu salah satu kawan yang rapat pada beliau.

Datin Mawar bangkit dan memeluk suaminya daripada tepi. Digosok gosok belakang badan Dato' Megat dengan harapan dapat menenangkan suaminya itu.

"Sabar la you. Semua yang hidup pasti akan mati." Kata Datin Mawar lembut.

"I tak faham.. haritu I jumpa dia elok je. Siap boleh main golf sama sama lagi. Dia nampak sihat." Kata Dato' Megat dalam sebak. "Tak apa lah.. mungkin dah ajal dia." Sambungnya lemah.

Sesi sarapan pagi disambung namun dalam suasana yang pilu.

Amy yang mendengarnya hanya mampu memanjatkan doa didalam hati buat si mati. Bersimpati juga dia melihat kesedihan yang terpancar di wajah Dato' Megat itu. Semoga majikannya itu tabah menghadapi ujian tersebut.

Dalam semua orang bersimpati dengan Dato' Megat kerana kehilangan sahabatnya, terdapat seorang hamba Allah yang sepertinya langsung tidak terkesan dengan berita yang baru didengarinya tadi. Ya, Anas! Dia terus menyambung makan bersama earphones tanpa wayar yang disumbat ditelinganya. Apa dia peduli? Tugasnya sudah selesai. Selesainya tugas itu maka dia sudah boleh fokus kepada perkara yang paling penting dalam 'dunianya' saat itu. To find out the truth!

***

Anas melangkah keluar dari bilik air selepas menggosok giginya. Tuala disidai sebelum dia berjalan ke katil. Rambut yang basah kerana baru lepas mandi itu dibiarkan begitu sahaja. Malas betul dia mahu mengelap rambut yang panjang itu. Buat menyusahkan dia sahaja kena menjaga penampilan Syafinas, sedangkan itu adalah rambut wanita itu dan bukanlah dirinya. Malas berfikir dia merebahkan dirinya di atas katil. Disaat matanya terlelap, memorinya terus menerawang pada masa silam.

Suasana pada malam itu agak suram. Seorang lelaki sedang berlari sambil mendukung seorang kanak kanak perempuan di belakangnya. Dia harus pergi dari situ sebelum mereka ditangkap dan lebih teruk lagi kemungkinan akan dibunuh. Dia terus berlari di celah celah lorong kecil diantara bangunan bangunan lama itu. Dia sedar, di mana mana sahaja dia pergi pasti akan ada perangkap. Namun dia tidak cepat mengalah. Kanak kanak perempuan itu harus diselamatkan walau nyawanya akan digadai. Dia sanggup! Anak kecil itu terus memeluknya erat apabila merasakan kesejukan malam mencengkam tubuh. Dia menggigil dalam ketakutan.

"Mama.. takut.." Ucapnya perlahan.

Mendengar rengekan itu, dia memperlahankan lariannya. Sesekali dia meninjau kekiri dan kekanan. Setelah memastikan keadaan selamat, dia berhenti di satu sudut diceruk bangunan. Dibaringkan kanak kanak perempuan itu perlahan lahan dan diselimutkan dengan jaket kuningnya.

Possible 2حيث تعيش القصص. اكتشف الآن