The Stranger

214 12 0
                                    

Setelah beberapa hari menetap dirumah Inas, akhirnya Amy diberi cuti oleh Dato' Megat. Dengan perasaan yang berkobar kobar, dia pulang ke rumah mamanya. Masuk sahaja ke rumah, dia sudah terbau sambal udang dari dapur. Langsung dia berlari ke dapur dan memeluk mamanya.

"Mama!!" Sergahnya.

"Allahhuakhbar! Ehh budak ni! Gugur jantung mama nanti." Marah Puan Zulaika geram.

"Hehe. Sorry mama. Adik saja je nak buat kejutan. Haa terkejut tak?"

"Mau tak terkejut? Ni nasib baik mama tak terketuk kepala adik tau. Budak ni, main sergah sergah orang pulak. Eee karang mama masukkan adik dalam lauk ni kang, haa baru tau langit tu tinggi ke rendah." Bebel Puan Zulaika.

Amy ketawa mendengar bebelan mamanya. Rindu benar dia dengan mamanya itu.

"Ni balik ni kenapa? Dapat cuti ke?"

"Haah. Dia dapat cuti la tu. Sebab itu la dia balik. Kalau tak, haram nak tengok muka dia dalam rumah ni. Asyik dok berkepit je dengan majikan kesayangan dia tu." Ikram yang datang entah dari mana tiba tiba menyampuk.

Amy berpaling memandang abangnya. Puan Zulaika mengangguk dan kembali sambung memasak.

"Abang dari mana ni?"

"Baru balik joging. Eh tadi kau peluk mama sorang je, aku kau tak nak peluk?" Soal Ikram.

"Eeeew tak nak la! Berpeluh! Nanti busuk badan adik." Amy membuat muka loya.

"Bertuah punya budak! Mari sini kau!"

Ikram mengejar adiknya. Habis satu rumah Amy lari tak cukup tanah.

"Hey! Ya Allah macam budak budak perangai." Tegur Puan Zulaika pada anak anaknya.

"Mama adik masuk bilik dulu!"

Amy berlari semakin laju apabila abangnya hampir menangkap tubuhnya. Masuk sahaja di dalam bilik, dia terus mengunci pintu bilik.

"Huh nasib baik sempat." Keluhnya lega.

Malam itu, Amy duduk di hadapan television sambil scroll Twitter di talifon. Ikram pula sibuk main game sambil berbaring di sofa.

"Hai korang berdua ni daripada tadi asyik melekat je mata dekat hand phone tu. Cuba la sekali sekala tutup hand phone tu letak jauh jauh. Tak boring ke asyik main talifon je?" Tegur Puan Zulaika hairan.

"Mama tak faham. Hand phone ni jantung kitorang tau mama. Mana boleh berenggang. Nanti kang tak pasal pasal mati anak anak mama ni." Seloroh Ikram.

Amy tergelak dengan ayat abangnya itu. Ada betulnya juga kata kata Ikram itu. Generasi y zaman sekarang kalau tak ada talifon pintar, memang dari zaman batu la jawabnya.

"Ye la mama, mana boleh kitorang berenggang dengan jantung kitorang ni." Sokong Amy.

"Hey bila orang bercakap kan, ada je nak menjawab la. Adik pon sama je. Dah la mama dah mengantuk. Mama masuk tidur dulu, kalau tak nak tengok tv tu, tutup. Jangan bagi elektrik tu mengalir, membazir." Kata Puan Zulaika sambil berdiri.

"Baik ma. Good night!"

Amy dan Ikram berkata serentak. Sebaik sahaja kelibat Puan Zulaika menghilang disebalik tangga, Ikram bangun dan melompat duduk di sebelah adiknya.

"Hey semalam Zamir ada jumpa abang. Dia cakap korang dah putuskan pertunangan. Betul ke?" Soalnya memandang tepat wajah Amy.

Amy sedikit terkejut namun dikawal sehabis baik mimik mukanya.

"Kalau ye pon, kenapa? Abang ada masalah?" Soal Amy pula.

"Ooo maknanya betul la korang dah putus. Kenapa tak bagitau mama?"

Possible 2Where stories live. Discover now