The Guidance

113 8 0
                                    

Amy's POV

Angin malam sejuk membelai rambutku yang sengaja kubiar lepas. Aku kini sedang duduk di kerusi panjang berhadapan taman bunga. Dua minggu telah berlalu sejak konflik yang berlaku diantara aku, Zamir dan Alia. Mengimbau kembali apa yang terjadi buatkan aku tergelak kecil. Tak sangka dalam lembut lembut Alia sepanjang perkenalanku dengan wanita itu, rupanya gila juga alter yang satu itu. Well, actually, she's not really nice when you first met her, Amy. Omel hatiku cuba mengingatkan apa yang terjadi sewaktu mula mula aku bersemuka dengan Alia. Huh! Tu cerita lama. Tapi benar, memang sukar namun harus ku akui bahawa ada benarnya kata kata wanita itu. Aku tidak seharusnya terus terlena dibuai mimpi indah yang aku sendiri ingin percaya. No matter how hard it is, aku harus berfikir secara rasional.

Suhaiza? Hmm, selepas bersemuka kembali dengan kawanku yang satu itu, nampaknya segala galanya sudah terang. Ingatanku kini merayau pada masa aku dengan Suhaiza malam itu.

"Aku sebenarnya malu tau datang mengadu kat kau ni." Kataku perlahan.

"Hey, apa nak malu? Aku ni, tak kesah langsung kau nak datang mengadu domba dekat aku tau. Cuma aku terkejut, sanggup kau cari aku even lepas apa yang jadi antara kita."

"Kita tak pernah putus sahabat, Su. Yes, aku susah nak percaya apa yang jadi back then, but let just consider it as a mistake that you have fix, successfully. Adam pon dah besar. Speaking of.." Teragak agak aku bertanya.

"Who is the father by the way?"

Suhaiza terlihat tidak terbeban dengan soalanku itu sebaliknya senyuman menghiasi wajahnya yang ayu itu.

"You don't know him. He's British. Lepas je aku disahkan pregnant, aku ajak dia kahwin. Huh, what a waste! Dia langsung tak percaya tu anak dia."

Aku melihat Suhaiza menggeleng kepala kesal.

"Aku tak fikir panjang pun dulu. Yang aku tau, aku nak gugurkan budak tu. And I did!"

"What?" Soalku tidak percaya.

Suhaiza memandang wajahku tepat sebelum mengangguk. Melihat anggukan itu membuat jantungku berdebar.

"I did. But it didn't work. I try to find a way to get rid of him, but instead, I found something else. That lead me to this path. The right path." Suhaiza mendepakan tangan.

Tekun aku mendengar cerita Suhaiza.

"Bapak dia langsung tak nak bertanggungjawab. I have no choice, lepas je lahirkan Adam aku terus balik Malaysia. Alhamdulillah, Prof Azmi sudi tolong aku dengan Adam. Kau masih ingat kan Prof Azmi?" Tanya Suhaiza sambil memandangku.

Aku mengangguk sebagai balasan. Masakan tidak? Professor Azmi merupakan individu yang bertanggungjawab dalam mendapatkan scholarship penuh untuk kami berdua menyambung pelajaran ke luar negara.

"Prof bawak aku jumpa isteri dia. Isteri dia baik sangat! Prof dengan isteri dia la yang bimbing aku sampai jadi macam sekarang ni. Awal awal dulu memang susah sikit, iye lah aku ni jadi ibu pon secara mengejut. Dah lama lama tu aku dah boleh sesuaikan diri. Tu sebab aku terhutang budi sangat dengan Prof." Sayu terdengar cerita yang disampaikan Suhaiza.

"Su.. kalau aku tanya kau jangan terasa ye?"

Suhaiza memandangku bersama garis garis nipis didahinya.

"Macam mana dengan Cik Suraya?"

Kulihat senyuman dibibir Suhaiza sebelum soalanku dibalas.

"Mak aku tau. Yes, as your prediction. Mula mula tu mana dia nak terima anak dia dah rosak. Bawak balik anak luar nikah pulak tu. Tapi alhamdulillah, lepas dia tengok sendiri perubahan aku, lama lama lembut hati dia. She finally accept me." Kata Suhaiza sambil mengangguk.

Possible 2Where stories live. Discover now