The Return One

123 9 0
                                    

Sejuk terasa saat air kolam membelai kakinya. Kakinya sengaja dihayunkan membuat kocakkan pada air. Tali bathrobe yang longgar diketatkan kembali. Fikirnya tadi, dia ingin berenang di kolam itu, namun niatnya terus terhenti tatkala air kolam mula meyentuh kakinya. Sejuk na! Akhirnya dia membatalkan niatnya yang ingin mandi tadi dan memutuskan untuk hanya menyelamkan kaki sahaja.

"Jauh menung."

Amy menoleh kebelakang lalu matanya bertembung dengan mata milik Sara. Secara automatik, terukir senyuman dibibir memerhatikan wanita itu yang sedang menghampirinya. Sikit punya banyak tak berubah, sama macam dulu. Bentuk badannya sentiasa mengiurkan bersama lenggok tubuh semasa berjalan tak ubah seperti seorang modal, dan yang paling ketara renungan yang penuh misteri bersama senyuman menggodanya yang dipamerkan khas buat Amy. Amy menarik nafas dalam cuba menenangkan diri. Ya, dirinya yang sering terleka dengan ciptaan tuhan yang sempurna itu.

Gila! Tak pernah dia terfikir yang dirinya akan terjebak dalam perhubungan sesama jenis. Lebih teruk lagi hubungan itu adalah dengan kawan baiknya sendiri. Nak lagi teruk? Sanggup dia tinggalkan Zamir Zain Helmy, tunangnya yang sayang gila nak mati dekat dia. Atau lebih tepat lagi.. dia telah berlaku CURANG!!! You are insane Amy! Bisik otaknya. Shut up! It's not her fault. She fall in love. Plus.. it's SARA! Who wouldn't fall for her? Bidas hatinya pula. Dah mula perperangan antara otak dan kata hatinya. Amy memejamkan mata cuba menarik diri kembali ke realiti.

Dalam pada otak dan hatinya saling bertekak, entah bila Sara sudah melabuhkan punggung disebelahnya. Perhatian wanita itu kini ditumpukan sepenuhnya kepada Amy.

"What?" Soal Amy apabila merasakan diri diperhatikan.

"Nothing. Lets go have sex." Laju ayat itu meluncur keluar. Sempat dikenyitkan matanya.

Terbuntang mata Amy mendengarnya. Entah kenapa terasa pipinya membahang.

"You wild girl!" Balas Amy cuba menutup perasaannya.

"I'm wilder on bed.."

Kata kata itu berjaya membuah tawa halus Amy. Yup! Mana tak wild? Masih terbayang lagi peristiwa saat pertama kali wanita itu muncul menggoda dirinya. Habis semua helah Amy gunakan cuba mengelak daripada godaan itu. Sudah la dia dah bertahun tidak bertemu dengan Syafinas. Alih alih jumpa, ditawarkan pula kerja oleh mommynya. Tidak dapat digambarkan betapa kelirunya Amy saat itu. Mana tidaknya? Dirinya disuruh bekerja menjadi 'BODYGURD' kepada Syafinas Fazrin, anak Dato' Megat, Co-founder Mezzeit Intelligent Center (MIC). Apa bendanya tu? Amy pun tidak tahu. Apa yang dia tahu MIC adalah sebuah syarikat swasta yang menduduki tempat keempat terbesar Asia Tenggara.

Jika diingatkan kembali, memang kuat dugaan yang terpaksa dihadapi Amy. Berdepan dengan personality Syafinas yang berubah ubah, berperang dengan sexuality sendiri, dan kejutan demi kejutan yang diterimanya berkenaan dengan latar belakang sahabatnya itu. Namun, apakan daya? Dirinya akhirnya jatuh menyembah bumi. Amy kalah dengan godaan nafsu. Dia mengaku bahawa sekarang hanya jasat yang satu disebelahnya ini yang berjaya menggoncang kewanitaannya. Syafinas? Sara? Anas? Atau... Alia? Who could it be?

'CLAP!!' Satu tepukan menyadarkan Amy dari lamunan.

"Again, you're zooning out! Apa yang dimenungkan tu?" Soal Sara penuh keterujaan.

Amy tersenyum tawar.

"Sorry, I was just amaze on how stunning you are. I mean.. God, look at you! You're the most beautiful girl I have ever seen, Syafinas." Yakin jawapan yang keluar dari mulut Amy. Terlupa seketika dia bahawa wanita dihadapan matanya itu adalah Sara.

Tanpa disangka sangka, terasa wajahnya disentuh dan pipinya dibelai lembut. Sentuhan itu bagaikan rangsangan yang berjaya menghanyutkan Amy. Tidak terhenti disitu, cuping telinganya terasa geli. Anak mata Sara meliar memerhati reaksi yang diberikan Amy terhadap sentuhannya terhadap cuping telinga itu. Tidak lama kemudian, Sara berbisik lembut.

Possible 2Where stories live. Discover now