Trauma

80 9 0
                                    

"So what you try to tell me is, the person yang I jumpa tadi bukan Syafinas, tapi Sara?" Soal Fira dalam kebingungan.

"Yes! Perempuan tu Sara. Dan Sara adalah salah satu alter kepada Syafinas." Jelas Amy sebelum menyedut air teh o ais yang di odernya tadi.

Mereka bertiga sekarang berada di sebuah cafe yang terletak tidak jauh dari rumah Syafinas. Amy sendiri yang mengajak dua orang wanita tersebut untuk ke cafe itu. Katanya dia perlukan masa bersama mereka untuk mengetahui apa yang telah terjadi sekaligus mengupdate apa yang sepatutnya Fira tahu. Terutamanya tentang diri Syafinas sendiri selaku adik kandung kepada wanita itu. Kerana baginya Fira berhak tau akan apa yang telah berlaku kepada Syafinas. Kebenaran! Memandangkan terdapat alter Syafinas yang tidak terkawal olehnya, maka dia juga putuskan untuk berterus terang tentang segala galanya. Ye, termasuklah hal Anas. Alter yang tidak terkawal itu! Meskipun dia baru sahaja mengetahui identity sebenar Fira, namun dia yakin bahawa tindakannya yang satu ini adalah tindakan yang betul. Kerana dia tidak mahu nanti di kemudian hari, ada insan yang akan menyesal diantara mereka kerana menyembunyikan kebenaran.

"Jap I tak faham. Macam mana benda ni boleh terjadi eh?" Soal Zetty pula turut bingung.

Amy menghela nafas berat memandang dua insan dihadapannya.

"Dia macam ni, Syafinas disahkan menghidap satu penyakit yang berkaitan dengan mental."

"Dia gila ke?" Zetty menyampuk.

"Eh tak! Dia tak gila. Boleh tak jangan menyampuk. Bagi I habis cerita dulu boleh? Kita baru nak mula cerita, dia pergi menyampuk pulak!" Marah Amy geram.

"Oh sorry sorry. Hehe, haa sambung sambung!"

Zetty tersengih dimarahi begitu. Fira yang melihat telatah dua manusia dihadapan mata itu menggeleng kepala. Haih, apa la si Zetty ni. Kan dah kena marah. Haa tu la yang pergi menyampuk orang bercakap tu sape suruh? Ada je sampuknya! Sindirnya dalam hati.

"Macam ni.. Syafinas telah disahkan menghidap penyakit Dissociative Identity Disorder (DID) atau dengan nama lain Multiple Personality Disorder. Penyakit ni menyebabkan Syafinas mempunyai empat identiti berbeza dalam tubuh dia. Yang pertama diri Syafinas sendiri selaku host atau identiti asal dalam tubuh dia. Yang kedua Sara, alter ni merupakan seorang perempuan yang berjiwa liar. Ketiga Alia, alter perempuan juga tapi yang ni behave sikit. Dan yang terakhir Anas, yang ni alter yang lain dari yang lain sebab dia lelaki. Semua keempat empat identiti ni sangan berbeza dari segi personality, gender, sexual orientation dan sebagainya. Doktor Firhad pernah cakap yang penyakit ni berpunca disebabkan oleh trauma masa silam. I yakin, Syafinas hidap DID ni adalah disebabkan childhood trauma dia." Jelas Amy panjang lebar.

"So, maksudnya dalam badan Syafinas wujudnya empat personality berbeza?" Soal Fira cuba memahami.

"Ye, betul!"

"Tapi macam mana kita nak kenal siapa dia kalau dah dia duduk dalam satu tubuh je?" Soalnya lagi.

"Easy! We asked. Tu cara paling cepat kalau kita nak tau alter yang mana yang sedang ambik alih tubuh tu. Tapi kalau dia dah biasa dengan kita, dia akan bagitau sendiri siapa dia."

"Tapi macam mana pulak kalau dia tak nak reveal siapa diri dia?" Soal Zetty pula tertanya tanya.

Amy tersenyum sebelum menjawab.

"Kalau dia tak nak bagitau, kita still boleh guess sebab setiap identiti tu mesti ada kelainan masing masing yang tak ada pada yang lain. For example, Sara suka guna perkataan 'love' dalam ayat dia dan Anas pula suka warna kuning. If you've know her long enough, I'm sure it would not be the issues." Bersahaja Amy menjawab.

"Oooh macam tu. Faham!" Kata Zetty seraya mengangguk.

"I'm sorry, I tak berapa faham siapa you sebenarnya pada Syafinas?" Soal Fira kepada Amy.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 10 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Possible 2Where stories live. Discover now