The List

168 8 0
                                    

Dengan menggunakan lengan baju, Amy mengelap air matanya yang deras mengalir. Tidak dapat ditahan lagi perasaan perit itu. Kenapa? Kenapa harus jadi bergini? Apa salah yang telah dia lakukan sehingga tuhan harus menghukum dia sebegitu sekali? Cecair merah pekat yang membasahi bajunya tidak dihiraukan.

"Bertahan Zamir.. jangan tinggalkan I.. ja..jangan pergi..." Ucap Amy berselang tangisan.

Kepala Zamir yang berlumuran darah dipangkunya. Amy mengusap kepala itu dengan penuh berhati hati. Tubuh Zamir dirasakan sangat lemah tika itu. Zamir hanya mampu memandang wajah Amy tanpa boleh berbuat apa apa. Hatinya hancur melihat satu satunya wanita yang amat dicintainya itu mengalirkan air mata kerana dirinya. Dengan kudrat yang masih tersisa, dia cuba memegang tangan Amy. Amy membalasnya dengan air mata yang semakin lebat.

"Take care of..."

"Your time is up!"

Tiba tiba satu suara memotong kata kata Zamir sebelum..

Pom!!!!

"Allah..!" Ucap Zamir sebaik satu tembakan mengenai tubuhnya.

"Nooo!!!" Jeritan Amy bergema di segenap villa.

Orang ramai mula kecoh apabila melihat seorang lelaki ditembang secara live di hadapan mata. Sebutir peluru tepat menembusi dada Zamir membuatkan lelaki itu menggenggam tangan Amy dengan kuat dalam usaha menahan rasa sakit yang kian mencucuk diri. Matanya dipejam rapat cuba untuk menahan rasa sakit itu. Namun tangannya kian lemah. Terdapat butiran air mata jatuh dipipi Zamir sebelum akhirnya genggaman tangannya terlepas daripada menggenggam tangan Amy. Zamir terkulai layu.

"Noo Zamir!! Zamir!"

Amy cuba menggoyang goyangkan tubuh sasa Zamir dengan kuat. Ditampar tamparnya pipi lelaki itu dengan harapan dapat menyadarkan lelaki itu. Namun, Amy menjadi semakin panik apabila Zamir lansung tidak memberi sebarang tindak balas.

"Jangan pergi Zamir.. bangun.. bangun!"

Sedar bahawa segala tindakannya itu langsung tidak membuahkan apa apa hasih, Amy memeluk jasat dihadapannya erat. Tangisan yang keluar dari mulutnya kedengaran sungguh hiba.

"Ma..maafkan I.. maafkan I Zamir.. maafkan I.." Ucap Amy dalam tangisan.

Kepalanya disembam ke dada Zamir. Darah pekat mengalir laju dari tempat luka tembakan tadi langsung tidak dipedulikan Amy. Kerana apa yang ada dalam kepala dia saat itu adalah Zamir! Dia menangis semahu mahunya. Selepas beberapa minit melayan perasaan, Amy mengangkat muka dan bersuara. Dingin.

"Kenapa? Kenapa kau buat aku macam ni?"

Menyedari soalannya dibiarkan tidak berbalas, Amy meletakkan jasat Zamir dengan penuh berhati hati di lantai. Kemudian dia bangun secara perlahan lahan. Hanya tuhan sahaja yang tahu perasaannya saat itu. Dia berpusing menghadap gerangan yang telah menembak Zamir tadi.

Disaat dia bersemuka dengan si pembunuh, Amy langsung tidak terkejut melihat sang penembak. Sebaliknya si penembak pula yang sedikit terkejut dengan wajah tanpa riak Amy. Namun dia sudah menjangkakan hal itu sejak dari awal lagi. Sengaja dia menghadiahkan senyuman pada Amy.

"Apa yang kau nak ha? Tak cukup lagi kau dah hancurkan hidup aku? Kalau kau tak puas hati dengan aku, kau bunuh je la aku.." Cabar Amy tanpa gentar.

Terus mati senyuman dibibirnya. Aargh! Amy memang berani orangnya. Dia boleh nampak perkara itu. Ya, dia telah lama menilai. Dan sekarang biar dia yang tentukan pengakhiran Amy.

"Good bye, Amy Zahirah."

Pistol diacu tepat di kepala Amy. Amy yang melihat sudah pasrah sepasrah pasrahnya. Dia memejam mata menanti pengakhiran hidupnya sendiri. Tanpa sebarang kata, picu ditarik dan..

Possible 2Where stories live. Discover now