Ashraf

73 6 0
                                    

"Siapa tu?!"

Aku perasan ada satu susuk tubuh yang berdiri agak jauh dari kami. Disebabkan orang itu berdiri dalam gelap aku sukar untuk mengamati wajah dibalik topi yang dipakainya. Syafinas mencengkam lengan baju aku dari belakang menandakan dia tidak senang dengan kehadiran lelaki itu. Lelaki itu mengambil dua tapak kehadapan dan berhenti dibawah cahaya lampu. Lelaki? Ye memang sah la lelaki tak kan aku tak cam suara garau seorang lelaki. Kini barulah aku dapat melihat dengan jelas wajahnya. Topi dikepala dicabut kemudian senyuman sinis diukir. Aku terpana melihat wajah lelaki dihadapanku. Wajah yang pernah kulihat sebelum ini.

"Kau! Hoodie guy!" Kataku dengan jari telunjuk kuhala ke arah lelaki itu.

"It's kind of a long time people don't give me a nickname. But I think I might like that one." Katanya bersahaja.

"Ashraf?"

Aku menoleh memandang Syafinas pelik. Eh dia kenal ke mamat ni?

"Hello, Cik Syafinas! How are you? I hope you're doing fine without me." Ashraf meletakkan tangan kanan di dada kiri dan menghadiahkan senyuman manis kepada Syafinas.

Belum sempat aku menghalang, Syafinas sudah berlari mendapatkan Ashraf. Dipeluknya lelaki itu bagaikan sedah berabad tak jumpa. Melihat keakraban Syafinas dengan lelaki itu aku berasa sedikit lega kerana pastinya lelaki itu bukan orang jahat yang akan mengapa apakan sahabatku itu.

"My old bodyguard, where have you been all this time? I thought I've never see you again."

Apa? Old bodyguard? This is new! Syafinas tak pernah cerita dekat aku pon apa apa pasal ni.

"Don't worry about it. Saya tak pergi mana mana pun Cik Syafinas. Saya ada je buat kerja baru tapi sejak dua menjak ni saya busy sikit." Ashraf berkata sambil memakai kembali topi kekepala.

"Kerja baru?"

Ashraf tersenyum sebelum menjawab.

"Maklum la, semenjak datin berhentikan saya, saya kena la cari job baru untuk terus survive. Nak dijadikan cerita saya jumpa seorang ahli korperat ni dekat Subang. Katanya dia perlukan perkhidmatan bodyguard, jadi saya tawarkan diri untuk ambik job tu. And.. here I am! Standing here in his friend's art gallery." Ashraf mendepakan tangannya.

"You're working with one of my father's friends?" Soal Syafinas kedengaran teruja.

"Yeah!"

"My god, kenapa awak tak pernah datang jumpa saya?"

Dari kelauhan, aku hanya mampu memerhati mereka berbual berdua. Nak sampuk bukan aku tau pon apa yang disembangkan tu. Kang salah cakap buat malu je. Sudahnya aku memberi ruang kepada mereka untuk terus berbual. Tidak lama kemudian kedua mereka berjalan menghampiri aku.

"Oh yeah, I almost forgot, Ashraf, this is my best friend, Amy Zahirah, and also my bodyguard. Amy, kenalkan, this is Ashraf, my old bodyguard." Syafinas memperkenalkan kami berdua.

Ashraf menghulur tangan kepadaku. Teragak agak aku menyambut huluran tangan itu.

"Mula mula saya tak faham kenapa datin nak perempuan jadi bodyguard Cik Syafinas. Tapi bila tengok Amy faham la saya." Kata Ashraf sambil merenung diriku.

Statement itu membuat Syafinas tergelak sedangkan aku yang mendengarnya confused.

"Kenapa, perempuan tak boleh jadi bodyguard?" Sindirku seraya membalas renungan Ashraf tajam.

Ashraf tergelak kecil sebelum membalas.

"Saya tak cakap macam tu. Saya tak pernah underestimate perempuan. Any man who underestimates a woman is stupid and should not be tolerated." Ayat terakhir itu seperti sengaja ditegaskan.

Possible 2Where stories live. Discover now