My Apartment

151 11 7
                                    

Balik sahaja dari rumah Syafinas, aku terus pergi ke laptop. Pen drive yang diberi polis tempoh hari aku cucuk kembali di laptop itu. Aku sedar ada yang tidak kena dengan Anas. Arahan dan amaran Sara tadi aku persetankan! Siapa lelaki misteri yang hidup sebagai salah satu alter dalam diri Syafinas itu? Meronta ronta hatiku ingin tahu. Folder 'Identity' aku tekan dan tanganku terus skrol pada gambar berukuran passport. Aku tenung gambar itu lama. Puas kutenung, aku membuka tempat yang mengandungi gambar dua orang lelaki yang aku tengok tempoh hari. Entah kenapa hatiku terdetik untuk mengenal pasti siapa kawannya yang satu itu. Lelaki muka ketat yang diatas motor aku pasti adalah Anas sendiri. Tapi lelaki yang satu lagi ini.. muka dia seperti aku pernah nampak. Bila? Dimana? Argh! Langsung aku tak ingat. Aku paksa juga diri aku untuk mengingatinya namun hampa.

Akhirnya aku keluar dari folder itu. Sara nak aku hapuskan file tu. Mesti penting! Huh, peduli apa aku? Apa nak jadi, jadilah. Dulu, aku pernah berjanji untuk menjaga Syafinas. Kalaupun menjaga wanita itu bermaksud meletakkan diriku dalam bahaya. Ya, memang itu yang aku lakukan dari awal aku terima untuk jadi bodyguard dia. Cuma yang bezanya, dulu aku tak rasa bahayanya kerana dua tahun lepas, aku tidak kenal siapa Anas. Tapi sekarang, baru aku rasakan macam mana bahayanya pekerjaanku ini. Aku menggeleng mengenangkan bagaimana aku dipinta sendiri oleh datin untuk menjadi bodyguard anaknya. Dia sendiri yang meminta, maksudnya dia tahu akan keadaan sebenar Syafinas.

"Inas Inas.. Macam mana la kau boleh jadi macam ni..?" Omelku sendirian. "Tak boleh jadi ni. Kalau aku tak jumpa dia malam ni, sampai bila bila la tak akan habis!"

Jam dinding sudah menunjukkan pukul 4.30 petang. Eh, dah nak asar ni. Bisik hatiku. Aku shut down laptop sebelum mencapai tuala dan terus ke bilik air.

Malam itu, aku putuskan untuk berkunjung sekali lagi ke rumah Syafinas. Tepat jam 12.30 a.m, aku sampai di perkarangan villa. Aku parking Honda Jezz pemberian suamiku, Zamir agak jauh dari villa itu berikutan tidak mahu kehadiranku disedari sesiapa. Aku cek skrin hand phone. Semasa dalam perjalanan tadi, aku sudah teks Zamir memaklumkan yang aku ada hal di luar malam ini. Seperti yang dijangka, message yang aku tingkalkan hanya mendapat seen sahaja. Aku sedikit terkesan dengan perubahan itu. Mana taknya? Selama dua tahun tak pernah sekali pun masej yang aku hantar digantung seperti itu. Paling tak pun dia akan balas walau sepatah. Ini langsung tak ada. Namun, selepas apa yang terjadi, aku cuba memafahami keadaan lelaki itu.

Puas merenung skrin, aku menyimpan hand phone itu ke dalam poket seluarku. Baru sahaja pintu kereta ingin kubuka, tiba tiba aku ternampak kelibat seorang wanita yang lengkat berbaju jeket dan berseluar jin keluar dari pintu villa.

"Sara?"

Terus tidak jadi niatku ingin keluar dari kenderaanku. Mataku tidak lepas dari bayangan Sara yang kini sudah masuk ke garaj. Tidak lama kemudian sebuah motosikal berkuasa tinggi kelihatan bergerak keluar dari garaj itu. Terkebil kebil aku yang menyaksikannya. That's cant be right. Bila masa Sara pandai bawak motor? Dalam kekeliruanku, tiba tiba satu nama terlintas dalam kepala.

"It's him."

Ya, aku yakin itu pasti Anas! Dia je yang orang yang make sense kalau bawak motor. Tanpa membuang masa, aku menukar gear lalu kereta bergerak mengikut jejak motosikal Anas.

Aku menghela nafas. "Kalau betul itu kau, senang kerja aku. Tak payah nak bergelut dengan alter lain semata mata nak tau pasal kau Anas. Aku boleh tanya terus pada tuan badan. Jimat masa aku." Omelku sendirian.

Sepanjang perjalanan, aku memastikan jarak kereta aku dengan motosikal Anas dalam keadaan yang jauh agar tidak timbul kecurigaan pada tuan motor. Setelah hampir setengah jam perjalanan, akhirnya motosikal itu berhenti di sebuah kelab malam. Aku lihat Anas turun dari motosikal itu lalu terus memasuki kelab. Tergesa gesa aku mematikan enjin dan keluar dari kereta. Aku berlari lari anak cuba mengejar langkah Anas, namun lelaki itu telah lesap di dalam kelab. Aku berdegus ketika ditahan oleh seorang lelaki berbadan sasa yang aku pasti ditugaskan sebagai penjaga pintu masuk kelab.

Possible 2Where stories live. Discover now