Come Home, Please..

72 6 0
                                    

"Fie, kau rasa betul ke tindakan kau ni?"

Zetty memandang Fira. Riak muka risau ditayangkan. Disebabkan hari ini dia cuti, awal awal pagi lagi si housematenya itu memujukknya untuk menemannya pergi ke satu alamat yang sangat asing baginya.

"Betul, kalau aku tak buat benda ni, sampai bila bila pon aku tak akan jumpa dia. So, nak tak nak aku kena kuatkan diri aku untuk datang jumpa dia! Aku tak boleh lepaskan peluang ni, Zyy." Ujar Fira bersungguh sungguh.

"Okay kalau kau dah cakap macam tu, ikut kau la Fie. Aku harap apa yang kau buat ni betul la." Zetty mengalah.

Fira memperlahankan meter kenderaan disaat kenderaan itu masuk ke satu kawasan perumahan elite. Cari punya cari akhirnya dia memberhentikan kenderaan betul betul di hadapan sebuah villa.

"Alright, kalau tengok dari alamat ni.. kita dah sampai. Jom turun!" Fira memasukkan kertas kecil yang berisi alamat villa itu ke dalam poket seluarnya.

Rambut dibetulkan terlebih dahulu sebelum dia mencapai phone dan keluar dari kereta. Zetty turut membuat perkara yang sama. Sampai sahaja mereka di hadapan gate, Fira menarik nafas dalam sebelum jarinya menekan loceng yang terdapat pada gate. Selepas dua kali percubaan, gate itu terbuka secara automatik. Muncul seorang wanita separuh abad yang memakai apron dibalik gate itu.

"Assalamualaikum, makcik! Boleh saya tau ni rumah Syafinas Fazrin binti Mahmud ke?" Soal Fira membuka bicara.

"Waalaikumsalam. Ah, ye betul! Ni rumah Cik Syafinas. Ada apa ye anak berdua datang sini?" Mak Wan menyoal pelik.

Jarang orang datang villa ni tanya pasal Cik Syafinas, biasanya orang akan tanya pasal Dato Megat atau Datin Mawar. Maklum la mereka berdua ahli korperat ternama yang banyak orang kenal.

"Kami datang ni dari jauh makcik. Sebenarnya kami ada urusan sikit dengan Syafinas makcik." Jawab Zetty bersahaja.

"Ooh ye ke? Jemput la masuk! Panas berdiri kat luar ni." Jemput Mak Wan seraya berjalan masuk ke villa.

Kedua orang sahabat itu berpandangan sebelum masing masing melangkah masuk ke villa membuntuti Mak Wan.

"Boleh makcik tau anak berdua ni siapa ye?" Soal Mak Wan bersama senyuman.

Sedikit teragak Fira menjawab.

"Saya.. kawan dia makcik. Eh bukan! Maksud saya, kami kawan dia makcik. Nama saya Fira dan yang ni Izzati. Err.. boleh saya jumpa dengan dia makcik?" Soal Fira sopan.

"Oooh kawan Cik Syafinas! Kamu berdua datang nak jumpa dengan Cik Syafinas la ni?"

Fira dan Zetty mengangguk mengiyakan.

"Tapi, makcik minta maaf ye Cik Syafinas tak ada kat rumah. Dah dekat seminggu dia tak balik rumah. Yang ada dekat rumah ni cuma datuk dan datin aje." Terang Mak Wan.

"Oh, ye ke mak cik? Boleh saya tau dekat mana Syafinas sekarang?" Soal Fira penuh berharap.

"Maaf la, makcik tak tau Cik Syafinas pergi mana. Maklum la, makcik ni pembantu rumah aje. Makcik tak tau mana Cik Syafinas tu pergi. Eh kamu duduk la dulu, makcik pergi buat air sekejap ye.." Pelawa Mak Wan sebelum menghilang ke dapur membancuh air sirap.

Fira dan Zetty mengambil tempat duduk di sofa. Mata mereka melilau keseluruh pelusuk villa. Mata Zetty tidak lepas memerhati perhiasan perhiasan mewah yang terletak di dalam villa itu. Pada satu sudut terletak gambar keluarga dimana Syafinas berdiri betul betul di tengah tengah antara 'ibu dan bapa'nya.

"Kaya juga family angkat dia." Ujar Zetty perlahan.

Fira hanya mampu mengukir senyum kelat dengan kenyataan sahabatnya itu. Ya, di matanya sekarang villa ini adalah milik orang kaya kaya. Mana tidaknya keluasan villa sudah cukup untuk menggambarkannya. Jauh disudut hatinya dia bersyukur Syafinas bertemu keluarga tersebut. Sekurang kurangnya hasibnya terjamin.

Possible 2Where stories live. Discover now