Old Friend

115 8 0
                                    

Loong chapter. Happy reading! 🤗

"Sodaqallahhulazim.."

Para pelajar menghabiskan bacaan al-Quran. Kemudian mereka sama sama mengangkat tangan mengaminkan bacaan doa yang dibaca oleh salah seorang dari mereka. Usai membaca doa, masing masing mula bangun sambal mengangkat al-Quran dan rehal untuk disusun di sudut khas yang telah disediakan. Mereka mengucapkan terima kasih dan menyalam tangan ustazah mereka sebelum bersurai pulang ke rumah masing masing.

"Hati hati jalan balik tu. Jangan berpisah dalam kumpulan. Balik rumah terus ye anak anak. Dah malam ni" Lembut suara ustazah menasihati anak didiknya.

"Baik ustazah!" Jawab si anak didik hamper serentak.

Kepergian anak anak muridnya dihantar bersama senyuman yang tidak lekang dari bibir. Terasa tenang hatinya setiap kali kunjungan demi kunjungan yang diterima untuk belajar mengaji daripada anak anak hamper balasan tahun itu. Tidak pernah dia terfikir bahawa dirinya akan dipanggil ustazah oleh anak anak baya itu suatu ketika dahulu. Dirinya menjadi guru al-Quran yang membimbing mereka. Namun kuasa tuhan, siapa yang tahu?

Setelah anak anak itu agak jauh, pintu grill yang agak berkarat itu ditutup. Ketika hendak mengunci mangga, dia mendapati mangga itu sedikit tersekat. Dipaksa mangga itu beberapa kali Tetapi masih gagal. Dalam dirinya sedang berperang untuk mengunci mangga tersebut, tiba tiba seseorang berdiri dihadapannya.

"Assalaamualaiqum.."

Serta merta tumpuannya beralih daripada mangga kepada manusia dihadannya.

"Waalaikum.. salam.." Terkejut dirinya melihat gerangan yang memberi salam.

"Su..." Pelahan suara itu didengarinya. Hampir seperti bisikkan.

"Ira..? Amy Zahirah! Ya Allah betul ke ni?" Terkocoh kocoh dia membuka kembali grill itu sebelum meluru ke arah Amy.

Dipeluknya tubuh Amy seketat ketatnya bersama air mata yang mula bertakung di kelopak mata. Amy membalas pelukan itu juga dalam keadaan emosi.

"Allahhuakhbar, kawan aku.. lama betul tak jumpa.. Kau apa khabar, Ira?" Katanya sebaik pelukan terlerai.

"Baik, alhamdulillah." Amy membalas. Matanya tidak lepas memandang kawan lamanya itu.

"You look beautiful! Betul kata Zamir. Girl, you.. you changed!" Katanya dalam intonasi yang teruja. Namun itu tidak dapat menyembunyikan kegawatan hatinya saat itu. Dari pandangan matanya, kawannya itu dapat membaca ada yang tidak kenapada dirinya.

"Alhamdulillah.. eh jom la masuk. I'm pretty sure that we have a lot to catch up!" Suhaiza menjemput Amy masuk dan dirinya terus ke dapur untuk menghidangkan air. Entah kenapa dirinya seperti dapat merasakan ada sesuatu yang menimpa sahabat lamanya itu. Yes, they definitely have a lot to catch up!

Tanpa membuang masa, Amy menanggalkan kasut sebelum membuntuti kawan lamanya, Suhaiza masuk ke dalam rumah. Jauh disudut hatinya, dia mengharapkan agar pertemuan kembali dia dengan Suhaiza ini sedikit sebanyak dapat mempengaruhi pemikirannya yang kusut saat itu. Dalam pada menunggu Suhaiza membuat air, fikiran Amy melayang akan kejadian pada padi tadi.

"IT'S A LIE"

Tiba tiba suara yang amat familiar menerjah gegendang telinga kedua mereka. Dengan serentak kepala ditoleh memandang empunya suara. Kala itu, Amy terasa jantungnya berhenti berdegup. Here it come! Bicara otaknya.

Sesusuk tubuh yang amat dikenalinya tiba tiba muncul entah dari mana. Melihat kepada espressi wajah yang tenang itu menambah kegelisahan pada hati Amy.

"Jangan masuk campur, Alia!" Tegas arahan yang dikeluarkan Amy.

Zamir yang hampir berputus asa bangkit dan disapu mukanya yang penuh dengan air mata. Malu beb, menangis depan dua perempuan. Namun, kedatangan Alia itu bagaikan memberi nafas baru buat dirinya. Akan tetapi, kali ini dia tidak mahu meletakkan harapan yang tinggi lagi. Cuma didalam hatinya, dia berdoa agar situasi ini tidak menjadi lebih teruk.

Possible 2Where stories live. Discover now