The Tension

97 7 0
                                    

Hey everybody! Sebagai seorang author, saya nak minta ampun sebab dah lama tak update. 🙏🏻 Okay, tu je, selamat membaca! 😘

🌈🌈🌈

"Wow, wow, Fie! Baik baik jalan tu. Mabok sangat kau ni. Berapa botol kau minum ha?" Bebel Zetty sambil terkial kial memapah tubuh langsing Fira masuk ke apartment mereka.

Masuk sahaja mereka ke dalam Fira langsung berlari mendapatkan singki dapur. Habis dimuntahkan alkohol yang diminumnya barusan tadi. Kalau tak silap hampir empat botol dihabiskannya hanya dalam beberapa minit. Gila betul! Zetty menepuk nepuk belakang sahabatnya. Gelas berisi air yang diambilnya tadi diberikan kepada Fira. Setelah beberapa tegukan Fira menolak gelas itu. Hampir sahaja berkecai gelas itu dibuatnya untung sahaja Zetty cepat menyambutnya.

"Bilik bilik.." Fira menunjukkan pada biliknya.

Memahami apa yang dipinta, Zetty memapah Fira masuk ke biliknya. Tanpa disuruh wanita itu dibaringkan di atas katil bersaiz Queen itu.

"Panas.." Ucap Fira lemah.

"Panas? Jap aku bukak aircon." Katanya lalu terus suis pendingin hawa dibuka dan suhu diturunkan sehingga 16 darjah celsius.

Fikirnya Fira sudah merasa sejuk. Namun..

"Panas! Panas.." Rengek Fira dengan mata yang terpejamnya.

Aih, panas lagi? Zetty sudah mula menggaru kepala yang tidak gatal.

"Kau nak aku buat apa? Kipaskan kau?" Soalnya lurus.

"Bukak.. baju..."

Fira menarik narik bajunya lemah. Zetty yang melihat lantas membantunya membuka baju itu. Haih housemate punya pasal. Dalam teragak agak dia membukakan baju Fira sehingga menampakkan bra wanita itu. Terbuka sahaja baju itu Fira terus rebah semula ke katil.

Zetty menelan air liur melihat tubuh separuh terdedah wanita itu. Pipinya terasa mula membahang melihat crushnya dalam keadaan yang baginya seksi itu. Seperti sengaja pula si Fira itu tidur dalam keadaan kedua tangannya diatas kepala. Dengan hanya tinggal branya. Kalau tengok betul betul dah macam nak menggoda pula padahal tengah mabuk. Lama dia memerhati wajah mulus itu.

"Alright, I'm leaving now. Sweet dreams!"

Zetty menghela nafas berat sebelum dia bangun dan bersedia untuk meninggalkan bilik itu. Baru sahaja dia ingin melangkah, tiba tiba tangannya ditarik. Tanpa diduga, tubuhnya terjatuh betul betul diatas Fira. Nasib tangannya sempat menahan agar tubuhnya tidak menghimpit tubuh dibawahnya itu. Mata mereka bertemu. Dia merasakan seperti dirinya hilang di dalam tatapan mata kuyu Fira itu. Sekali lagi air liurnya ditelan. Jantungnya terasa bagai nak pecah lajunya. Nafasnya seperti tersekat dihujung kerongkong. Ini semua gara gara jaraknya yang terlalu dekat dengan Fira.

"Teman aku.." Ucap Fira seperti berbisik.

Zetty terpaku dengan permintaan itu. Matanya seperti tidak dapat dialihkan daripada bibir mungil yang sedikit ternganga itu. Deruan nafas yang keluar dari bibir itu sangat menggongcang nafsunya tika itu. Oh god, susahnya untuk tak jatuh cinta dengan kau Fie! Kenapa kau kena torture macam ni? What do I do to deserve all this?! Jerit hatinya geram. Dalam perasaan nervousnya itu dia kentalkan juga untuk menjawab.

"Su..sure!"

Ya Tuhan, kuatkanlah aku! Doanya didalam hati. Dia berbaring disebelah crushnya dengan perasaan yang gundah gulana. Sebaik selimut ditarik dia berpusing membelakangkan Fira. Betul dia tidak sanggup lagi melihat wajah itu. Takut betul dia kalau dia tidak dapat mengawal perasaannya waktu itu. Dia akui perkara seperti itu sudah acap kali terjadi, tetapi kali ini.. lain betul auranya!

Possible 2Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin