She's All Yours

234 9 2
                                    

"Okay miss Sara, I think our appointment today ended here. Thank you for your cooperation. Remember, do not skip your medicine." Doktor Firhad berkata sambil tersenyum.

"Alright, don't worry doctor. I will not skip my medicine. Lagipun Amy kan ada. Dia boleh ingatkan I." Kata Sara sambil mengerling kepada Amy yang sedang membaca majalah di sebelahnya.

Mendengar sahaja namanya disebut, Amy mengangkat muka. Matanya terkelip kelip tanda tidak mengerti. Maklumlah, sepanjang sesi perubatan tadi, Amy langsung tidak memahami apa yang doktor psychiatrist dihadapannya ini bincangkan bersama pesakitnya, Sara. Masa mula mula tu faham sikit la bila Doktor Firhad terangkan pasal basic penyakit Syafinas. Tapi, bila dah masuk detail, Amy terus jadi blur. Itu yang dia ambil keputusan untuk menyelak helayan demi helayan setiap koleksi majalah yang terdapat di atas meja itu.

"Amy, jangan nak buat muka tak tau je. Ingat, awak yang beria nak Syafinas sembuh. Jadi, jangan buat lepas tangan pula bila tengok Sara ni ok." Tegur Doktor Firhad tanpa berselindung.

Geram pula dia melihat Amy yang lagaknya seperti orang yang tidak mahu mengambil peduli hal orang lain itu. Sibuk dengan majalah dekat tangan dia tu. Sara sudah tergelak kecil melihat Amy yang terkulat kulat ditegur Doktor Firhad. Terhibur hatinya melihat Amy yang gelabah menyusun majalah majalah yang dibacanya di atas meja kembali.

"Ye, saya tau doktor. Saya janji yang saya tak akan lepas tangan ok? Saya akan jaga pesakit doktor ni baik baik sampailah dia sembuh. Jadi, doktor jangan risau pasal saya ye?"

Doktor Firhad tergelak sambil mengangguk angguk kecil.

"Baiklah doktor, kalau dah tak ada apa apa lagi, boleh kami balik?" Soal Amy.

Melihat anggukan Doktor Firhad, Amy mula bangkit dari sofa dan menghulurkan tangannya kepada Sara. Belum sempat tangan itu disambut Sara, Doktor Firhad kembali bersuara.

"Err Amy..!"

Amy memandang Doktor Firhad hairan. Begitu juga Sara. Masing masing terkejut dengan teguran Doktor Firhad itu.

"Hmm?" Soal Amy.

Dilihatnya Doktor Firhad seperti ingin mengucapkan sesuatu, namun dia teragak agak. Amy menjadi curiga.

"Are you okay Doctor?" Soal Sara.

"Errm Sara, can you wait outside for a moment? I think I need to talk to Amy in privacy." Kata Doktor Firhad sambil merenung Sara dengan penuh berharap.

Melihat situasi itu, perasaan curiga Amy semakin membuak buak. Tidak kurang juga dengan Sara. Malah dahi Sara semakin berkerut melihat tingkah laku doktor psychiatrist dihadapannya itu. Dia memandang Amy meminta kepastian. Melihat anggukan Amy, Sara mengecilkan mata. Lama dia tenung mata Amy dalam dalam sebelum akhirnya dia mengalah. Sara berdegus kecil sebelum dia bangun.

"Fine! I tunggu luar baby, dan YOU jangan macam macam eh Doctor." Dingin Sara memberi amaran.

Doktor Firhad hanya mengangguk sambil mengukir senyuman. Lega hatinya apabila Sara bersetuju untuk meninggalkan dia dan Amy berdua disitu.

"You jangan risau. I tak akan culik Amy." Balasnya bersahaja.

Sebaik bayangan Sara menghilang disebalik pintu, Doktor Firhad berdeham bersedia untuk memulakan bicara. Wajah yang kelihatan tenang seketika tadi kini bertukar serius. Amy yang memandangnya sudah menelan liur. Jangan la ada apa apa berita buruk.. Desis hatinya. Dia kembali melabuhkan punggung dihadapan Doktor Firhad.

"Amy, saya nak awak dengar baik baik apa yang saya nak cakap ni."

Amy mengerutkan darinya. Dia memberi sepenuh perhatian kepada lelaki dihadapannya itu.

Possible 2Where stories live. Discover now