The Hardest Goodbye

181 9 0
                                    

Another long chapter.. bertabah la ye kalau boring. 🤭

"Excuse me.." kata Amy seraya bangkit daripada kerusinya bersama hand phone ditangan.

Sewaktu dia ingin melepasi Sara, tiba tiba tangannya ditarik langsung menghentikan langkahnya.

"Where do you think you going baby?" Soal Sara merenung tepat ke dalam mata Amy.

Amy menelan air liurnya. Teragak agak dia membuka mulut.

"I.. I nak jawab call sekejap."

"Dah tu, kenapa tak jawab je depan I?"

Jeda. Amy tidak tahu ingin membalas apa. Sesekali dia mengerling hand phone yang berbunyi ditangan sebelah kanannya.

"It's Zamir right?" Soal Sara tidak berperasaan.

Amy membalasnya dengan senyum kelat. Terasa dahinya mula berkeringat. Habis la kau nak.. Si Sara ni dah la jelas dia tak bertempat.

"It's okay, jawab je dekat sini. I tak kesah."

"Really? Jawab kat sini?" Soal Amy tidak percaya.

Sara mengangguk yakin. Wah, biar betul? Melihat anggukan itu, Amy teragak agak untuk kembali duduk ditempat duduknya. Tanpa menunggu lama, dia menyambung panggilan.

"Hello?"

Sara hanya memerhati segenap inci wajah Amy. Daripada mata yang cantik bersama bulu mata yang panjang melentik itu mampu memukau sesiapa yang memandangnya. Pandangannya turun kepada hidung dan berhenti pada bibir yang terkumat kamit menjawab panggilan talifon itu. Calitan gincu dibibirnya menyerlahkan keseksian bibir munggil itu. Sara hanyut dengan pemandangan dihadapan matanya sendiri. Ya, dia akui bahawa Amy tidak pernah gagal membuatnya tergoda. Sepanjang bersama Amy, tidak pernah sekalipun dia tidak bernafsu. Cuma kerana dia seorang yang bijak mengawal dirinya, maka jarang untuk dia hilang kawalan dan sekaligus membuatkan Amy tidak selesa terhadap dirinya.

"Ha? Nak jumpa!?"

Sara tersentak sebaik suara Amy naik satu oktaf. Dia menjongkitkan kening kepada Amy. Amy membalasnya dengan menjongkitkan kedua belah bahu.

"Tapi.. I kat luar ni, dengan Sara." Kata Amy perlahan. "Kalau you nak jumpa juga, you datang sini la. Nanti I text you the address."

Terus hilang selera makan Sara sebaik mendengar kata kata Amy itu. Selepas mematikan talian, Amy memandang Sara sambil tersengih.

"I kesian la kat dia. Dia nak sangat jumpa I."

"You know what? You have too much of an empathy sweetheart, and I don't like it about you." Balasnya sambil menyilangkan tangan.

Amy hanya tersenyum sebagai balasan. Namun dikepalanya, dia teringat kata kata Doktor Firhad pada pagi tadi.

"Okay, thanks doctor. Saya keluar dulu. Kalau ada apa apa info, jangan lupa update pada saya k?" Amy berkata sebaik perbualan antara dia dan Doktor Firhad tamat.

"There is something going on with Zamir."

Sekali lagi Amy tidak jadi untuk keluar dari bilik itu. Dia kembali memandang Doktor Firhad.

"What's going on with Zamir?"

Doktor Firhad mengeluh lemah.

"I should not tell you about this before him, you know? Tapi tak apa la. Nanti kalau dia nak jumpa awak, awak jumpa dia k? Bukan apa.. takut nanti.. dah terlambat." Sungguh berhati hati Doktor Firhad menuturkan kata kata itu.

Kata kata itu meninggalkan persoalan yang besar dikepala Amy. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia desak doktor itu untuk memberitahunya akan apa yang telah terjadi. Namun bila difikir fikirkan semula, sudah 30 minit Sara menunggu di luar. Nanti tak pasal pasal melenting pula perempuan sorang tu. Dah satu kerja nak kena pujuk dia pulak. Setelah beberapa saat berfikir, dia mengangguk kepada Doktor Firhad sebelum membuka pintu dan melangkah keluar.

Possible 2Where stories live. Discover now